Kickdefella

No One Dies A Virgin, Life Screws Us All

Pengundi Putrajaya Tolaklah Pengamal Politik Kura-Kura

Posted on April 30, 2013

Calon Parlimen Putrajaya, Husam Musa adalah pengamal tegar politik kura-kura. Apakah politik kura-kura?

Sahabat baik Husam  pernah memberi tahu saya bahawa Husam Musa adalah pengamal politik kura-kura. Maksud politik kura-kura ialah bila wujud krisis atau tekanan, Husam akan menyembunyikan dirinya dan mengelak daripada berdepan dengan isu sebenar. Sama seperti kura-kura menyembunyikan kepalanya.

Telahan itu memang tepat dan terbukti.

Saya sendiri telah beberapa kali menyaksikan kelicikan Husam bermain politik kura-kura. (1) Di dalam isu Arifahmi. Padahal Husam adalah pengkritik tegar menantu Nik Aziz dan pernah secara terbuka kepada kami para sahabatnya Husam mengatakan macam-macam untuk merendahkan Arifahmi. Tetapi bila berlaku krisis, Husamlah orang yang paling senyap dan sunyi. (2) Apabila timbul isu berhubung dengan pemberian RM4 juta untuk saya menguruskan aktiviti perang saraf dan gerak saraf terhadap Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi, Husam juga menjadi kura-kura.

Husam hanya akan bersuara dan kembali ke hadapan dengan lenggang lenggoknya bila keadaan sudah terkawal dan ramai sudah ‘tercedera’. Ketika itulah Husam tampil hendak menjadi wira dan juga mengaku kononnya selama ini dia adalah mangsa dan teraniaya.

Di dalam kes saman Husam terhadap saya, pengikut Husam tidak perlu risau. Saya sentiasa komited untuk menentang Husam di mahkamah bahkan saya lah yang mempelawa Husam untuk menyaman saya. Tetapi tolonglah nasihat Husam supaya jangan sekadar pandai menyaman tetapi rajin-rajinlah melapangkan masa untuk naik beri keterangan di mahkamah.

Di dalam kes saman pertama Husam sudah tiga kali tidak hadir memberi keterangan sehinggakan kes terus tertangguh. Husam dijadualkan memberi keterangan selaku plaintif pada 19 Disember 2012 tetapi tidak hadir ke mahkamah dan pihaknya meminta kes ditangguhkan. Apabila kes disambung bicara pada 28 Februari 2012, Husam sekali lagi memohon kes ditangguhkan. Apabila kes sambung bicara pada 4 Mac 2013, Husam sekali lagi tidak hadir mengakibatkan kes ditangguh lagi ke 2 Mei 2013. Malangnya niat menyaksikan Husam naik beri keterangan dan disoal balas oleh peguam saya sebelum PRU ke 13 tidak tercapai apabila Husam sekali lagi memohon menangguhkan kes yang patut dibicarakan 3 hari sebelum hari mengundi.

Kini Husam saman saya sekali lagi. Saya gembira dan menyahut baik saman barunya dan seperti biasa saya pasti akan komited untuk melawan saman ini. Husam tidak perlu risau. Yang perlu risau ialah pengundi di Putrajaya. Apakah individu sebegini yang mereka mahukan sebagai wakil mereka?

Sebab itulah saya mencabar Husam untuk bersama saya berdialog sambil membuat ujian poligraf di Putrajaya. Biar masyarakat Putrajaya lihat keputusannya, siapa yang berbohong, Husam atau saya. Saya juga mencabar Husam untuk membuat laporan polis terhadap isikandungan buku mengenai dirinya. Biar kita sama-sama tunggu keputusan siasatan sama ada kandungan itu benar atau tidak. Seperti saya kata, setakat maklumat yang saya akses sepanjang bersama Husam, maklumat itu yang tercatat di dalam buku itu adalah benar seperti saya tahu.

Pengundi di Putrajaya patut menolak pemimpin yang sahabatnya sendiri klasifikasikan sebagai pengamal politik kura-kura.

Bahkan bukan itu sahaja yang sahabat itu ceritakan. Dia juga bercerita tentang dua orang PAS yang masuk ke Muzium Seks di Amsterdam.

Kepada pemilih di Putrajaya, tolaklah pengamal politik kura-kura.

Akhirnya DAP Terbukti Menguasai PAS

Posted on April 19, 2013

Nik Aziz dalam kenyataan rasminya mengulas penggunaan simbol PAS bagi semua calon-calon DAP di Semenanjung Malaysia dalam PRU 13 tanda ‘akhirnya roket mendarat ke bulan’.

Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional.

Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan! (di sini)

Apa sebenarnya yang berlaku ialah bukti penguasaan DAP di dalam PAS dan ia merupakan satu rampasan kuasa terhadap PAS oleh strategis DAP. DAP sudah pasti akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PAS di dalam PRU Mei 13 ini. Di dalam PRU ke 12 dulupun DAP menang lebih daripada PAS.

Apa yang akan terjadi selepas ini ialah ahli-ahli parlimen cina (DAP) yang menang bertanding dibawah tiket PAS akan mengatasi jumlah ahli-ahli Parlimen Islam PAS. Bahkan mereka ada pilihan untuk terus kekal dibawah logo PAS di Parlimen dan seterusnya membuat pemimpin-pemimpin Islam yang menang dibawah simbol PAS adalah kumpulan minoriti.

PAS tidak ada kuasa untuk membuang mereka kerana mereka bukan ahli PAS. PAS juga tidak ada kuasa untuk menafikan mereka mewakili PAS di Parlimen dan DUN kerana mereka menang atas tiket PAS dan diwartakan sebagai pemenang bagi Parti PAS.

Inilah kes klasik menang sorak kampung tergadai. DAP akhirnya berjaya menguasai sepenuhnya Pakatan Rakyat. Bagaimana ulama di dalam PAS boleh biarkan ini berlaku?

Ternyata pakar strategis DAP ibarat cerita dongeng Portugis minta tanah. Diriwayatkan orang Portugis meminta tanah seluas belulang seekor lembu dan pemimpin tempatan segera memberikannya kerana berpendapat orang portugis itu bodoh. Apalah yang boleh dibuat dengan tanah seluas satu belulang lembu. Rupa-rupanya setelah perjanjian dimeterai, orang Portugis itu memotong belulang itu dan dibuat benang yang amat panjang. Akhirnya kerana angkuh dan buta hati pemimpin tempatan, habis semuanya menjadi milik Portugis. Itu kisah dongeng, tetapi nampaknya hari ini, kisah dongeng itu akan menjadi sejarah. Kebodohan dan keangkuhan PAS akhirnya akan menggadai segala-galanya.

Siapakah Lelaki Ini?

Posted on April 16, 2013

FA 19-2

Saya membuat satu analisa berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya di dalam bidang perfileman semenjak 1990. Analisa ini saya buat tanpa membuat perbandingan dengan foto mana-mana individu.

Sample yang saya terima ialah di dalam bentuk DVD dan saya dapati mutu rakaman audio dan videonya adalah di dalam keadaan baik. Suara boleh didengar dan difahami perbualannya. Saya berpendapat video ini adalah satu rakaman yang telah dirancang dengan baik oleh individu atau kumpulan yang mempunyai pengetahuan asas tentang pencahayaan dan juga rakaman audio. Saya berpendapat kamera ini diletakkan di satu sudut di sebelah bawah sebuah peti televisyen. Ini adalah satu pemilihan sudut yang bijak kerana perakam tahu pelaku di dalam video ini akan kerap menoleh ke arah peti televisyen, justeru wajah pelaku dapat terakam dengan sempurna.

Terdapat dua orang pelaku di dalam video ini. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Walaupun hubungan diantara kedua-dua pelaku ini adalah tidak jelas, tetapi niat pertemuan mereka di dalam bilik tersebut adalah jelas, iaitu untuk melakukan hubungan seksual.

Durasi keseluruhan video ini adalah 11 minit 26 saat.

Saya telah membuat screenshot aksi-aksi di dalam video ini dan di failkan mengikut susunan dengan nama fail Fa 1-1 sehingga Fa 16-1. Saya juga membuat screenshot jarak dekat wajah pelaku dan dinamakan sebagai Fa E CU 1-2 sehingga Fa E CU 3-2. Screenshot dibuat menggunakan applikasi Grab oleh Apple.

Kemudian gambar-gambar dari video itu dibuka menggunakan Adobe Photoshop dan di ‘enhance’ menggunakan filter smart sharpen dan filter reduce noise. Di bawah adalah foto-foto mengukut susunan.

Secara keseluruhan saya berpendapat bahawa video ini adalah authentic dan tidak ada pengubahsuaian selain dari suntingan untuk memendekkannya. Suntingan yang dibuat adalah amat asas dan tidak menjelaskan atau mencemar kandungan video tersebut.

Lelaki di dalam video tersebut adalah individu yang sama dari permulaan video sehingga ke penghujungnya. Lelaki itu boleh dikenalpasti dengan jelas menerusi cara dan corak beliau berpakaian, saiz dan bentuk badan, rupa parasnya dan suaranya.

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah pelaku lelaki di dalam video ini boleh dikenalpasti.

Fa 1-1Fa 2-1Fa 3-1Fa 4-1Fa 5-1Fa 6-1Fa 7-1Fa 8-1Fa 9-1Fa 10 -1Fa 12-1Fa 13-1Fa 14-1Fa 15-1 copyFa 16-1 copyFA 19-2Fa 17-1FA E-CU 1-2FA E CU 3-2FA E CU 2-2

Saya Pilih Jadi Pelupa

Posted on April 13, 2013

Mari kita ingat pasal DP Vijandran, Tan Sri Rahim Thamby Chik, S. Assamaley, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek.

Siapa mereka? Mereka semua dikaitkan dengan skandal seks dan karier politik mereka berkubur kemudiannya. Ya, ramai diantara kita tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan, kerana kita mahu mereka disebat, direjam dan kemudian diseret telanjang bulat di khalayak ramai sebab mereka adalah pemimpin yang tidak bermoral, kata kita.

Kita desak pelbagai suruhanjaya. Kita desak pelbagai siasatan dan kita desak mereka dihukum.

Kes skandal rakaman video aksi seks DP Vijandran menjadi hangat pada tahun 1989. Vijandran yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan  bekas Setiausaha Agung MIC kemudian melepaskan semua jawatannya sebelum dijatuh hukuman pada 1996. Vijandran merayu dan menang tetapi karier politiknya berakhir.

Tan Sri Rahim Thamby Chik pula disabitkan kesalahan kerana kononnya mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur. Gadis itu membuat laporan polis terhadap 25 orang lelaki dan 11 daripada mereka di dapati bersalah. Pada tahun 1994, Rahim disahkan bebas dari sebarang pertuduhan seperti yang dihebahkan tetapi karier politiknya berakhir.

Tan Sri Abu Hassan Omar ketika menjadi Menteri Besar Selangor telah berdepan dengan khabar angin yang mengatakan beliau mempunyai anak luar nikah dengan kakak iparnya. Berita itu tersebar menerusi satu artikel dari tabloid di Indonesia. Abu Hassan meletakkan jawatan atas alasan kesihatan dan karier politiknya berakhir.

Pada 2007, Menteri Kesihatan Chua Soi Lek meletakkan jawatannya dan mengakui dia adalah lelaki di dalam video skandal seks di Johor. Chua Soi Lek tidak bertanding pada pilihanraya 2008 dan juga tidak akan bertanding dalam PRU Mei’13.

Pada pertengahan 1990 an, pembangkang meniup kencang khabar angin mengenai moral Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri. Pemimpin pembangkang dari PAS menggelarkan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai ‘al juburi’ dan menggesa siasatan dibuat. Timbalan Perdana Menteri itu ialah Anwar Ibrahim. Beliau dipecat dari menjadi Perdana Menteri dan kemudian dibuang dari UMNO.

Apa jadi kepada Anwar selepas itu? Anwar dipikul dan dijunjung oleh pembangkang sehingga ke hari ini.

Sejak Anwar menjadi ketua pembangkang, sahabat Anwar sendiri telah mengeluarkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Anwar sedang mengadakan hubungan seksual dengan seorang perempuan cina. Selepas itu keluar juga beberapa foto dan video mendakwa Anwar dengan beberapa lelaki dalam keadaan intim. Anwar terus terselamat kerana kita kata bahawa video dan foto itu tidak perlu disiasat dan ia hanyalah untuk menjatuhkan Anwar.

Kemudian keluar pula foto-foto intim orang kanan Anwar dengan seorang perempuan di ruang tamu dan di dalam bilik air. Kita kata tak perlu siasat. Itu semua palsu.

Semalam, kita digegarkan pula video hubungan seks seorang lelaki yang sebijik menyerupai setiausaha agung Parti Islam SeMalaysia (PAS). Segera kita kata tak perlu siasat. Tak ada apa hendak diceritakan dan itu semua palsu.

Ini semua politik longkang. Ini semua salah UMNO. Bagaimana dengan Vijandran, Rahim Tamby Chik, Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek? Itu salah siapa? Kenapa kita kena siasat mereka itu?

Kita sebenarnya hipokrit paling besar dan paling layak dimasukan ke dalam neraka jahanam kerana sifat bermuka-muka kita.

Tetapi kalau kita mahu memilih syurga, maka kita perlu beri keadilan kepada diri kita sendiri. Hentikan kepura-puraan kita. Allah beri kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan akal untuk berfikir. Kita tidak perlu menjatuh hukum tetapi kita perlu berlaku adil.

PRU Mei 13: Kelantan Bersedia Kembali Ke Arus Perdana Politik Malaysia

Posted on April 10, 2013

Setelah hampir 23 tahun melayan kerenah dan janji Nik Abdul Aziz dan Parti PAS, 6 Mei akan datang, BN dijangka akan menubuhkan Kerajaan Negeri Kelantan.

Kenyataan di atas adalah sesuatu yang mustahil bagi sesetengah pihak, tetapi sebenarnya siapa yang mengatakan fenomena itu mustahil terjadi, mereka sebenarnya tidak tahu tentang politik semasa di Kelantan dan tidak melihat dengan mata kepala mereka sendiri perkembangan terkini di bumi Kelantan.

Padang Mokan 9 - Version 2Kini ceramah BN menjadi pusat rezeki peniaga kecil, bukan lagi ceramah PAS.

Walaupun penentangan dan rasa tidak puas hati terhadap Nik Aziz dan PAS disimpan di dalam diam oleh penduduk Kelantan tetapi kesediaan menerima Barisan Nasional sudah tidak segan untuk dinyatakan secara terbuka.

Sepanjang lebih 9 bulan saya memantau suasana di Kelantan, saya dapat merasakan perubahan yang ketara di kalangan orang-orang Kelantan. Baik dari kubu kuat BN di selatan Kelantan sehinggalah ke kubu kuat PAS di sebelah pantai seperti di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Bachok dan Kubang Kerian.

Siapa sangka, program BN di keempat-empat kubu PAS itu boleh mengumpulkan lebih 5,000 orang setiap kali ceramah diadakan? Kalau dulu, takda ada orang hendak datang ke ceramah BN, tetapi kini, ia terbalik, tak ada pula orang nak pergi ke ceramah PAS.

Apakah fenomena ini akan turut diterjemahkan bila pemilih di Kelantan keluar mengundi pada 5 Mei 2013 kelak? Kemungkinan kita tidak perlu menunggu hari mengundi untuk mencari jawapan tersebut.

Ketereh 65 - Version 2Ustaz Slide – Rujhan Abdul Rahman, tidak pernah gagal memukau di ceramah

PAS Kelantan berdepan dengan pelbagai krisis dalam terutama termasuklah di 4 kawasan kubu mereka. Lebih teruk lagi, PAS di Kelantan berdepan dengan krisis identiti dan juga krisis kepercayaan oleh rakyat Kelantan.

Apapun perjalanan BN untuk melangkah masuk ke Kota Darul Naim masih jauh dan penuh liku. Ramai orang yang saya temui merasakan BN Kelantan sudah banyak berubah. Tetapi perubahan sebenar hanya boleh dilihat bila senarai calonkan diumumkan kelak.

Korban Ops Daulat 78 - Version 2Gelombang Merah dibawah Mustapa, berkesan.

Jika sewaktu pilihanraya 1990 dulu penyokong PAS boleh berkata, untuk lawan BN, PAS tidak perlu letak calon tapi ‘letak beruk’ pun boleh menang…”, kali ini, arus perubahan itu jika terus kuat dan menyakinkan, mungkin kata-kata itu pula kembali kepada PAS.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,455 other followers

%d bloggers like this: