Kickdefella

No One Dies A Virgin, Life Screws Us All

Posts from the “Current Affairs” Category

Pengundi Putrajaya Tolaklah Pengamal Politik Kura-Kura

Posted on April 30, 2013

Calon Parlimen Putrajaya, Husam Musa adalah pengamal tegar politik kura-kura. Apakah politik kura-kura? Sahabat baik Husam  pernah memberi tahu saya bahawa Husam Musa adalah pengamal politik kura-kura. Maksud politik kura-kura ialah bila wujud krisis atau tekanan, Husam akan menyembunyikan dirinya dan mengelak daripada berdepan dengan isu sebenar. Sama seperti kura-kura menyembunyikan kepalanya. Telahan itu memang tepat dan terbukti. Saya sendiri telah beberapa kali menyaksikan kelicikan Husam bermain politik kura-kura. (1) Di dalam isu Arifahmi. Padahal Husam adalah pengkritik tegar menantu Nik Aziz dan pernah secara terbuka kepada kami para sahabatnya Husam mengatakan macam-macam untuk merendahkan Arifahmi. Tetapi bila berlaku krisis, Husamlah orang yang paling senyap dan sunyi. (2) Apabila timbul isu berhubung dengan pemberian RM4 juta untuk saya menguruskan aktiviti perang saraf dan gerak…

Akhirnya DAP Terbukti Menguasai PAS

Posted on April 19, 2013

Nik Aziz dalam kenyataan rasminya mengulas penggunaan simbol PAS bagi semua calon-calon DAP di Semenanjung Malaysia dalam PRU 13 tanda ‘akhirnya roket mendarat ke bulan’. Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional. Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan! (di sini) Apa sebenarnya yang berlaku ialah bukti penguasaan DAP di dalam PAS dan ia merupakan satu rampasan kuasa terhadap PAS oleh strategis DAP. DAP sudah pasti akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PAS di dalam PRU Mei 13 ini. Di dalam PRU ke 12 dulupun DAP menang lebih daripada PAS. Apa yang akan terjadi selepas ini ialah…

Siapakah Lelaki Ini?

Posted on April 16, 2013

Saya membuat satu analisa berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya di dalam bidang perfileman semenjak 1990. Analisa ini saya buat tanpa membuat perbandingan dengan foto mana-mana individu. Sample yang saya terima ialah di dalam bentuk DVD dan saya dapati mutu rakaman audio dan videonya adalah di dalam keadaan baik. Suara boleh didengar dan difahami perbualannya. Saya berpendapat video ini adalah satu rakaman yang telah dirancang dengan baik oleh individu atau kumpulan yang mempunyai pengetahuan asas tentang pencahayaan dan juga rakaman audio. Saya berpendapat kamera ini diletakkan di satu sudut di sebelah bawah sebuah peti televisyen. Ini adalah satu pemilihan sudut yang bijak kerana perakam tahu pelaku di dalam video ini akan kerap menoleh ke arah peti televisyen, justeru wajah pelaku dapat terakam dengan sempurna. Terdapat…

Saya Pilih Jadi Pelupa

Posted on April 13, 2013

Mari kita ingat pasal DP Vijandran, Tan Sri Rahim Thamby Chik, S. Assamaley, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek. Siapa mereka? Mereka semua dikaitkan dengan skandal seks dan karier politik mereka berkubur kemudiannya. Ya, ramai diantara kita tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan, kerana kita mahu mereka disebat, direjam dan kemudian diseret telanjang bulat di khalayak ramai sebab mereka adalah pemimpin yang tidak bermoral, kata kita. Kita desak pelbagai suruhanjaya. Kita desak pelbagai siasatan dan kita desak mereka dihukum. Kes skandal rakaman video aksi seks DP Vijandran menjadi hangat pada tahun 1989. Vijandran yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan  bekas Setiausaha Agung MIC kemudian melepaskan semua jawatannya sebelum dijatuh hukuman pada 1996. Vijandran merayu dan menang tetapi karier politiknya berakhir.…

PRU Mei 13: Kelantan Bersedia Kembali Ke Arus Perdana Politik Malaysia

Posted on April 10, 2013

Setelah hampir 23 tahun melayan kerenah dan janji Nik Abdul Aziz dan Parti PAS, 6 Mei akan datang, BN dijangka akan menubuhkan Kerajaan Negeri Kelantan. Kenyataan di atas adalah sesuatu yang mustahil bagi sesetengah pihak, tetapi sebenarnya siapa yang mengatakan fenomena itu mustahil terjadi, mereka sebenarnya tidak tahu tentang politik semasa di Kelantan dan tidak melihat dengan mata kepala mereka sendiri perkembangan terkini di bumi Kelantan. Kini ceramah BN menjadi pusat rezeki peniaga kecil, bukan lagi ceramah PAS. Walaupun penentangan dan rasa tidak puas hati terhadap Nik Aziz dan PAS disimpan di dalam diam oleh penduduk Kelantan tetapi kesediaan menerima Barisan Nasional sudah tidak segan untuk dinyatakan secara terbuka. Sepanjang lebih 9 bulan saya memantau suasana di Kelantan, saya dapat merasakan perubahan yang ketara…

Menfitnah: Husam Berdepan 5 Saman

Posted on April 5, 2013

Naib Presiden PAS, Haji Husam Bin Musa dilaporkan akan berdepan dengan 5 saman fitnah oleh beberapa individu berprofil tinggi dan termasuk seorang bekas pimpinan PAS dan kumpulan masyarakat di Kelantan.

Siri saman pertama telah bermula apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato’ Sri Mustapa Mohamed  di dalam sidang media petang semalam mengumumkan bahawa peguam beliau telah menyediakan notis tuntutan kepada Husam. Husam didakwa telah menfitnah Mustapa dengan menuduh Mustapa membahagikan 400 lot saham FGV kepada ketua-ketua Bahagian UMNO. Turut berdepan dengan tuntutan itu ialah HarakahDaily dan Ketua Pengarangnya.

Sekiranya Husam gagal membuat permohonan maaf secara terbuka, Mustapa dijangka menfailkan saman itu seawal hujung minggu hadapan di Mahkamah Tinggi Kelantan.

Kebelakangan ini banyak pihak telah mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman terhadap Husam termasuklah beberapa nama besar di dalam arena politik tanah air. Husam pula didakwa oleh sumber dalaman terus menyebarkan terus fitnah mengenai FGV dengan mengedarkan buku-buku yang ditempahnya. Buku tersebut mengandungi dakwaan-dakwaan tidak berasas mengenai FGV.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,455 other followers

%d bloggers like this: