Kickdefella

No One Dies A Virgin, Life Screws Us All

Posts from the “Current Affairs” Category

MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung

Posted on April 3, 2014

Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, telah timbul krisis keyakinan yang serius. Suasana bertambah ‘chaotic’ bila PM Najib membuat kenyataan pada 24 Mac 2014. Pandangan saya berdasarkan fakta di bawah, (i) PM dlm sidang media ke tiganya memaklumkan penerbangan berakhir di Selatan Lautan Hindi, tetapi fakta sebenarnya ialah data satelit (dan belum ada bukti penerbangan itu) yang terakhir ialah di Selatan Lautan Hindi. Pembentangan PM di parlimen dan sms MAS kepada keluarga mangsa menambah kekeliruan seolah pesawat itu telah terhempas di Selatan Lautan Hindi. Sehingga…

Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara.

Posted on October 9, 2013

Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalanraya, hospital, sekolah, tujuan membangunkan ekonomi, tujuan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi. Oleh itu kita perlu faham yang hasil cukai yang diperoleh daripada Rakyat melalui cukai yang kita sebagai individu perlu bayar kepada Kerajaan akan dapat dimanfaatkan dan di nikmati balik oleh kita sebagai Rakyat. Cukai adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentabiran Negara dan ekonomi. Malah, jika kita melihat isu…

Isu Syria

Posted on September 17, 2013

Lari dari kisah dalam negara Malaysia sejenak untuk melihat isu Syria yang kelihatan sekarang semakin jelas semuanya yang terjadi adalah hasil dari perancangan CIA. Kita lihat sewaktu awalnya terjadi krisis perang saudara di Syria pada 2011 segalanya bermula apabila Kartunis terkemuka Syria yang menentang rejim Bashar , Ali Farzat telah ditangkap dan diculik oleh sekempulan mereka yang tidak dikenali yang dipercayai adalah terdiri dari pihak perisikan rahsia kerajaan Syria pada 25 Ogos 2011 di Umayyad Square, Damascus. Ali Farzat telah dicederakan kedua belah tangannya sambil diberi amaran untuk tidak lagi melukis karikatur yang mencerca Bashar. Ali Farzat adalah seorang kartunis yang pernah suatu ketika di ancam bunuh oleh Allahyarham Saddam Hussein kerana mengkritik Saddam dan pemimpin arab lain yang didakwanya mementingkan kekuatan tentera dari…

Menuruni Bukit Minden Ke Dataran George Square

Posted on September 13, 2013

Saya melangkah kaki untuk membuat ijazah pertama di Kampus Minden Universiti Sains Malaysia dikemuncak kejohanan Piala Dunia Itali 1990. Iaitu di saat Roger Milla mengganas dengan empat gol merobek gawang Romania dan Colombia. Pada ketika itu usia Roger Milla mencecah 40 tahun. Ini menyebabkan seorang ‘fresher’ veteran bernama Malon dari Sabah (atau Sarawak?) menjadi terkenal dengan panggilan ‘Roger Milla’. Malon berusia sekitar 40 an dan berkulit cerah dan berkepala botak, langsung tidak sama dengan Roger Milla, tetapi kerana dia adalah pelajar ijazah pertama yang sudah berusia, maka panggilan itu menjadi serasi dengannya. Dua hari lepas saya ke pesta persatuan-persatuan yang bernaung dibawah Edinburgh University Students’ Association (EUSA) dengan niat saya untuk mendaftar sebagai ahli kepada Edinburgh Malaysian Student’s Association (EMSA). Tidak saya menduga, apabila…

Pertahankan Kalimah Allah!

Posted on September 11, 2013

Semalam, 10 September 2013, Isu Kalimah Allah sekali lagi bergema apabila pendengaran terhadap rayuan Kerajaan Persekutuan untuk mengenepikan keputusan terdahulu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan, pada 31 Disember 2009 yang mana membenarkan Kalimah Allah digunakan dalam penerbitan Majalah “Herald – The Catholic Weekly” sekaligus membatalkan keputusan larangan penggunaan Kalimah Allah dalam penerbitan itu oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia bertarikh 7 Januari 2009. Antara alasan penghakiman yang digunakan oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan pada ketika itu adalah pada Perlembagaan artikel 3(1) yang mana ia adalah hak kepada agama selain Islam, hendaklah diamalkan dalam suasana aman dan harmoni di mana mana bahagian Persekutuan.  Selain dari menggunakan artikel 10, 11 dan 12 sebagai alasan untuk membenarkannya. Dari segi situasi yang berlaku sekarang, …

Dari Dang Wangi Ke Holyrood Road

Posted on September 10, 2013

Holyrood Road di Kota Edinburgh terkenal dengan Palace Of The Holyroodhouse, kediaman rasmi Ratu Elizabeth di Scotland. Ia terletak di penghujung ‘Royal Mile’ yang bermula dari Edinburgh Castle. Studio saya hanya dua ratus meter dari Istana Holyroodhouse itu, dan di antara studio saya dan istana itu, dipisahkan oleh Parlimen Scotland. Hampir genap lima tahun yang lalu pada bulan ini, saya pernah menginap 3 malam di lokap Balai Polis Dang Wangi. Sebuah ruang kecil dengan tandas yang tersumbat dan lubang cahaya ditutup, saya menginsafi kehidupan. Semalam, lebih kurang jam dua pagi saya terjaga. Malam musim panas yang amat dingin dengan suhu 7 darjah celcius. Saya menghidupkan alat pemanas, dan bila suasana di bilik mula nyaman, saya cuba untuk kembali tidur. Pada waktu yang sama, hidung…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,701 other followers