Kickdefella

No One Dies A Virgin, Life Screws Us All

Posts by Izrael Bin Abdullah

Menfitnah: Husam Berdepan 5 Saman

Posted on April 5, 2013

Naib Presiden PAS, Haji Husam Bin Musa dilaporkan akan berdepan dengan 5 saman fitnah oleh beberapa individu berprofil tinggi dan termasuk seorang bekas pimpinan PAS dan kumpulan masyarakat di Kelantan.

Siri saman pertama telah bermula apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato’ Sri Mustapa Mohamed  di dalam sidang media petang semalam mengumumkan bahawa peguam beliau telah menyediakan notis tuntutan kepada Husam. Husam didakwa telah menfitnah Mustapa dengan menuduh Mustapa membahagikan 400 lot saham FGV kepada ketua-ketua Bahagian UMNO. Turut berdepan dengan tuntutan itu ialah HarakahDaily dan Ketua Pengarangnya.

Sekiranya Husam gagal membuat permohonan maaf secara terbuka, Mustapa dijangka menfailkan saman itu seawal hujung minggu hadapan di Mahkamah Tinggi Kelantan.

Kebelakangan ini banyak pihak telah mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman terhadap Husam termasuklah beberapa nama besar di dalam arena politik tanah air. Husam pula didakwa oleh sumber dalaman terus menyebarkan terus fitnah mengenai FGV dengan mengedarkan buku-buku yang ditempahnya. Buku tersebut mengandungi dakwaan-dakwaan tidak berasas mengenai FGV.

Koya Best! Minyak Auta Di Bawah Rumah, Lagi Usaha Timbul Kemarahan Rakyat

Posted on January 24, 2013

Updated: Publication: Berita HarianDate of publication: May 4, 2006Section heading: EkonomiPage number: 08KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan membuat keputusan melantik perunding bagi menyelidik sumber minyak di kawasan daratan negeri ini terutama sekitar jajahan Tumpat dan Bachok.Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa, berkata mengikut laporan awal daratan dua jajahan mempunyai sumber minyak.“Kita berharap dengan kajian ini, jika ada penemuan ia boleh membantu menambah simpanan minyak negara sekali gus boleh menjana ekonomi pada masa depan.“Kerajaan negeri bersetuju mengenal pasti perunding dan melantik mereka menjalankan penyelidikan,” katanya selepas mesyuarat mingguan Exco di sini, semalam.Ketika ditanya kemungkinan harga tanah di kawasan terbabit akan meningkat jika dikenal pasti mempunyai sumber minyak, Husam berkata soal itu tidak timbul.“Kita boleh membina paip menghala…

Derhaka?

Posted on January 23, 2013

Sultan Muhammad V, telah perkenan melantik wakil Negeri Kelantan ke Jawatankuasa Khas berkaitan tuntutan royalti petroleum. Ini bererti Tuanku telah memberi restu kepada penubuhan Jawatankuasa Khas tersebut serta menzahirkan keyakinan bahawa Jawatankuasa Khas adalah jalan terbaik menyelesaikan isu yang menyelubungi tuntutan Kerajaan PAS Kelantan. Apabila Tuanku sudah memberi perkenan maka wakil-wakil Kerajaan PAS Kelantan, terutamanya ahli-ahli Exco yang mengangkat sumpah mereka di hadapan Sultan Negeri Kelantan perlulah turut sama menzahirkan persetujuan dan sefahaman supaya segala tindak tanduk Kerajaan Negeri seiring dengan apa yang diperkenankan Tuanku. Apakah ertinya kalau secara terbuka seorang exco dan kuncu-kuncunya bertindak membuat sesuatu yang secara langsung membelakangkan apa yang telah dizahirkan oleh Tuanku? Apakah itu derhaka namanya. Seperti biasa tentu exco itu akan berkata dia bertindak untuk kepentingan rakyat kelantan.…

Syed Azidi Sahut Cabaran Debat Royalti Nazri Deraman

Posted on January 18, 2013

“Kita debat untuk ilmu dan untuk menjernihkan pengetahuan rakyat Kelantan terhadap isu sebenar”, demikian kata-kata pengasas blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam. Beliau merujuk kepada berita di dalam Sinar Harian bertarikh 17 Januari 2013 yang melaporkan Pengerusi NGO R Saudara Nazri Deraman mencabar YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan YB Senator Dato’ Dr Awang Adek Hussin untuk berdebat isu royalti petroleum. “Bukan taraf Nazri untuk berdebat dengan Menteri, debat dengan saya sudahlah,” kata Syed Azidi yang ditemui media di sebuah hotel di Kota Bharu selepas majlis perasmian Jentera Siber Barisan Nasional oleh Mustapa Mohamed. Bagaimanapun Syed Azidi nyatakan beliau mahu debat itu bukan bertujuan untuk ‘mengangkat ekor’ mana-mana pihak atau untuk tujuan bermegah-megah. Sebaliknya ia mesti untuk kedua-dua pihak meletakkan hujah masing-masing…

Stesen Kereta Sewa: PM Lebih Baik Dari Husam Musa

Posted on January 16, 2013

RM300,000 diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri kepada Persatuan Pemandu Kereta Sewa Pasir Puteh sedangkan PAS Kelantan pula mencekik mereka. Itulah yang telah berlaku. Pada tahun 1981, Kerajaan Barisan Nasional Kelantan telah memberikan sebuah tanah kosong di Bandar Pasir Puteh, Kelantan untuk pemandu kereta sewa menjadikan stesen mereka. Tapak itu diberikan percuma dengan janji bahawa mereka boleh menggunakan tapak tersebut selagi mereka mahu. Tetapi apabila PAS mengambil alih pemerintahan Negeri Kelantan, sewaan telah mula dikenakan ke atas persatuan tersebut. Penolong Pengurus Hartanah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuantan mengesahkan bahawa PKINK telah mengenakan sewa ke atas persatuan itu. Ismail Shauqi Ibrahim yang menjadi saksi kepada YB Dato’ Husam dalam kes saman fitnah ke atas pengasas blog Kickdefella, Syed Azidi…

Masih Ladang Air Mata

Posted on January 12, 2013

Fakta Ladang Rakyat menurut Laporan Ketua Audit Negara

Keluasan tanah yang diberi oleh Kerajaan Negeri PAS kepada Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat (PPLR) ialah 81,095 ekar di jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah Kelantan. Daripada jumlah itu 27,649 ekar tanah adalah yang telah majukan (rentah) oleh penduduk tempatan dengan tanaman dusun dan getah.

76,870 ekar tanah telah dipajak oleh PPLR kepada syarikat swasta (atau kita panggil tauke).

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, Tauke akan mendapat pulangan bersih setahun sebanyak RM1.621.99 Billion setahun manakala PPLR hanya perolehi pulangan RM420.82 juta untuk 20 tahun (atau RM21 juta setahun).  Peserta Ladang Rakyat yang dipilih pula dapat RM200 sahaja setiap bulan. Peserta tidak dapat pemilikan tanah ataupun keuntungan lain. 639 pekerja adalah warga asing berbanding 282 warga tempatan.

Husam Gagal Sapina Zahid Dan Tarik Balik Kes Saman Pengarah Pelajaran

Posted on January 6, 2013

Pada 3hb Januari lepas, YB Dato’ Haji Husam Musa telah memberitahu pihak media supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada hari ini, 6 Januari 2013. Menurut sumber, Husam berkata ada pendedahan akan berlaku di Mahkamah. Hari ini, 6 Januari 2013, ada 2 kes saman Husam yang didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Pertama ialah kes Dato’ Haji Husam Bin Musa lawan Wan Muhammad Azri Wan Deris dan kedua ialah kes Dato’ Haji Husam Bin Musa lawan Haji Hussain Bin Awang. Dato’ Haji Husam Bin Musa v. Wan Muhammad Azri Wan Deris Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini membenarkan permohonan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenepikan sapina Husam Musa dalam kes saman ke atas seorang lelaki bernama Wan Muhammad Azri. Husam sebelum ini menfailkan…

  

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,699 other followers

%d bloggers like this: