Kickdefella

No One Dies A Virgin, Life Screws Us All

Posts by Jim Bob

Siapakah Lelaki Ini?

Posted on April 16, 2013

Saya membuat satu analisa berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya di dalam bidang perfileman semenjak 1990. Analisa ini saya buat tanpa membuat perbandingan dengan foto mana-mana individu. Sample yang saya terima ialah di dalam bentuk DVD dan saya dapati mutu rakaman audio dan videonya adalah di dalam keadaan baik. Suara boleh didengar dan difahami perbualannya. Saya berpendapat video ini adalah satu rakaman yang telah dirancang dengan baik oleh individu atau kumpulan yang mempunyai pengetahuan asas tentang pencahayaan dan juga rakaman audio. Saya berpendapat kamera ini diletakkan di satu sudut di sebelah bawah sebuah peti televisyen. Ini adalah satu pemilihan sudut yang bijak kerana perakam tahu pelaku di dalam video ini akan kerap menoleh ke arah peti televisyen, justeru wajah pelaku dapat terakam dengan sempurna. Terdapat…

Saya Pilih Jadi Pelupa

Posted on April 13, 2013

Mari kita ingat pasal DP Vijandran, Tan Sri Rahim Thamby Chik, S. Assamaley, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek. Siapa mereka? Mereka semua dikaitkan dengan skandal seks dan karier politik mereka berkubur kemudiannya. Ya, ramai diantara kita tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan, kerana kita mahu mereka disebat, direjam dan kemudian diseret telanjang bulat di khalayak ramai sebab mereka adalah pemimpin yang tidak bermoral, kata kita. Kita desak pelbagai suruhanjaya. Kita desak pelbagai siasatan dan kita desak mereka dihukum. Kes skandal rakaman video aksi seks DP Vijandran menjadi hangat pada tahun 1989. Vijandran yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan  bekas Setiausaha Agung MIC kemudian melepaskan semua jawatannya sebelum dijatuh hukuman pada 1996. Vijandran merayu dan menang tetapi karier politiknya berakhir.…

PRU Mei 13: Kelantan Bersedia Kembali Ke Arus Perdana Politik Malaysia

Posted on April 10, 2013

Setelah hampir 23 tahun melayan kerenah dan janji Nik Abdul Aziz dan Parti PAS, 6 Mei akan datang, BN dijangka akan menubuhkan Kerajaan Negeri Kelantan. Kenyataan di atas adalah sesuatu yang mustahil bagi sesetengah pihak, tetapi sebenarnya siapa yang mengatakan fenomena itu mustahil terjadi, mereka sebenarnya tidak tahu tentang politik semasa di Kelantan dan tidak melihat dengan mata kepala mereka sendiri perkembangan terkini di bumi Kelantan. Kini ceramah BN menjadi pusat rezeki peniaga kecil, bukan lagi ceramah PAS. Walaupun penentangan dan rasa tidak puas hati terhadap Nik Aziz dan PAS disimpan di dalam diam oleh penduduk Kelantan tetapi kesediaan menerima Barisan Nasional sudah tidak segan untuk dinyatakan secara terbuka. Sepanjang lebih 9 bulan saya memantau suasana di Kelantan, saya dapat merasakan perubahan yang ketara…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,456 other followers

%d bloggers like this: