Kickdefella

No One Dies A Virgin, Life Screws Us All

Posts by Jim Bob

BN Pertahankan Malaysia, PAS Pertahankan Kelantan

Posted on May 6, 2013

Tahniah kepada mereka yang telah terpilih mewakili rakyat sama ada di peringkat Parlimen ataupun di peringkat negeri. Sekarang adalah masa terbaik untuk kita berkhidmat kepada rakyat yang telah memilih kita. Sokongan penuh perlu diberikan kepada kerajaan-kerajaan yang telah dilantik oleh rakyat. Semoga segala ketegangan yang kita lalui kebelakangan ini akan kembali kendur. Syabas kepada rakyat kerana telah membuat pilihan yang difikirkan terbaik oleh mereka. Kita perlu menerima keputusan ini dengan hati terbuka. Terima kasih.

Rakyat Kembalikan 2/3 dan Kelantan, Kedah Kepada BN

Posted on May 4, 2013

Pakatan Pembangkang tahu mereka akan ditumpaskan oleh rakyat bila majoriti senyap membuang undi esok. Di atas sebab itulah mereka berusaha membuat pelbagai tomahan dan menimbulkan suasana tegang untuk menakutkan orang ramai. Bagaimanapun, hanya dengan memberi sebesar-besar mandat kepada pimpinan Najib Razak akan dapat mematikan semua agenda jijik Pakatan Rakyat. Pakatan Pembangkang dijangkakan akan membuat perhimpunan di Putrajaya bermula esok dan himpunan itu dijangka akan bertukar menjadi kekacauan kerana tidak puas hati dengan kekalahan mereka yang kononnya disebabkan oleh penipuan dalam pilihanraya. Semua ini telah dirancang. Beberapa perhimpunan juga dijangkakan di beberapa negeri termasuk di Kelantan bila ada gesaan supaya penyokong PAS keluar ke jalanraya sekiranya menjadi nyata mereka ditolak rakyat di Kelantan. Oleh yang demikian blog ini memohon dan merayu kepada semua pemilih untuk…

Suasana Huru Hara Terasa, Tapi Rakyat Terus Mendahului Di Kelantan

Posted on May 4, 2013

Rakyat Kelantan yakin akan dapat menumpaskan kezaliman Kerajaan Pemerintahan PAS Kelantan dengan indikasi terkini menunjukkan BN mendahului di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri dan di 7 kerusi Parlimen. Untuk rekod, Kelantan mempunyai 45 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen. Bagi menubuhkan kerajaan negeri, sesebuah parti politik memerlukan sekurang-kurangnya menang di 23 konstituensi DUN. PAS yang sudah memerintah Kelantan selama hampir 23 buat masa ini hanya mendahului di 11 kerusi DUN. Sementara Negeri Kelantan mula menyaksikan kebanjiran pulang anak-anak Kelantan dari luar, rata-rata sentimen kebencian dan meluat kepada DAP dan hilang hormat kepada pendirian sesumpah PAS dilihat dibawa bersama. Bagi pengundi tempatan pula, penolakan kepada PAS antaranya dipengaruhi oleh kegagalan PAS menunaikan janji-janji mereka dan keangkuhan melampau pemimpin-pemimpin PAS Kelantan adalah faktor utama. Aura Pengerusi…

Husam Kembali Ke PUTARJAYA

Posted on May 3, 2013

Setelah tidak muncul-muncul di Kelab Tasek Putrajaya untuk mengambil ujian poligraf bagi membuktikan dirinya tidak berbohong, Husam pagi ini dilihat  kembali ke Kelantan. Husam menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra lebih kurang pukul 9 pagi tadi.  Syed Azidi bersama Nik Mahani (Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade) dan Penganjur, Tun Faisal. Husam telah melepaskan peluang untuk membersihkan namanya. Bagaimanapun, ramai yang hadir memang yakin Husam tidak ada keberanian untuk mengambil ujian tersebut. Bagi lebih 50 orang yang berkumpul termasuk dari pihak media berpendapat Husam hanya seorang yang berani bercakap dan berani memalukan orang tetapi bila tiba gilirannya, dia sendiri yang kecut perut. Ini merujuk kepada bagaimana Husam dikatakan pernah mencabar Dato’ Shazril Eskay (Dato’ T) untuk membuat ujian poligraf dalam kes video…

Ujian Poligraf Di Putrajaya

Posted on May 1, 2013

Esok jam 5 petang bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 ujian poligraf akan dibuat. Ia adalah seperti yang saya nyatakan pada Ahad, 28 April 2013 yang lalu. Saya harap Calon Parti PAS untuk Parlimen Putrajaya, Husam akan hadir untuk membuat ujian tersebut bersama saya bagi membuktikan siapa berbohong dan siapa bercakap benar mengenai isu-isu yang antaranya melibatkan projek – projek di Kelantan dan yang saya nyatakan tentang Husam sebelum ini.

Akhirnya DAP Terbukti Menguasai PAS

Posted on April 19, 2013

Nik Aziz dalam kenyataan rasminya mengulas penggunaan simbol PAS bagi semua calon-calon DAP di Semenanjung Malaysia dalam PRU 13 tanda ‘akhirnya roket mendarat ke bulan’. Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional. Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan! (di sini) Apa sebenarnya yang berlaku ialah bukti penguasaan DAP di dalam PAS dan ia merupakan satu rampasan kuasa terhadap PAS oleh strategis DAP. DAP sudah pasti akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PAS di dalam PRU Mei 13 ini. Di dalam PRU ke 12 dulupun DAP menang lebih daripada PAS. Apa yang akan terjadi selepas ini ialah…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,457 other followers

%d bloggers like this: