Kickdefella

No One Dies A Virgin, Life Screws Us All

Posts by Sheih

MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung

Posted on April 3, 2014

Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, telah timbul krisis keyakinan yang serius. Suasana bertambah ‘chaotic’ bila PM Najib membuat kenyataan pada 24 Mac 2014. Pandangan saya berdasarkan fakta di bawah, (i) PM dlm sidang media ke tiganya memaklumkan penerbangan berakhir di Selatan Lautan Hindi, tetapi fakta sebenarnya ialah data satelit (dan belum ada bukti penerbangan itu) yang terakhir ialah di Selatan Lautan Hindi. Pembentangan PM di parlimen dan sms MAS kepada keluarga mangsa menambah kekeliruan seolah pesawat itu telah terhempas di Selatan Lautan Hindi. Sehingga…

Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara.

Posted on October 9, 2013

Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalanraya, hospital, sekolah, tujuan membangunkan ekonomi, tujuan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi. Oleh itu kita perlu faham yang hasil cukai yang diperoleh daripada Rakyat melalui cukai yang kita sebagai individu perlu bayar kepada Kerajaan akan dapat dimanfaatkan dan di nikmati balik oleh kita sebagai Rakyat. Cukai adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentabiran Negara dan ekonomi. Malah, jika kita melihat isu…

Menuruni Bukit Minden Ke Dataran George Square

Posted on September 13, 2013

Saya melangkah kaki untuk membuat ijazah pertama di Kampus Minden Universiti Sains Malaysia dikemuncak kejohanan Piala Dunia Itali 1990. Iaitu di saat Roger Milla mengganas dengan empat gol merobek gawang Romania dan Colombia. Pada ketika itu usia Roger Milla mencecah 40 tahun. Ini menyebabkan seorang ‘fresher’ veteran bernama Malon dari Sabah (atau Sarawak?) menjadi terkenal dengan panggilan ‘Roger Milla’. Malon berusia sekitar 40 an dan berkulit cerah dan berkepala botak, langsung tidak sama dengan Roger Milla, tetapi kerana dia adalah pelajar ijazah pertama yang sudah berusia, maka panggilan itu menjadi serasi dengannya. Dua hari lepas saya ke pesta persatuan-persatuan yang bernaung dibawah Edinburgh University Students’ Association (EUSA) dengan niat saya untuk mendaftar sebagai ahli kepada Edinburgh Malaysian Student’s Association (EMSA). Tidak saya menduga, apabila…

Dari Dang Wangi Ke Holyrood Road

Posted on September 10, 2013

Holyrood Road di Kota Edinburgh terkenal dengan Palace Of The Holyroodhouse, kediaman rasmi Ratu Elizabeth di Scotland. Ia terletak di penghujung ‘Royal Mile’ yang bermula dari Edinburgh Castle. Studio saya hanya dua ratus meter dari Istana Holyroodhouse itu, dan di antara studio saya dan istana itu, dipisahkan oleh Parlimen Scotland. Hampir genap lima tahun yang lalu pada bulan ini, saya pernah menginap 3 malam di lokap Balai Polis Dang Wangi. Sebuah ruang kecil dengan tandas yang tersumbat dan lubang cahaya ditutup, saya menginsafi kehidupan. Semalam, lebih kurang jam dua pagi saya terjaga. Malam musim panas yang amat dingin dengan suhu 7 darjah celcius. Saya menghidupkan alat pemanas, dan bila suasana di bilik mula nyaman, saya cuba untuk kembali tidur. Pada waktu yang sama, hidung…

Ketepi Tanda Putra, Masa Untuk Nam Ron & Psiko Pencuri Hati

Posted on September 4, 2013

Dua bulan lepas, saya dijemput untuk menonton previu Psiko Pencuri Hati bersama penerbit dan tenaga kerjanya di The Curve. Ternyata, selepas menonton filem tersebut, saya rasa bersyukur kerana dijemput. Jarang saya merasa terpegun menonton filem tempatan terutamanya bila melihat dari aspek teknikal dan pengarahan, tetapi karya sulong Nam Ron ini memang berjaya mencuri hati saya. Sebelum ini Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan mencipta nama sebagai seorang pelakon dan pengarah teater sebelum memikul banyak watak-watak ‘berkarektor’ di dalam filem-filem tempatan. Bagaimanapun, Nam Ron memang mempunyai bakat seni semulajadi dan Psiko Pencuri Hati adalah sebuah filem yang menayangkan semua bakat seni yang ada di dada individu bernama Nam Ron ini. Nam Ron berjaya menjadikan Psiko Pencuri Hati sebagai sebuah filem suspens yang padat dengan…

Lemah Sangatkah Kita Islam?

Posted on July 24, 2013

Saya merasa amat kesal, apabila tiba-tiap kali bulan Ramadan, pelbagai tindakan dibuat untuk memastikan pelbagai pihak menghormati bulan mulia umat Islam ini. Mengapa perlu ini semua? Lemah sangatkah iman kita umat Islam sehingga memaksa pelbagai tindakan dan halangan terutama kepada umat bukan Islam supaya menghormati bulan Ramadan. Bukankah rasa hormat itu hanya timbul dari kesedaran dan bukan dari perlaksanaan peraturan itu dan peraturan ini. Saya tidak berminat mengulas panjang tentang kejadian dimana pelajar bukan Islam SK Sri Pristina di Sungai Buloh disyaratkan hanya makan di dalam bilik persalinan sewaktu rehat. Siasatan sudah dimulakan oleh pihak berwajib. Apakah alasan sebenar pihak sekolah mengenakan peraturan makan di dalam bilik persalinan akan terjawab tidak lama lagi. Ia pasti akan disusuli dengan tindakan sewajarnya. Makan boleh dimana-mana, asalkan…

Catatan Ringkas Dari Prague Ke Auschwitz

Posted on May 30, 2013

Kelas bergerak saya bermula dari Mahkamah 600 Di Palace of Justice di Nuremberg kemudian ke Direktorium Zentrum untuk melihat propaganda Nazi. Selepas itu kami tinggalkan Kota Nuremberg dan menuju ke Dresden. Di Dresden kami lihat legasi peninggalan 3 era, pertama era Nazi di mana di hari-hari akhir Perang Dunia Ke 2, melihat kota itu diratakan oleh serangan udara dan artileri tentera bersekutu. Kemudian kami lihat legasi Perang Dingin bila kota itu berada di dalam Jerman Timur. Akhir sekali era Demokrasi yang membina semula kota itu menjadi sebuah kota yang indah. Dari Dresden kami bertolak ke Republik Czech untuk memahami bagaimana propaganda Nazi direalisasikan. Kami tiba di Terazin pada petang dingin musim bunga. Kedinginan itu juga membawa kepada kesayuan melihat peninggalan kezaliman Nazi. Terazin sebuah…

God Created Us Equal, Politicians Divide Us

Posted on May 20, 2013

Many like myself yearning the days once we are so proud of being Malaysian. How noteworthy to recall those days as also the years where Anwar Ibrahim was behind bar. By acknowledging this mean we also recognize Anwar’s contributions towards dividing the nation for his own interest. Anwar is never alone in promoting personal interest. I long believe Ibrahim Ali also contributed to the nation’s annoyance. Like Anwar, I today conclude, Ibrahim too plays considerable role in tearing down the nation. I always perceived Anwar and Ibrahim in the same boat. While Anwar administer the united opposition, Ibrahim productively split the Barisan Nasional coalition. There’s nothing wrong reminding the Malays about their special rights. It’s noble for one to fight  for one race well-being.…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,697 other followers