Tahniah kepada mereka yang telah terpilih mewakili rakyat sama ada di peringkat Parlimen ataupun di peringkat negeri. Sekarang adalah masa terbaik untuk kita berkhidmat kepada rakyat yang telah memilih kita.

Sokongan penuh perlu diberikan kepada kerajaan-kerajaan yang telah dilantik oleh rakyat.

Semoga segala ketegangan yang kita lalui kebelakangan ini akan kembali kendur. Syabas kepada rakyat kerana telah membuat pilihan yang difikirkan terbaik oleh mereka. Kita perlu menerima keputusan ini dengan hati terbuka.

Terima kasih.