Rakyat Kelantan yakin akan dapat menumpaskan kezaliman Kerajaan Pemerintahan PAS Kelantan dengan indikasi terkini menunjukkan BN mendahului di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri dan di 7 kerusi Parlimen.

Untuk rekod, Kelantan mempunyai 45 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen. Bagi menubuhkan kerajaan negeri, sesebuah parti politik memerlukan sekurang-kurangnya menang di 23 konstituensi DUN.

PAS yang sudah memerintah Kelantan selama hampir 23 buat masa ini hanya mendahului di 11 kerusi DUN.

Sementara Negeri Kelantan mula menyaksikan kebanjiran pulang anak-anak Kelantan dari luar, rata-rata sentimen kebencian dan meluat kepada DAP dan hilang hormat kepada pendirian sesumpah PAS dilihat dibawa bersama. Bagi pengundi tempatan pula, penolakan kepada PAS antaranya dipengaruhi oleh kegagalan PAS menunaikan janji-janji mereka dan keangkuhan melampau pemimpin-pemimpin PAS Kelantan adalah faktor utama.

Aura Pengerusi BN Kelantan, Mustapa Mohamed yang sederhana dan rajin serta kekebolehan tinggi dalam mengurus tadbir turut mempengaruhi sentimen semasa.

TP1

Sekiranya sentimen semasa yang terus kekal sehingga pagi ini diterjemahkan ke dalam undi oleh para pemilih tidak mustahil BN boleh menang sehingga 30 kerusi.

Bagaimanapun halangan utama buat BN yang dilihat boleh mengganggu hasrat rakyat melihat penubuhan kerajaan baru ialah bakal kebanjiran pengundi-pengundi import dari Selatan Thailand. Pengundi-pengundi import ini adalah merupakan deposit tetap PAS Kelantan. Sejak berkali-kali pilihanraya, mereka ini yang memiliki passport Thailand dan juga kad pengenalan Malaysia telah memberi undi kepada PAS. Kewujudan pengundi-pengundi ini menjadi rahsia terbuka PAS yang sudah berdekad menjalankan pengkaderan di beberapa wilayah bergolak di Selatan Thai. Mereka ini menetap di Selatan Thai tetapi mempunyai saudara mara di Malaysia.

Baru-baru ini Pihak Berkuasa Thailand telah membuat pengumuman akan menjalankan pemeriksaan kesan dakwat kekal di jari setiap pemegang passport Thailand yang kembali ke negara itu selepas hari mengundi di Malaysia. Mereka yang didapati campur tangan dalam politik dan mengundi di Malaysia akan di ambil tindakan tegas dan passport mereka akan dirampas. Kedua-dua kerajaan tidak mengiktiraf dwi kerakyatan.

Pasukan keselamatan Malaysia dan Thailand telah mempertingkatkan kawalan di sempadan bagi memastikan laluan-laluan haram tidak dibolosi sepanjang tempoh pilihanraya di Malaysia. Namun mengikut sumber perisikan kedua-dua negara, telah ada kelompok-kelompok kecil yang masuk ke Malaysia sejak seminggu yang lalu. Mereka ini akan ditahan apabila mereka hendak masuk semula ke Thailand.

Selain daripada penggunaan pengundi asing yang memiliki dwi kerakyatan, PAS Kelantan juga amat bergantung kepada pengundi Kelantan yang bermastautin di luar. Mereka juga merupakan pengundi tegar PAS. Walaupun mereka menikmati pembangunan sejajar dengan arus kemodenan di bandar-bandar besar terutamanya di Lembah Klang, mereka masih mendaftar mengundi di Kelantan. Setiap kali pilihanraya, mereka memilih untuk mempertahankan PAS.

Ini adalah tidak adil kerana selepas mengundi mereka kembali meninggalkan Kelantan hanya untuk pulang pada cuti-cuti perayaan. Sedang mereka menikmati kemajuan yang dibawa Barisan Nasional di bandar-bandar tempat mereka menetap, penduduk jati di Kelantan terpaksa memikul beban kemunduran akibat tindakan mereka memilih PAS.

BUNTING 2X4

PAS juga menggunakan taktik menimbulkan ketakutan dengan membayar dan mengerah budak-budak muda berkereta dan bermotosikal untuk berkonvoi sambil pergi ke tempat-tempat yang diketahui kubu BN dan membuat provokasi. Taktik ini digunakan dengan meluas sejak 10 hari kebelakangan ini. Bahkan sudah hampir seminggu puak-puak ini akan berhenti di hadapan hotel Sutera Inn pada jam 1.30 ke 2.00 pagi untuk membuat provokasi. Sutera Inn merupakan tempat penginapan dan operasi Pengerusi Barisan Nasional Kelantan. Antara perbuatan lazim puak-puak ini ialah berhenti disitu dan menjerit ‘Kapir! Kapir!’ untuk beberapa minit.

Oleh demikian adalah penting bagi para pemilih yang bakal menentukan arah tuju Negeri Kelantan sepanjang lima tahun akan datang menolak sebarang rasa takut dan tidak yakin di dalam membuat pilihan. Sokongan kepada keinginan untuk membawa perubahan besar dan melihat kemajuan pesat di Kelantan perlu diterjemahkan ke dalam bentuk undi tanpa was-was. Tekad perlu ditanam kerana ancaman daripada PAS akan meningkat dengan menimbulkan persepsi bahawa huru hara akan berlaku pada malam ini dan esok jika rakyat tidak bersetuju dengan mereka.

Jawapannya hanya satu dan cukup mudah, tanpa ragu-ragu dan takut kepada sebarang ugutan, kata saja ‘TUKAR!’.