Pakatan Pembangkang tahu mereka akan ditumpaskan oleh rakyat bila majoriti senyap membuang undi esok. Di atas sebab itulah mereka berusaha membuat pelbagai tomahan dan menimbulkan suasana tegang untuk menakutkan orang ramai. Bagaimanapun, hanya dengan memberi sebesar-besar mandat kepada pimpinan Najib Razak akan dapat mematikan semua agenda jijik Pakatan Rakyat.

Pakatan Pembangkang dijangkakan akan membuat perhimpunan di Putrajaya bermula esok dan himpunan itu dijangka akan bertukar menjadi kekacauan kerana tidak puas hati dengan kekalahan mereka yang kononnya disebabkan oleh penipuan dalam pilihanraya. Semua ini telah dirancang. Beberapa perhimpunan juga dijangkakan di beberapa negeri termasuk di Kelantan bila ada gesaan supaya penyokong PAS keluar ke jalanraya sekiranya menjadi nyata mereka ditolak rakyat di Kelantan.

Oleh yang demikian blog ini memohon dan merayu kepada semua pemilih untuk membuat pilihan yang tepat dan mengekalkan kesejahteraan yang telah kita nikmati sekian lama. Semenjak 2008, kita telah melihat apa yang berlaku bila kita mempunyai kerajaan yang lemah di Dewan Rakyat.

Semoga kali ini kita mengembalikan kerajaan sedia ada dengan mandat yang lebih besar.

Terima kasih.