Setelah tidak muncul-muncul di Kelab Tasek Putrajaya untuk mengambil ujian poligraf bagi membuktikan dirinya tidak berbohong, Husam pagi ini dilihat  kembali ke Kelantan. Husam menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra lebih kurang pukul 9 pagi tadi.

27139_10201129494336974_135383082_n Syed Azidi bersama Nik Mahani (Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade) dan Penganjur, Tun Faisal.

Husam telah melepaskan peluang untuk membersihkan namanya. Bagaimanapun, ramai yang hadir memang yakin Husam tidak ada keberanian untuk mengambil ujian tersebut. Bagi lebih 50 orang yang berkumpul termasuk dari pihak media berpendapat Husam hanya seorang yang berani bercakap dan berani memalukan orang tetapi bila tiba gilirannya, dia sendiri yang kecut perut. Ini merujuk kepada bagaimana Husam dikatakan pernah mencabar Dato’ Shazril Eskay (Dato’ T) untuk membuat ujian poligraf dalam kes video pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur cina.

Maka sebaiknyalah Husam menyahut cadangan Tund Dr Mahathir supaya dia kembali sahaja ke Kelantan.

Penganjur majlis semalam turut mengambil kesempatan dengan membuat demonstrasi bagaimana ujian poligraf dibuat. Wartawan Penyiaran TV3 menawarkan diri untuk mengambil tempat Husam dan ketepatan keputusan itu mengkagumkan hadiran yang hadir. Polygraph Examiner bertauliah yang mengendalikan ujian poligraf di Malaysia turut memberi penerangan mengenai ujian itu. Majlis semalam disiarkan secara langsung melalui teknologi live streaming oleh Warta Rakyat.

922928_561065637266691_1848870948_n Saudara Harris Hazri, Wartawan Penyiaran TV3 menawarkan diri untuk demo ujian poligraf.

Dengan ketidakhadiran Husam, dia telah melepaskan peluang untuk menyangkal isi kandungan sebuah buku yang tersebar meluas di Putrajaya mengenai dirinya. Saya tetap berpegang bahawa berdasarkan maklumat yang saya tahu dan dapat akses sepanjang berkhidmat di Kelantan, apa yang berkaitan dan tercatat di dalam buku itu adalah benar seperti saya tahu. Sewajarnya Husam menjadi calon bukan untuk Putrajaya tetapi PUTARJAYA.

Sila baca di sini untuk melihat kupasan mengenai kempen Husam di Putrajaya.