Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari 2013, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.
Pihak polis sudah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah.
Pada hari Jumaat lalu, mereka melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh; sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Selepas serangan yang pertama, saya menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat.
Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan melancarkan serangan di Kampung Tanduo.
Tiada kata harus dituturkan lagi. Mereka menumpah darah pertama maka mereka harus membayar harga darah tersebut dengan darah mereka.
Kerajaan harus melaksanakan program pemutihan 3 tahun dengan meletakkan pos2 keselamatan bersemboyan pada siap siaga pada masa2 yg ditentukan disetiap kws bukan putih. Pos2 ini hendaklah diletakkan dlm jarak radius yg rapat supaya signal dan respon lebih efektif. Dalam masa yang sama proses economic development pada ruang Malaysia dan Sulu ditingkatkan dgn kerjasama lebih rapat dengan legitimate Moro government. Perang ini harus dimenangi dengan hearts and minds dan menyisihkan kerjaan Moro hanya mengundang episod berterusan pencerobohan ini. Perbuatan segelintir mereka tidak sepatutnya mengharuskan kita untuk terusan menghukum mereka2 yg tidak bersalah sementelah bagaimana disiat hati ini melihat tumpahnya darah anak bangsa, Sulu tetap saudara kita yang menyembah Allah aw yg satu dan memuliakan Nabi Muhammad saw.
Kita bangun dan bangkit membangunkan negara ini selepas perang dan perkara yg sama harus kita lakukan dengan membantu mereka untuk bangun dan maju.
tahniah belang krn cadangan yg bernas. bg yg tidak tahu, elokla serahkan kpd pihak berkuasa yg lebih tahu apa yg perlu dibuat…rakyat baik yg dlm negara mahupun di kawasan kepulauan sulu ada yg hanya tahu mengecam tp gagal berfikir secara adil dgn akal yg Allah SWT berikan!!