Sultan Muhammad V, telah perkenan melantik wakil Negeri Kelantan ke Jawatankuasa Khas berkaitan tuntutan royalti petroleum. Ini bererti Tuanku telah memberi restu kepada penubuhan Jawatankuasa Khas tersebut serta menzahirkan keyakinan bahawa Jawatankuasa Khas adalah jalan terbaik menyelesaikan isu yang menyelubungi tuntutan Kerajaan PAS Kelantan.

Apabila Tuanku sudah memberi perkenan maka wakil-wakil Kerajaan PAS Kelantan, terutamanya ahli-ahli Exco yang mengangkat sumpah mereka di hadapan Sultan Negeri Kelantan perlulah turut sama menzahirkan persetujuan dan sefahaman supaya segala tindak tanduk Kerajaan Negeri seiring dengan apa yang diperkenankan Tuanku.

Apakah ertinya kalau secara terbuka seorang exco dan kuncu-kuncunya bertindak membuat sesuatu yang secara langsung membelakangkan apa yang telah dizahirkan oleh Tuanku? Apakah itu derhaka namanya.

Seperti biasa tentu exco itu akan berkata dia bertindak untuk kepentingan rakyat kelantan. Habis tu bagaimana pula dengan Tuanku? Bukankah tindakan Tuanku itu sebenarnya untuk kepentingan rakyat Baginda? Siapa sebenarnya yang berjuang untuk kepentingan rakyat Kelantan?

Istana atau exco yang seorang itu?

Semalam Harakahdaily melaporkan,

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Exconya, Datuk Husam Musa memfailkan permohonan ke mahkamah  bagi menyekat (injunksi) Petronas dari membuat sebarang bayaran royalti 5% yang sepatutnya dibayar kepada negeri itu.

Husam, peguam kanan, Tommy Thomas, memfailkan permohonan injunksi itu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Turut serta bersama beliau adalah ngo ‘R’ yang selama ini berkempen untuk mendapatkan hak rakyat negeri Kelantan itu. (di sini)

Sudah tiba masanya kita bangkit dari membiarkan penghinaan berterusan terhadap Sultan Muhammad V dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Sewaktu plak yang memaparkan wajah Tuanku dan manipulasi ucapan Tuanku dijaja dan dijadikan bahan perpecahan, kita berdiam diri. Kemudian papan iklan yang memaparkan gambar Tuanku dibakar untuk mainan politik, juga kita berdiam. Apakah sekarang kita mahu terus berdiam?

Sampai bila? Apa lagi yang kita tunggu?

Milik siapakah Nissan Xtrail ini? Mengapa diguna oleh NGO R?

Plak yang dijaja itu mencatatkan titah Tuanku berhubung pendaratan gas di Bachok yang melibatkan tanah 4,000 ekar sebagai Zon Industri Petroleum. Apakah Kerajaan PAS Kelantan sebenarnya telah betul-betul mewartakan tanah seluas itu di Bachok. Jika betul mana buktinya. Tinjauan ke lokasi itu tidak menunjukkan bahawa ianya benar.

Di dalam insiden papan iklan dengan foto Tuanku di bakar pula, panas sekumpulan anggota NGO R memainkannya sehingga sebelum berita itu dilaporkan pun setiausahanya sudah membuat pengumuman awal kononnya sesuatu akan berlaku. Ahli Nujum hebatkah setiausaha NGO R ini sehingga boleh tahu ada sesuatu akan berlaku. Kalau dia tahu kenapa tidak disekatnya. Atau dia tahu kerana dia juga mengetahui siapa perancang perbuatan itu.

Jadi tunggu apa lagi. Jika fakta pun mereka tidak mahu terima. Jika Jawatankuasa Khas yang diperkenan Tuanku pun mereka ketepikan, sejauh mana lagi kita mahu biarkan Sultan Muhammad V dijadikan bahan permainan sepak terajang kumpulan ini.

Tunggu apa lagi?