“Kita debat untuk ilmu dan untuk menjernihkan pengetahuan rakyat Kelantan terhadap isu sebenar”, demikian kata-kata pengasas blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam.
Beliau merujuk kepada berita di dalam Sinar Harian bertarikh 17 Januari 2013 yang melaporkan Pengerusi NGO R Saudara Nazri Deraman mencabar YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan YB Senator Dato’ Dr Awang Adek Hussin untuk berdebat isu royalti petroleum.

Nazri Deraman, Pengurus Bandar Baru Tunjung anak syarikat Kerajaan PAS Kelantan dan Pengerusi NGO R.
“Bukan taraf Nazri untuk berdebat dengan Menteri, debat dengan saya sudahlah,” kata Syed Azidi yang ditemui media di sebuah hotel di Kota Bharu selepas majlis perasmian Jentera Siber Barisan Nasional oleh Mustapa Mohamed. Bagaimanapun Syed Azidi nyatakan beliau mahu debat itu bukan bertujuan untuk ‘mengangkat ekor’ mana-mana pihak atau untuk tujuan bermegah-megah. Sebaliknya ia mesti untuk kedua-dua pihak meletakkan hujah masing-masing berdasarkan fakta supaya rakyat Kelantan boleh memahami dan membuat penilaian sebenar.
“Nazri boleh hantar wakilnya menemui saya untuk menetapkan masa dan tempat yang sesuai,” kata Syed Azidi lagi sambil menjelaskan bahawa pihak beliau sendiri bersedia untuk mengambil inisiatif sekiranya Nazri berhadapan kesukaran.
Nazri yang juga pengurus di Perbadanan Bandar Baru Tunjung, sebuah anak syarikat Kerajaan PAS Kelantan milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan di dalam laporan Sinar Harian itu juga mendesak PETRONAS menaikkan pembayaran royalti daripada 5% ke 20%.
Idea itu sudahpun dijelaskan oleh Mustapa Mohamed, selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum itu sebagai boleh mengakibatkan PETRONAS ‘lingkup’. Ini kerana Bayaran Tunai 5% yang dibuat sekarang adalah berdasarkan pengeluaran minyak dan gas dan bukan 5% daripada keuntungan. Oleh yang demikian jumlah itu sudah cukup besar.
Sebaliknya 20% dari pengeluaran jika dibayar sebagai Bayaran Tunai Petroleum akan meningkatkan kos operasi yang sudah sedia tinggi. Operasi carigali petroleum bukan satu operasi yang murah. Jadi jika ia dibebankan lagi dengan Bayaran Tunai sebanyak 20% ini akan memakan keuntungan PETRONAS dan kesannya PETRONAS tidak akan dapat memberi pulangan kepada negara sama ada di dalam bentuk cukai atau sumbangan lain bahkan ada kemungkinan PETRONAS akan berdepan dengan kerugian di dalam operasi carigali tempatan.
(Pautan berkaitan Penjelasan Dan Pandangan Syed Azidi Berhubung Isu Tuntutan Royalti PAS Kelantan)
assalaimulaikum! bukan nak komen tapi nak beri sokongan kepada tuan, teruskan perjuangan dan pencerahan tentang royalti ini, kerana digrass root perkara ini dispin untuk meraih emosi orang Kelantan untuk sokongan pilihanraya saja. tidak diberi fakta dan akademik yang betul dan tepat. Syabas saudara, saya sudah beberapa kali mengikuti pencerahan saudara tentan royalti ini. tq.
Dia tak naik Vellfire macam tok gurru dia jugak ka? Kezuhudannmu teserlah
Insyaallah syed akan menang..kita perlukan org2 yg dpt jelaskan belit2 yg mempengaruhi masyarakat sejak sekian lama.
Reblogged this on Wata – Malaysian Oil and Gas Engineer.
Siapa Nazri nih? Baru balik bersidang dari kedai kopi kah sebab bercakap laksana si tolol lain dalam PAS yang bukan pandai tapi sekadar bercakap hanya untuk kununnya ingin jadi popular. Orang-orang macam ini lah yang menjahanamkan negara. Bercakap laksana ahli ekonomi terbijak di Galaksi Bima Sakti…..
Bagaimana sdr Nazri? Ada berani? Ada telor mesti berani.. tak berani maknanya tak ada..T—-…hehe