RM300,000 diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri kepada Persatuan Pemandu Kereta Sewa Pasir Puteh sedangkan PAS Kelantan pula mencekik mereka. Itulah yang telah berlaku.

Pada tahun 1981, Kerajaan Barisan Nasional Kelantan telah memberikan sebuah tanah kosong di Bandar Pasir Puteh, Kelantan untuk pemandu kereta sewa menjadikan stesen mereka. Tapak itu diberikan percuma dengan janji bahawa mereka boleh menggunakan tapak tersebut selagi mereka mahu. Tetapi apabila PAS mengambil alih pemerintahan Negeri Kelantan, sewaan telah mula dikenakan ke atas persatuan tersebut.

PM Najib Razak melawat tapak stesen kereta sewa Pasir Puteh, Julai 2011.

PM Najib Razak melawat tapak stesen kereta sewa Pasir Puteh, Julai 2011.

Penolong Pengurus Hartanah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuantan mengesahkan bahawa PKINK telah mengenakan sewa ke atas persatuan itu. Ismail Shauqi Ibrahim yang menjadi saksi kepada YB Dato’ Husam dalam kes saman fitnah ke atas pengasas blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, memberitahu mahkamah pada 19 Disember 2012 bahawa sewaan telah dikenakan. Kemudian PKINK telah menjual tanah itu kepada pemandu kereta sewa dengan harga RM150,000.00.

Pada 2 Julai 2011, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Razak telah melawat tapak tersebut. Wakil persatuan kereta sewa telah mengadu kepada PM mengenai status tanah tersebut. Menurut pemandu kereta sewa mereka telah memohon untuk membeli tanah tersebut pada harga RM100,000 bagaimanapun PKINK enggan menjualnya dengan alasan PKINK mahu tanah itu dijual pada harga pasaran iaitu RM150,000 seperti yang dinilai agensi Kerajaan Negeri tersebut.

Akibatnya persatuan merasa terancam dan akan kehilangan tanah tersebut bila PKINK turut mempertimbangkan beberapa tawaran dari pihak lain. Risau dengan ura-ura bahawa akan kehilangan tapak tersebut kepada tauke cina, mereka telah meminta bantuan Perdana Menteri.

Perdana Menteri telah berjanji untuk membela nasib pemandu-pemandu kereta sewa itu dan Syed Azidi kemudiannya mengenengahkan isu tersebut. Dato’ Husam Musa, Exco Kerajaan PAS Kelantan telah bertindak menyelar PM dan Syed Azidi ini. Husam juga mendakwa PM telah diberi maklumat yang salah. (Baca lanjut di sini dan sini).

Isu ini adalah antara kandungan saman Husam.

Husam bersama Azman Mohd Yusoff a.k.a Man Pauh Lima (kiri)

Husam bersama Azman Mohd Yusoff a.k.a Man Pauh Lima (kiri)

Setelah dua bulan menyampaikan kegusaran kepada PM, isu itu selesai setelah peruntukan diluluskan oleh PM sebanyak RM300,000. Ianya bertujuan untuk membayar harga tapak itu sebanyak RM150,000 setelah PKINK enggan berganjak dengan harga yang telah mereka tetapkan. Bakinya pula adalah untuk membina bangunan stesen kereta sewa di situ.

Pada 2012 tanah itu telah menjadi milik persatuan secara rasmi.

Inilah kerajaan berkebajikan PAS Kelantan. Pimpinan DAP Perak dan tauke-tauke dari luar Kelantan mendapat berpuluh-puluh ribu ekar. Di dalam kes Ladang Rakyat, lebih 79 ribu ekar dipajak kepada tauke-tauke. Tetapi di dalam kes pemandu-pemandu kereta sewa, RM50,000 pun PAS berkira.