Perbicaraan bermula hari ini. Bagaimanapun Dato’ Husam tidak hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangan seperti yang diramalkan. Perbicaraan bermula jam 12.30 tengahari dan melihat peguam Plaintiff memanggil 2 saksi untuk memberi keterangan. Saksi pertama ialah Penolong Pengurus Bahagian Projek dan Hartanah PKINK, Encik Ismail Shauqi Ibrahim. Saksi kedua ialah Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sanusi Othman.

Keterangan saksi pertama berkisar kepada tapak tanah stesen kereta sewa di Pasir Puteh.

Keterangan saksi kedua pula berkisar kepada Bazar Tok Guru. Di dalam soal balas, peguam Defendan menanyakan beberapa soalan berkaitan bidang kuasa saksi, isu perpindahan peniaga ke Bazar Tok Guru, peranan Husam dalam PMBK dan di dalam Bazar Tok Guru.

Perbicaraan ditangguhkan lebih kurang pukul 1.00 petang setelah peguam Plaintiff memberitahu mahkamah bahawa beliau memerlukan Plaintif memberikan keterangan terlebih dahulu sebelum memanggil saksi-saksi lain.

Mahkamah menetapkan perbicaraan akan disambung pada 28 Februari dan 1 Mac 2013, 4-5 Mac 2013 dan 7-8 Mac 2013.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir sepanjang 2 hari perbicaraan ini.