Prosiding hari ini melihat kedua-dua pihak bersetuju untuk berbincang satu penyelesaian kes di luar mahkamah. Bagaimanapun perbincangan itu setakat ini menemui jalan buntu.

Peguam saya, Dato’ Jahaberdeen Mohd Yunos memberitahu media, “Jika tidak ada jalan penyelesaiaan juga, kes akan mula dibicarakan esok dengan Husam sebagai saksi pertama,”

Saya hadir ke mahkamah pada pukul 8.30 pagi  bersama hampir 100 orang yang terdiri daripada pimpinan dan wakil parti politik, NGO, para peniaga dan rakan-rakan yang datang dari Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Antara yang hadir ialah Sdr. Anuar Safian Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad; Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda, Zaidan Abdul Rahim dan wakil Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan, Zakri Zaki.

Husam pula hadir pada pukul 9.45 pagi ditemani antaranya sdr Anisufian, Ustaz Rahimi dan Hamid Abd Aziz (Hamid Tendong). Turut hadir ialah saksi-saksi bagi pihak Husam termasuk pengurus dan pegawai-pegawai dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan serta pengawal peribadinya, Sdr Shah Rajkumar.

Saya berkesempatan mengambil peluang ini untuk bertukar-tukar khabar berita bersama mereka yang sudah lama tidak bertemu.

Kedua-dua pihak meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah Kuantan pada pukul 12.30 tengahari.