Dato’ Husam (Plaintiff) v. Syed Azidi Kickdefella (Defendan) Hari Pertama
Sheih
Posted on December 18, 2012

Prosiding hari ini melihat kedua-dua pihak bersetuju untuk berbincang satu penyelesaian kes di luar mahkamah. Bagaimanapun perbincangan itu setakat ini menemui jalan buntu.
Peguam saya, Dato’ Jahaberdeen Mohd Yunos memberitahu media, “Jika tidak ada jalan penyelesaiaan juga, kes akan mula dibicarakan esok dengan Husam sebagai saksi pertama,”
Saya hadir ke mahkamah pada pukul 8.30 pagi bersama hampir 100 orang yang terdiri daripada pimpinan dan wakil parti politik, NGO, para peniaga dan rakan-rakan yang datang dari Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Antara yang hadir ialah Sdr. Anuar Safian Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad; Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda, Zaidan Abdul Rahim dan wakil Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan, Zakri Zaki.

Husam pula hadir pada pukul 9.45 pagi ditemani antaranya sdr Anisufian, Ustaz Rahimi dan Hamid Abd Aziz (Hamid Tendong). Turut hadir ialah saksi-saksi bagi pihak Husam termasuk pengurus dan pegawai-pegawai dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan serta pengawal peribadinya, Sdr Shah Rajkumar.
Saya berkesempatan mengambil peluang ini untuk bertukar-tukar khabar berita bersama mereka yang sudah lama tidak bertemu.
Kedua-dua pihak meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah Kuantan pada pukul 12.30 tengahari.
Kenapa Syed takut dan mahu selesaikan kes ini di luar mahkamah.Baru awak kenal lanit tinggi rendah.Itu barundi dunia,maimnani belum tahu.
Sheih said: Saudara, saya tidak pernah minta kes ini diselesaikan diluar Mahkamah. Bahkan saya dah bersetuju untuk dengan permintaan untuk menjadi yang pertama beri keterangan seawal pagi tadi. Tak eloklah buat fitnah begitu.
Saya doakan kemenangan pada anda.
Salam bro…. Hebat blog bro.. Mohon dapat dipautkan blog teman.. http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog bro… TQ bro…
Tak fitnah bukan PAS namanya, biasa la bila dah di tarbiah oleh PKR dan DAP. Moga-moga Syed diberi kekuatan untuk melawan orang-orang yang kaya raya itu. Amin
Ok Syed.Sorry bro.Ikut laporan blog Husam ready untok meneruskan perbicharaan tapi peguam Syed minta tanggohkan untok mencari penyeseian di luar mahkamah.
Kalah menang di mahkamah bukan penentu kebenaran, bagaimanapun Sdr telah menunjukkan sikap seorang ‘anak jantan’: berani tulis berani kena saman’. Sdr berbeza daripada bloggers RBF atau Papagomo yang disaman oleh Dato Husam .Mereka 2 ini waktu menulis beraninya mengancam, Waktu dalam mahkamah guna strategy yang bloggers yg disaman itu bukan mereka.
Sdr anak jantan, sedangkan mereka anak mamak. 2 sikap yang amat berbeza sekali. Pembaca blog ini pun masih ingat yg sdr memang mengalu-alu Dato Husam agar menyaman sdr. Saman ini umpama kes “orang mengantuk disorongkan bantal”, “pucuk dicinta, ulam yg mendatang”.
Selamat menikmati ulam-ulam yang telah lama sdr cita-citakan itu
Pengawal Peribadi orang kaya husam bernama Raj Kumar tu. Hebat2..
Mustapa #
Ok Syed.Sorry bro.Ikut laporan blog Husam ready untok meneruskan perbicharaan tapi peguam Syed minta tanggohkan untok mencari penyeseian di luar mahkamah.
December 19, 2012
—-hehe, itu lah cepat melatah. Baru awak kenal langit tinggi rendah.Itu baru baca blog sebelah sana dah cepat jatuhkan hukum, tak ke memalukan. apa pun, respect juga kerana sanggup minta sori bila silap tembak. cuba bandingkan puak belah sana, kalau buat silap sanggup rendah diri minta maap ke? impossible golongan maksum tu, mereka buat bodo je
Petikan dari detik perubahan:
Difahamkan Husam yang juga Naib Presiden Pas telah menawarkan kepada Syed Azidi untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah dengan tiga syarat iaitu membuat permohonan maaf kerana menyiarkan artikel fitnah, bayaran ganti rugi sebanyak RM100,000 dan menarik balik artikel yang telah disiarkan dalam laman blog tersebut.
Bagaimanapun Syed Azidi menolak syarat yang dibuat oleh plaintif dan mohon dibicarakan.
Sebelum ini, ‘kem’ Syed Azidi mengumumkan untuk sapina Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.
————-
Sebelum ini, Hakim Mariana menolak permohonan injunksi Husam daripada terus mengeluarkan kenyataan mengenainya.
Keputusan itu dibuat setelah mahkamah mendapati peguam Husam gagal membuktikan bahawa bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu telah memfitnah anak guamnya.
Hakim berpendapat dakwaan plaintif gagal disokong dengan bukti membuatkan permohonan tersebut ditolak.
Baca artikel penuh di : http://detikperubahan.com/2012/12/18/tawaran-husam-kepada-kickdefella/
Salam Syed, saya antara peminat blog syed. Saya berdoa agar Syed menang dalam perbicaraan ini.Berani kerana benar.