Dua ‘Video Grab” menunjukkan pusat hiburan di tengah bandar Kota Bharu. Suka saya merujuk kepada berita bertajuk Exco Kelantan: ‘Hak Karpal Jika Mahu Saman MPKB’ (Sinar Harian Online 26 November 2012) dan Kelantan refuses to budge from unisex hair salon ruling (The Star Online 26 November 2012). Kenyataan YB Dato’ Takiyuddin Haji Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan adalah tepat dan selari dengan pelaksanaan undang-undang Islam seperti yang ditimbulkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed di dalam suratnya kepada MB Kelantan pada 15 Julai 1994. Takiyuddin Hassan Tun Dr Mahathir di dalam suratnya mempertikaikan perlaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS Kelantan kerana PAS hanya bercadang hukum itu diguna ke atas orang Islam sahaja. Penjelasan Tun Dr Mahathir adalah seperti berikut, “Dakwaan bahawa undang-undang ini akan…