Disediakan oleh Mohd Zakri, Wan Khairul Ihsan & Syed Azidi
Adalah ekstrak dari Akta-Akta dan juga perjanjian yang berkaitan bagi menilai kesahihan tuntutan royalti petroleum oleh Kerajaan PAS Kelantan.
Akta 56 Kanun Tanah Negara 1965
Tafsiran
- Kanun Tanah Negara (KTN) adalah satu sistem tanah yang seragam dalam negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- “Tepi pantai” ertinya semua tanah yang ada di antara pinggir laut dan tikas air surut. Dari pasang perbani biasa.
- “Tanah”
a) permukaan bumi dan segala benda yang menjadi permukaan bumi tersebut;
b) bumi di bawah permukaan bumi dan segala benda di dalamnya.
c) segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi, sama ada atau tidak memerlukan penggunaan buruh secara berkala untuk pengeluarannya, dan sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi;
d) segala benda yang bercantum kepada bumi atau yang terpasang dengan kekal kepada apa-apa benda yang bercantum kepada bumi, sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi; dan
e) tanah yang diliputi air;
- “Pinggir laut” ertinya tikas air pasang dari pasang perbani biasa.
- “Negeri” ertinya mana-mana Negeri dengan mana akta ini terpakai.
- “tanah Kerajaan” ertinya semua tanah di dalam negeri itu (termasuk sebanyak mana dasar mana-mana sungai, dan tepi pantai serta dasar laut, seperti yang adalah dalam lingkungan wilayah Negeri itu atau batas perairan wilayah) selain dari –
a) tanah bermilik;
b) tanah rizab;
c) tanah lombong;
d) mana-mana tanah yang, di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hutan (sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan Akta ini), buat masa itu adalah hutan simpanan;
- “perairan wilayah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen (2) seksyen 4 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7/1969.
Hak Laut Negeri Dan Hak Laut Pusat
Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No. 7 1969
- Seksyen 3 – Lebar perairan wilayah. – (1) Lebar perairan wilayah Malaysia hendaklah 12 batu nautika dan lebar itu adalah untuk segala maksud melainkan di Selat Melaka, Laut Sulu dan Laut Celebes yang diukur berdasarkan artikel 3,4,6,7,8,9,10,11,12 dan 13 Konvensyen Geneva untuk perairan wilayah dan zon bersempadanan (1958).
- Seksyen 4 (2) Bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966 (Akta 83), Akta Perlombongan Petroleum 1966 (Akta 95), Kanun Tanah Negara (Akta 56/65) dan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan mengenai laut wilayah dalamnya hendaklah berhubung dengan mana-mana wilayah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai bahagian laut itu yang berdampingan dengan pantai wilayah itu tidak melebihi 3 batu nautika diukur dari garis air surut.
Nota: Ordinan Darurat telah dimansuhkan pada 24 November 2011 oleh Dewan rakyat dan 20 Disember 2011 oleh Dewan Negara. Segala hala berkaitan laut wilayah telah digubal di dalam Akta Laut Wilayah 2012 yang diwartakan pada 22 Jun 2012.
Akta 750 Akta Laut Wilayah 2012
- “DAN BAHAWASANYA Konvesyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut telah dibuat dibuat di Montego Bay pada 10 Disember 2982.”
- “DAN BAHAWASANYA Malaysia telah mendepositkan surat cara ratifikasinya pada 14 Oktober 1996 dan oleh yang demikian mengikut perkara 308 Konvensyen, Konvensyen tersebut mula berkuat kuasa setakat yang berkenaan dengan Malaysia pada 14 November 1996.”
- Had laut Wilayah 3 (1) – Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, lebar laut wilayah Malaysia hendaklah 12 batu nautika bagi segala maksud.
- 3 (3) – Bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966 (Akta 83), Akta Perlombongan Petroleum 1966 (Akta 95), Kanun Tanah Negara (Akta 56/65) dan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan mengenai laut wilayah dalamnya hendaklah berhubung dengan mana-mana wilayah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai bahagian laut itu yang berdampingan dengan pantai wilayah itu tidak melebihi 3 batu nautika diukur dari garis air surut.
- 4 – Kedaulatan berkenaan dengan laut wilayah, dan berkenaan dengan dasarnya dan tanih bawahnya, terletak hak pada dan dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai hak Malaysia.
- 6 – Apa-apa sebutan yang dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis, perkiraan atau surat cara yang lain mengenai ‘perairan wilayah’ hendaklah setakat yang sebutan itu menyentuh undang-undang persekutuan bererti “laut wilayah” dan hedaklah ditafsirkan tertakluk kepada peruntukan Akta ini.
- Perdana Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi menguatkuasakan peruntukan Akta ini sepenuhnya.
Akta 83 Akta Pelantar Benua 1966
Tafsiran
- “pelantar benua” ertinya dasar laut dan tanah bawah di kawasan bawah laut yang bersempadanan dengan pantai Malaysia tetapi di luar had perairan wilayah Negeri, yang permukaanya terletak sedalam tidak lebih daripada dua ratus meter di bawah permukaan laut, atau jika kedalaman air di luar sempadan itu membolehkan pengeksploitasian sumber alam di kawasan tersebut, terletak lebih dalam lagi;
- “petroleum” termasuklah apa-apa minyak galian atau hidrokarbon relatif dan gas asli yang wujud dalam keadaan semula jadinya di dalam strata, tetapi tidak termasuk arang batu atau batu syal bitumen atau longgokan berstrata lain yang daripadanya minyak boleh dikeluarkan dengan cara penyulingan membinasa.
Hak berkenaan pelantar benua
- 3 – Segala hak berkenaan dengan penjelajahan pelantar benua dan pengeksploitasian sumber alamnya dengan ini terletak hak pada Malaysia dan bolehlah dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan.
Perlombongan di dalam pelantar benua
- 4 (1) – Tiada seorang pun boleh menjelajah, mencari gali atau menggerek atau menjalankan apa-apa operasi bagi mendapatkan petroleum di dalam dasar laut atau tanah bawah pelantar benua kecuali di bawah dan mengikut Akta Perlombongan Petroleum 1966 (Akta 95).
Peraturan-peraturan
- 6 (2) – Dalam seksyen ini (6 (1) (a) hingga (l)) istilah ‘pelantar benua” termasuklah dasar laut dan tanah bawah bagi kawasan bawah laut di dalam had perairan wilayah bagi Negeri-Negeri.
Hak Perlombongan Petroleum
Akta 95 Akta Perlombongan Petroleum 1966
- Suatu Akta bagi membuat peruntukan berkenaan dengan perlombongan petroleum dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya.
Tafsiran
- “pantai pasang surut” ertinya semua bahagian tanah yang terletak di antara pinggir laut dengan tikas air surut bagi pasang perbani biasa;
- “pelantar benua” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 2 Akta Pelantar Benua 1966 (Akta 83).
- “tanah” (terma dalam naskah Bahasa Inggeris – “land”), berhubung dengan Negeri di Semenanjung Malaysia, ertinya mana-mana kawasan tanah di daratan dan termasuklah tanah di luar pesisir yang bersempadanan dan berdampingan dengan tanah di daratan, dan berhubung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, ertinya kawasan tanah di luar pesisir sahaja;
- “tanah di daratan” (terma dalam naskah Bahasa Inggeris – “on-shore land”) termasuk pantai pesisir depan dan kawasan bawah laut di bawah perairan wilayah Negeri;
- “tanah di luar pesisir” (terma dalam naskah Bahasa Inggeris – “off-shore land”) ertinya kawasan pelantar benua.
Pihak Berkuasa Petroleum
- 4 (3) (a) – berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah di daratan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri di mana kawasan tanah di daratan itu terletak; dan
- 4 (3) (b) – berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah di luar pesisir (off-shore land – pelantar benua), Yang di-Pertuan Agong.
Pemansuhan dan kecualian
- 13 (1) Segala sebutan mengenai lesen mencari gali minyak dan pajakan melombong minyak dalam Enakmen Pelombongan bagi Negeri dalam Semenanjung Malaysia (N.M.B. Bab 147 (negeri Melayu Bersekutu), J. No. 69 (Johor), K, No. 67 (Kedah), Kn. 10/1939 (Kelantan), Ps. 1/1340 (Perlis), Tr. 51/1356(Terengganu)) hendaklah disifatkan selah dimansuhkan.
- 13 (2) Ordinan Pelombongan Sabah (Ord. 20/1960), Ordinan Pelombongan Minyak Sarawak (Bab 85) dan mana-mana undang-undang Negeri lain yang berkuat kuasa di Sabah atau Sarawak yang berhubungan dengan pelombongan hendaklah terus berkuat kuasa kecuali yang berhubungan dengan pengeksplorasian, pencarigalian atau perlombongan petroleum di tanah di luar pesisir dan peruntukan-peruntukan Ordinan tersebut dan mana-mana undang-undang sedemikian setakat yang berhubungan dengan pengeksplorasian, pencarigalian atau perlombongan petroleum di tanah di luar pesisir hendaklah disifatkan telah dimansuhkan.
Penyerahan Hak Istimewa Eksklusif Kepada PETRONAS
Akta 144 Akta Kemajuan Petroleum 1974
- Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksplotasian petroleum sama ada di pantai (terma dalam naskah Bahasa Inggeris – “onshore”) atau di luar pantai (terma dalam naskah Bahasa Inggeris – “offshore”) oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletakhakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal pernjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya.
Perbadanan
- 3 (1) – Walau apapun peruntukan seksyen 22 Akta Syarikat 1965, yang berhubungan dengan nama syarikat, Perbadanan itu hendaklah dinamakan Petroleum Nasional Berhad atau ringkasnya PETRONAS.
- 3 (2) – Perbadanan itu hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut.
Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan
- 4 – Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.
Kecualian
- 8 (1) – Akta Melombong (Perlombongan) Petroleum 1966 (Akta 95), tidak terpakai bagi Perbadanan, kecuali seksyen 14.
Perjanjian Antara PETRONAS Dengan Kerajaan-Kerajaan
Perjanjian PETRONAS dengan Kerajaan Persekutuan pada 26 March 1975,
- 1 (1) “PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroliam yang di dapati, diperolehi dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontraktor-kontraktornya dalam tempoh yang diperuntukan dalam Fasal 2.”
- Naskah Bahasa Inggeris, 1 (1) PETRONAS shall pay to the GOVERNMENT cash payment in the form of yearly sum amounting to the equivalence of 5% of the value of the petroleum won, saved and sold by PETRONAS or its agents or contractors during the period provided in clause 2 of this agreement.
Nota: perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan tidak menyebut kawasan yang perlu di bayar tetapi menyebut “won, saved and sold by PETRONAS…”.
Perjanjian PETRONAS dengan Kerajaan Negeri Sabah pada 14 Jun 1976,
- 1 (1) “PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroliam yang di dapati dan diperolehi dari kawasan di SABAH dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontraktor-kontraktornya dalam tempoh yang diperuntukan dalam Fasal 2.”
- Naskah Bahasa Inggeris, 1 (1) PETRONAS shall make to the GOVERNMENT cash payment in the form of yearly sum amounting to the equivalence of 5% of the value of the petroleum won and saved from areas in SABAH and sold by PETRONAS or its agents or contractors during the period provided in clause 2 of this agreement.
Nota: perjanjian dengan Kerajaan Sabah menyebut kawasan perlu dibayar sebagai yang di dapati dan diperolehi “from areas in Sabah”.
Perjanjian PETRONAS dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 9 Mei 1975,
- PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroliam yang didapati dan diperolehi di KELANTAN dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya dalam tempoh yang diperuntukan dalam Fasal 2.
- Naskah Bahasa Inggeris, 1 (1) PETRONAS shall make to the Government cash payment in the form of yearly sum amounting to the equivalence of 5% of the value of the petroleum won and saved in KELANTAN and sold by PETRONAS or its agents or contractors during the period provided in Clause 2.
Nota: perjanjian dengan Kerajaan Kelantan menyebut kawasan penemuan yang perlu dibayar sebagai yang didapati dan diperolehi “in Kelantan” dan berbeza dengan perjanjian Sabah yang menyebut kawasan yang perlu dibayar sebagai yang di dapati dan diperolehi “from areas in Sabah”.
Saman Kerajaan Negeri Kelantan di Mahkamah Tinggi
Kerajaan Negeri Kelantan telah menyaman PETRONAS di Mahkamah Tinggi kerana didakwa mungkir janji. Mahkamah membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS supaya hakim memutuskan saman itu ditentukan secara isu perundangan.
i. Sama ada Kerajaan Kelantan mempunyai hak dibawah undang-undang berhubung minyak dan gas yang dimenangi (won) dan tersimpan (save) di pelantar benua seperti yang ditakrifkan dibawah Akta Pelantar Benua 1966;
ii. Sama ada Kerajaan Kelantan berhak bagi pembayaran bagi minyak dan gas.
Penubuhan Jawatankuasa Khas
Pada 4 Ogos 2012 Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas,
- Bagi mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur;
- Membuat kajian menyeluruh berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia;
- Menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan.
Menerusi Jawatankuasa Khas ini tuntutan Kerajaan Kelantan terhadap wang ehsan bagi beberapa medan gas dari hasil dimenangi, tersimpan dan dijual dibayar kepada Terengganu akan diselesaikan. Ini kerana tidak ada sempadan laut antara negeri-negeri di Malaysia maka penyelesaiannya perlu dibuat oleh Jawatankuasa Khas ini.
Salam dan tahniah sheikh penjelasan yang lengkap, namun kebanyakan pengikut taksub pembangkang tetap akan menolak kenyataan walaupun ianya adalah ‘fakta’, pemikiran mereka telah di rasuk supaya hanya menerima cakap pemimpin mereka sahaja walaupun ianya ‘auta’ asalkan boleh menjadi penyedap halwa telingga bagi mereka itu sudah cukup.
Jangan lupa Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang ada buat cadangan di parlimen bagi pindaan Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) pada 30 November 2009, Anwar Ibrahim telah membuat cadangan supaya peruntukan Seksyen 10 Akta Kemajuan Petroleum 1974 dipinda dengan membuang tanda ‘NOKTAH’ pada penghujung seksyen kemudian memasukkan perkataan berikut :-
(“…dan perkataan “di luar pantai” bermaksud sebahagian kawasan di tengah laut terbuka di luar pesisir pantai yang berada di dalam had Zon Ekonomi Eksklusif bagi Persekutuan dan diukur menurut undang-undang yang diterima pakai oleh Persekutuan pada masa berkaitan.”)
Kat sini pun boleh nampak DS Anwar Ibrahim faham bahawa Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Kerajaan Negeri lain tiada hak ke atas hasil petroleum yang dijumpai dan diperolehi di luar 3 batu nautika perairan wilayah negeri, kerana itulah Anwar Ibrahim membuat cadangan supaya di buat pindaan Akta.
penjelasan yg lengkap dan mudah difahami. Tp sedih sebab org PAS tetap buat2 tak paham… nak buat camner… kuasa tu lagi penting…. org berkopiah la ni pun kerjanya asyik menipu orang kampung….
salam sheih
fakta dan realiti dua perkataan dan perkara yang kurang difikirkan oleh peminpin dan ahli PAS.
salah fakta dan tidak mahu percaya kepada realiti pula dah jadi perkara biasa dalam PAS.
individu yang sain perjanjian tu hidup lagi. menurut beliau, kelantan layak dapat royalti. ape cer
Sheih Said: Yang peliknya kenapa individu itu langsung tidak mahu bercakap soal undang-undang? Bila ditanya asyik jawab undang-undang tolak ke tepi. Pelik. Perjanjian yang tidak boleh dilaksanakan oleh undang-undang tidak sah menjadi perjanjian. Itu undang-undang kontrak.
assalam sheih, mengikut akta 144 Akta Kemajuan Petroleum 1974, jelas doh tu perbadanan/petronas kena bayar kpd kerajaan negeri
Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan
•4 – Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.
Sheih Said: Salam Tuan. Terima kasih. apa yang jelas dari akta ini ialah Petronas perlu bayar bayaran tunai kepada kerajaan sebagai “Balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini”. Dan di dalam perjanjian yang dimeterai pada 9 Mei 1975, jelas dalam klausa 1(1) bahawa pembayaran perlu dibuat ke atas minyak dan gas yang dimenangi dan disimpan di Kelantan. Menurut Kanun Tanah Negara, keluasan wilayah Laut Kelantan hendaklah merujuk kepada Ordinan Darurat 1969 (sekarang diganti Akta Laut Wilayah). Dan berdasarkan perundangan lebarnya tidak lebih 3 batu nautika. Sehingga ke hari ini semua medan yang tersimpan dan dimenangi terletak di luar Wilayah Laut Malaysia. BAGAIMANA tuan boleh mendakwa Akta 144 jelas bahawa perbadanan/petronas kena bayar kpd kerajaan negeri? Setiap Akta tidak boleh mengganti (supersede) Akta yang lain. Mungkin Tuan boleh berkongsi apa yang kami tidak tahu. terima kasih sekali lagi.
Sheikh,
Kawe nak tanyo, kesemua Akta, undang-undang hok demo mentioned tu applicable secara ‘saksama’ ke atas, contohnya; Kelantan, Terengganu dan Pahang ko?
Atau semua yang ada, undang-undang atau whatnot, tu semuanya bergantung pd whim and fancy PM @ politics semata? Let me remind you Sheikh, we are in Malaysia – a country with a very strong can-do culture.
Gotta split, till then bro!
Sheih said: You know my answer bro. And my advice to you, keep on fighting for what you think is right. Nobody is stopping you. Unless you are fighting against the opposition leaders of this country. Then they will try very hard to do everything to ‘destroy’ you.
Salam dan selamat sejahtera semua.
3 perkara asas yang kita perlu fahami berkaitan undang-undang secara umum:
1) jika berlaku percanggahan, undang-undang Pusat overules Enakmen Negeri;
2) bilamana ada persamaan, undang-undang yang baru digubal overules undang-undang yg terdahulu;
3) undang-undang yang mention sesuatu perkara secara specific overules undang-undang yg mention secara umum.
Dan kita semua arif bahawa kuasa (salah guna kuasa?) politik memainkan peranan dalam banyak perkara bilamana pemisahan antara troika ini; eksekutif, legislatif, dan kehakiman, tidak berlaku sebagaimana sepatutnya.
SELAMAT DATANG KE MALAYSIA !
Sheih said: Salam bro. High Octane tu dengan you orang sama ke? Sebab log in dari tempat sama dan IP address pun sama. Hehehe ‘Selamat Datang Ke Malaysia’ macam macam orang pun ada!
Apabila sudah tak boleh lawan hujah fakta dan dah tak boleh terima hakikat kenyataan mulalah berbelit belit dan berpusing pusing entah kemana, sangat jelas jarak ukuran 3 batu nautika adalah hak bagi setiap negeri juga jelas ukuran 70 – 150 batu nautika pula adalah zon perairan antarabangsa milik persekutuan jelas sekali blok PM3 bukan saja berada di luar 3 batu nautika malah sudah berada dalam zon perairan antarabangsa, siapa pun yang akan duduk di putrajaya fakta tak boleh berubah undang2 tetap undang2 perjanjian tetap perjanjian kena belajarlah terima kenyataan.
Husam bawa rombongan termasuk reporter harakah juga penulis2 blog dengan pulohan buah bot fiber enjin sangkut konon mau mengukur blok PM3 berjam2 lamanya di laut akhirnya terpaksa cabut balik ke darat mungkin tak mau mati sia2 di laut bot fiber enjin sangkut 10 – 15 batu boleh tahan redah kalau mau ke zon antarabangsa mau lebih besar tong minyak dari bot, belajarlah terima kenyataan wahai penyokong pembangkang bukan rugi pun.
Reblogged this on Wata – Malaysian Oil and Gas Engineer.
salam pak sheikh, dah tempah bush jacket 18hb Dis ni. Jumpa hakim kena pakai smart-smart.
Gua sapport demo Syed..
Rakyat lawan pemimpin Pisang,
Kawe nk kelis Huse terkekah lidah sendiri.
undang2 kt dunia ni xde yg btul.
hny dlm Al-Quran yg btul.
kalau betul itu bkn hak kami orng Kelantan. Kami xkisah.
tp klu btul itu hak kami, maka stiap seorang dari kami rakyat Kelantan akn bangkit di padang mahsyar nnti untk mnuntut balik hak di negeri kami.
saya xprcayakan pngadilan n undang2 manusia.
saya hny percayakan pengadilan dan undang2 Allah S.W.T.
kerana Allah Maha Mengetahui.
salam.. Undang2 bila2 pn kerajaan pusat bleh ubah slagi dpt majoriti undi parlimen.. Kuasa raja2 melayu pun bleh di tarik. Ini kan undng2 hasil bumi.. Klau tngk dr thn undng2 ni di ubah pn da tau.. Ada udang di sebalik batu..
undand undang tetap undang undang….dia tak boleh main dgn undang undang.kalau main dgn undang undang porak puranda neghara.
buat masa lo ni…tak perlula bising bising tentang royalti…pm kita doh tubuh ajk tu…tunggula.kerajaan ktn pun saman doh petronas…kita terimalah keputusannya.buat masa lo ni. kita tunggusahajalah keputusannya nanti.buat masa lo ni marilah sama sama kita bersatu hati kerana islam.kalau ada tanah kosong tu marilah kita pakat tanam dengan tanaman tanaman yang bagi faedah pada kita…kita turutlah moto hak krajaan buat seperti…”Pertanian adalah satu perniagaan dan Pertanian adalah satu ibadah”.
PAS ni memang punyai tabiat lalat hijau….Kita doakan agar mereka diberi hidayah dan jauhi perangai meletakkan Haq pada tempat yg bathil..sokmo.
Bila kita berbicara maka bicaralah secara normal tampa emosi mahupun secara taksud kepada mana-mana parti. Undang -undang dunia benar tak sama dengan undang-undang akhirat .Tapi cara pengedalian disini tentunya undang-undang di sini. Jangan pula bila menang pembangkang bersorak riang bila kalah salahkan orang…. nampak benar susah menerima kenyataan dan berat sebelah.
Cubalah akur dengan apa yang ada..dan jangan cuba mendahului “Keputusan Hakim” dengan membuat reputasi sendiri dan menyalahkan orang….bagi Bro Kick..dia tetap betanggungjawab dengan apa yang ditulis…jadi kita tunggu keputusan bicara ..habis cerita….terimalah hakikat dan keputusan yang bakal diterima ….walahaualam.
Menurut Kanun Tanah Negara, keluasan wilayah Laut Kelantan hendaklah merujuk kepada Ordinan Darurat 1969 (sekarang diganti Akta Laut Wilayah). Dan berdasarkan perundangan lebarnya tidak lebih 3 batu nautika. Sehingga ke hari ini semua medan yang tersimpan dan dimenangi terletak di luar Wilayah Laut Malaysia.
Maknanya kalau begitu..mungkin kah keadaan ni berlaku di Terengganu…pelantar minyak di Terengganu berada dalam jarak 3 batu nautika dari gigi air….Terengganu senang2 je dapat ROYALTI dari kerajaan…tiada halangan (kecuali semasa PAS perintah)…
Kenapa dan mengapa PDA (Petroleum Development Act) itu diluluskan dan ditandatangani pada tahun 1974 sedangkan tidak ada penerokaan minyak dan gas dalam lingkungan 3 batu nautika? Sedangkan Akta Laut Wilayah 2012 hanya berkuatkuasa pada 24 November 2011…..dan mengapa dalam Seksyen 4 PDA (Petroleum Development Act) ayatnya bermula “In return for the ownership”, sebagai pulangan kepada pemilikan dan hak?