Disediakan oleh Mohd Zakri, Wan Khairul Ihsan & Syed Azidi  Adalah ekstrak dari Akta-Akta dan juga perjanjian yang berkaitan bagi menilai kesahihan tuntutan royalti petroleum oleh Kerajaan PAS Kelantan.   Akta 56 Kanun Tanah Negara 1965  Tafsiran Kanun Tanah Negara (KTN) adalah satu sistem tanah yang seragam dalam negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. “Tepi pantai” ertinya semua tanah yang ada di antara pinggir laut dan tikas air surut. Dari pasang perbani biasa. “Tanah” a)    permukaan bumi dan segala benda yang menjadi permukaan bumi tersebut; b)   bumi di bawah permukaan bumi dan segala benda di dalamnya. c)     segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi, sama ada atau tidak memerlukan penggunaan buruh secara…