Pada hari Khamis, 18 Oktober 2012, admin Facebook Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah memuat naik jawapan YB Menteri Di Kementerian Luar Negeri kepada soalan Ahli Parlimen Gua Musang itu berhubung dakwaan penyerahan dua blok carigali petrolieum kepada Brunei. Sebelum ini, YB Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Naib Presiden PAS telah melemparkan pelbagai tuduhan mengenai kononya blok-blok tersebut telah diserahkan kepada Brunei oleh Kerajaan Malaysia.
Siri dakwaan dan kecaman Husam boleh dilihat di dalam weblognya sendiri iaitu seperti link-link di bawah.
i) Medan Minyak Tergadai: Ya atau Nafi.
ii) Dua Medan Minyak: Surat Terbuka Untuk Najib.
iii) Menteri Mempelam Serahkan Sabah dan Limbang.
iv) Penyerahan Sempadan: Cadangan Saman Awam Rakyat Malaysia.
v) Tenggiri Kita Berenang Ke Brunei.
Dengan jawapan daripada YB Menteri di Dewan Rakyat, ternyata apa yang ditulis oleh YB Husam di blognya hanyalah spekulasi yang penuh dengan elemen putar belit fakta dan hasutan.
Tidak diketahui ada kebetulan atau tidak, tetapi sebelum menyiarkan jawapan YB Menteri itu, Ku Li di Facebooknya ada berpesan,
“Jangan suka memusing fakta sehingga menjerat diri sendiri.”
Tidak hairanlah, anak-anak buah Husam turut mengamalkan taktik sama. Bagaimanapun, pada hari Khamis itu, rakan-rakan mewakili suara anak Kelantan dan saya sempat untuk berdebat secara online mengenai tuntutan royalti oleh Kerajaan PAS Kelantan dengan geng NGO R di dalam FB Ku Li. Berikut adalah perdebatan yang dimaksudkan untuk penilaian pembaca sendiri. Ini merupakan permulaan sahaja di dalam usaha kami membuktikan bahawa NGO R hanyalah bercakap kosong sahaja selama ini.
napok sangat hero melayu berhujoh paka palo lutut…konon2 ngaji tinggi tapi hujoh supo hujoh ore jual obat tepi jale….hahaha.
hujoh dio supo sek2 dio….last skali bagi alasan ‘ambo sakit perut…ambo tak tahu…’
Kechek + putarbelit mudah, lebih2 lagi depan ponkokong ngoR dengan PAS..
bila fakta dikeluarkan, mereka kata tipuuu..bbelit dan macam2..
kakas tok leh terima hakikat lagu tu la..
Teruskan berjuang wahai suara anak anak kelantan utk melawan NGO R aka budak makan Roba (eraser).
kalu set demo perlu serial duo utk aktiviti dsb..letak no akaun, kawe buleh bagi samas duo, kawe tau set demo buke nyo ada pitis juto2 supo Huse support NGO R tu.
Gentlemen,
It is typical of the PAS supporter suchn as Hero Melayu,spinning here and there,cannot accept facts as they are so used of giving sweeping statements which fell into the category of stupid ie knowing the truth,seeing the truth but still beleiving all the lies.Salam
Hok kawe tok tahe sapar sakit perut kawe idea sapo gok wat mari royak kalu kelate keluor dari malaysia, nok royak bui kalu kelate keluor melaysia tok sapar 10 menit negaro siam akan tuntut kelate jadi wilayoh dio nok kato gapo duduk bowoh negaro kapir, bilo duduk bowoh siam jange kato royalty wang ehsan pun tok leh kelih nik aziz hok sedak jadi mb pun tok leh jadi mb pade keno prambat di soldadu siam jah, watpo lah puok tu bodo sangat
Terbaiklah Sheikh! Sesuatu yang patut di ‘share’
Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.
“Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui.”
Salam perjuangan .. mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih
“Ambo gembira PM nak bicang mahu beri tunai hasil minyak kepada Kelantan, kita akan hantar wakil seperti yang diminta”. Kata nik aziz bulan ramadhan lepas.
So..wakil dah dihantarkah?
Dan start bincang kah?
Kalau kelantan setuju ‘tunai’ dari pusat..kenapa masih wujud NGOR banana boy tu?
hahahaa tp masalahnyer laut kelantan mana ada minyak… nak bg royalti apa kebenda… adoiiii bangang la puak2 pembangkang nie….. nasib la kerajaan persekutuan nak bg jugak wang ehsan atas semangat “persekutuan”
Royalti : masih tak faham dan tak baca apa yang ambo dan sheih nyatakan diatas, perjanjian dibuat berasaskan rundingan Tengku atas pertikaian dengan Sarawak sepertimana yang diakui Tengku dalam video terbaru. Perjanjian yang sama juga dibawa untuk ditandatangani di kelantan dan terengganu dengan hanya mengubah parties yang terlibat, bukan isi kandungan perjanjian tersebut. Dan telah jelas Sarawak dan Kelantan tidak menggunakan Kanun tanah yang sama yang mana kanun tanah yang terpakai dikelantan menetapkan had 3 batu nautika tersebut. Dan jika berlaku percanggahan diantara akta dan kanun negara (yang dilulus diparlimen) dengan perjanjian(yang hanya dibuat antara petronas dan negeri) maka akta dan kanun akan digunakan sebagai rujukan mutlak. Soal bangga sebagai pengasas petronas x kan diguna pakai dalam mahkamah, tambahab lagi yang membentuk petronas adalah Tun Razak bersama sama Tun Abd Rahman Yaacob sehingga Tengku Razaleigh dilantik menjadi pengerusinya…. Nak komen pun biar boleh cover semua angle…
Terima kasih kongsikan hujah2 ini. Kawan mintak laluan kongsi hujahan di atas. TQ
bodo benor aq tgk juak2 pas ni… bile kantoi terus senyap…. cakap pakai kepala lutut…
Anonymous said…
Salam dik,
telaga minyak tu mmg dlm kawasan kelantan, lagi dekat klu bandingkan dgn minyak terengganu. tun mahathir punya projek yg tarik paip minyak sampai ke siam dpd mendarat d pantai kelantan. adik pun belum lahir masa tu.
bab royalti ni sensetif skit sebab ni ckp pasal hak kelantan tak kira dia umno or pas. umno kelantan pun setuju dgn hak royalti kelantan sebab terengganu, sabah, sarawak dpt knp kelantan tak dapat cuma dorg tak mahu bising sgt sebab takut nampak menyonsang arus, tak percaya tanya tokpa & kuli.
Nasihat abg, adik byk mengkaji lg, jgn nampakkan sgt ketulian fakta tu sebab abg ni penyokong kerajaan juga tp tak mahu lah kebodohan adik ni akan menampakkan semua org kerajaan bodoh sombong.dahlah kerajaan kita ni doeble standart. yg mengikutnya pun meluku je, org atas pun baca harakah dik nk tahuvisu sebenar. dorg oun muak baca utusan, tak percaya?jemput dtg parlimen tgk sebalah kerejaan padahal tertera d harakah utk ahlibpas shja. klu rasa nk ikut abg fly kat kawasan ni pun boleh juga, bagi tahu je, boleh bawa, K, so boleh tekalah abg ni siapa kan sebab hari2 fly kat area tu.
salam 1Malaysia
October 29, 2012 11:04 PM
—————————————————————
Sori, ini di copy paste dari blog GAP. Ada yang nak untuk lagak untuk berhujah, tapi mereka tak berani untuk komen disini.
nik aziz baik pencenlahhh ,,mu tak guna otak dahhh,,mu kate takde oghe boleh ganti mu ,,,mu try letak jawatan ,,10 datang ganti mu
Walaupun ambo ngaji xtgi…hidup pun bobo bules make…tp bilo baco komen Hero Malaya supo bodo ketoks…kecek guna lutut wak malu jah…
OK Syeikh baru hari ni Utusan kata Pahang jadi pengeluar minyak dan akan dapat ‘pembayaran tunai’ dari kjaan persekutuan tapi jauhnya telaga tu 160 km dari pahang. Jadi ini wang ehsan ke atau pembayaran tunai atau utusan salah report? TQ
Sheih Said: Terima kasih bradder. Laporan Bernama semalam memetik Perdana menteri dalam membuat kenyataan itu sebagai berkata Wang Ehsan bernilai lebih kurang RM100 juta akan diberi kepada Pahang bila pengeluaran itu bermula. Perdana Menteri tidak sebut royalti atau pemberian dibuat berdasarkan perjanjian kerana penemuan itu adalah di perairan antarabangsa di kawasan pelantar benua. Medan itu dari segi perundangan tertakluk kepada akta pelantar benua dan akta EEZ. Ini bererti ia bukan wilayah Malaysia tetapi Malaysia mempunyai hak-hak tertentu seperti yang dimeterai dalam konvensyen UNCLOS. Perlu juga di ambil kira, penemuan di Medan Bertam itu adalah minyak dan bukan gas asli dan condensate seperti yang ditemui di Medan Bunga Kamelia dan Bumi Selatan. Terima kasih sekali lagi. harap penerangan ini dapat sedikit sebanyak membantu.
Hasam ni kalu di Indenesia gak macam pencacai upahan yang pelihara wazir-wazirnya semata-mata bekerja sebagai penunjuk perasaan upahan? memang Husam bijak sebagai motivator – motivator jahat, penghasud, pengkhianat bangsa yang akhirnya kan sanggup jual bangsa dan negara.
Sheikh,
Beberapa bulan lepas kawe tanyo dah demo, tapi demo tak jawab, apatah lagi nak post-kan (your blog, your prerogative, can’t complain)
.
Let’s premise on intellectual discourse for the sake of knowledge.
My bone of contention is ‘royalty’ vs ‘wang ehsan’. Pls. comment based on the 2 points below:
(1) Mengikut perjanjian, ia disebut ‘royalty’ dan mesti diberi kepada k’jaan negeri. Utk tidak diberikan kpd k’jaan negeri (contohnya negeri T’ganu semasa PAS memerintah 1999 – 2004), tetapi utk menghalalkan diurus-kuasai oleh UMNO, maka ia ditukar pd nama ‘wang ehsan’.
(2) Politik adalah punca (bukan utk kepentingan rakyat, bukan utk perpaduan Melayu, bukan 1Malaysia and all the bull). Maka segalanya adalah diskresi k’jaan pusat macamana nak poleq dan define. Laporan NST hari ni amat menarik utk melihat bagaimana isu dan kemelut ini dipintal dan dianyam aiming to deny the rights of Kelantanese for the royalty pay.
Sheikh, throw in your dice.
Sheih said: Salam. Terima kasih. saya cuba jawab semampunya.
(1) Boleh tunjukkan kepada saya naskhah perjanjian yang menunjukkan perkataan royalti? Sebab di dalam perjanjian yang ditandatangani pada 9 May 1975 tidak ada satu patah perkataan berbunyi royalti. Perkataan royalti sebenarnya hanya digunakan di dalam penyata kewangan yang Petronas siarkan di dalam buku laporan tahunannya. Ia bukan kalimah yang terdapat di dalam perjanjian. Petronas telah memudahkan dan menyatukan semua pemberian kepada negeri sebagai royalti iaitu termasuklah (i) pemberian Bayaran Tunai 5% 2 kali setahun (seperti dalam perjanjian) dan (ii) lain-lain pemberian kepada negeri atas arahan PM (yang sekarang popular dengan nama wang ihsan).
(2) Sebenarnya yang memuntal, menyimpul adalah geng-geng tertentu di dalam PAS. Perjuangan asal adalah untuk mendapatkan recognition dari Kerajaan bahawa ada aktiviti di luar perairan Kelantan. Saya adalah sebahagian daripada perjuangan tersebut. Tetapi apabila PM mengumumkan memang ada aktiviti di luar perairan Kelantan dan bersetuju memberi wang ihsan, ramai pihak yang tidak percaya selama ini dan tidak berminat tentang isu ini segera melompat untuk mempolitikkannya.
wang ehsan 100 juto kor pahe tu hok PM nok bui atah kuoso PM dari bayaran petronas ke pusat kalu PM to sir bui kor pahe tadok gapo2,bak tu lah kato bakpo lah puok leba kelate ni tok reti2 kalu wat baik kor PM bulih jugok sesen tigo amah ni wat kerah supo bijok pahtu wat semaye hajat mitok PM pecoh perut tok pasa2 cari balo blako
Sheikh,
I ain’t well versed in the said Agreement, hence I have the slightest details. Anyhow, many thanks for the response.
Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) , Seksyen 4 – Pembayaran Wang Tunai oleh Perbadanan; “Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.”
Yes, you’re right. The Malay version of the PDA says ‘wang tunai’, now I wonder how the word ‘royalty’ crops up. Anyway, another crux of this Section is ‘Kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan.” And of all its virtues, this is where inter alia the breach of Agreement takes place. Methinks.
Sheih said: Salam Bro, Terima kasih banyak-banyak. Izinkan saya jelas sedikit, perkara 4 akta PDA 144 (seperti yang bro lampirkan di atas) jelas menyatakan bahawa pembayaran wang tunai dibuat sebagai ganti perletakhak kan Kerajaan Negeri dan Persekutuan kepada Petronas. Maksudnya, apabila kerajaan negeri meletakhaknya kepada Petronas, Petronas akan bayar kepada Kerajaan Negeri apa-apa penemuan didalam wilayah negeri. Dan apabila kerajaan pusat meletakhaknya kepada Petronas, Kerajaan Pusat turut menerima bayaran tunai jika ada penemuan di wilayahnya. Ia sungguh jelas. dan 5% dari pengeluaran ada tercatat di dalam perjanjian.
Bagaimanapun, di dalam akta yang sama tercatat di dalam perkara 3 (2) Perbadanan itu hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri dan Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut. Oleh yang demikian, Telah menjadi amalan Kerajaan Pusat sejaklewat 1970 an untuk mengarahkan Petronas membayar 5% kepada Kerajaan Negeri Terengganu bagi pengeluaran di dalam wilayah milik Pusat yang berdekatan dengan Terengganu. Ia asalnya dibuat kerana Negeri Terengganu amat miskin ketika itu. Wang ini bukanlah Bayaran Tunai yang termaktub dalam perjanjian kerana pengeluaran di buat di Laut Antarabangsa yang zon ekonomi eksklusifnya diberi kepada Malaysia. Memandangkan wang ini bukan termaktub di dalam perjanjian tetapi dibuat atas ihsan Persekutuan maka Persekutuan berhak menentukan pengagihannya sesuai dengan wawasan pemberiannya. Pada 4 November 2009, Perdana Menteri mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa Negeri Kelantan juga akan menerima peruntukan yang sama hasil pengeluaran di Medan Bumi Selatan di laut Antarabangsa yang EEZnya milik Malaysia. Pada 30 Oktober 2012 pula Perdana Menteri turut mengumumkan Pahang akan menikmati pemberian ihsan yang sama bila pengeluaran di Medan Bertam dibuat pada tahun 2013. Mengapa Pahang dapat lebih dari Kelantan? Jawabnya ialah hidrokarbon yang ditemui di Medan Bertam itu adalah minyak dan yang ditemui di Medan Bumi Selatan itu adalah Gas. Minyak lebih tinggi harganya dari gas.
Bro, saya hanya menemui perkataan ‘Royalti’ di dalam dokumen penyata kewangan Petronas di dalam buku laporan Petronas. ‘Royalti’ bukanlah kalimah yang digunakan di dalam segala dokumen perundangan berkaitan perjanjian dan akta 144 sebaliknya hanya kalimah yang digunakan dalam dokumen perakaunan oleh Petronas dan urusan dokumentasi Petronas dengan negeri-negeri. Memandangan senario itu saya dengan rendah diri berpendapat bahawa kalimah ‘Royalti’ telah digunakan oleh Petronas untuk memudahkan urusan perakaunannya dan perkataan ‘Royalti’ yang digunakan Petronas mengabungkan pemberian berdasarkan perjanjian iaitu pemberian Bayaran Tunai dan pemberian berdasarkan arahan PM iaitu pemberian Wang Ihsan. Maka tidak timbul dakwaan bila kerajaan negeri di perintah BN ia dipanggil royalti dan bila kerajaan negeri diperintah pembangkang ia dipanggil wang ihsan. Sebenarnya, bila kerajaan negeri menerima 5% berdasarkan perjanjian perletakhak kepada Petronas dan ada pengeluaran di buat di atas wilayah yang diletak hak itu maka negeri menerima bayaran tunai. Tetapi bila negeri menerima wang pemberian dari Petronas hasil pengeluaran di luar wilayah negeri dan pemberian ini dibuat atas arahan PM untuk wawasan tertentu, ia dipanggil wang ihsan. Bagi Petronas, kedua-dua ini dicatatkan sebagai ‘Royalti’.
terima kasih bro. Harap dapat sedikit pencerahan untuk kita bersama.
Sheikh,
Many thanks, again, for shedding the lights on the issue. Now I have a better understanding. It’s ok, I myself is in enforcement agency (non-criminal), so reading and intepreting (hence understanding) the Acts are my cuppa.
Yupp! very true about the prerogative of the PM in this Act 144. In fact in 5 Acts that I’m very familiar with, prerogatives of the DG, the Minister and the PM in waiving, reviewing, or making an intrinsic decision in particular issues or matters with regards to the Law do exist.
YBM Ku Li who drafted the Law, and also as the former President of Petronas shall be one of the best people in the know about this Act. And himself uses ‘royalty’ in reference to the cash payment. I attended his ceramah at the SSMIV circa 2 years ago.
A portion, if not the majority, of the Kelantan people are now weighing the sincerity of the PM in handling the ‘cash payment’ issue which is due to the ruling GoK of the day.
Thru my readings of comments on FB’s, blogs and whatnot, the rakyats, or rather the voters in Kelantan, are scrutinizing the Fed in this imbroglio.
Many thanks bro for your relentless feedbacks.
nak tahu benda sebenar mari tgk ni: http://www.youtube.com/watch?v=6huUuvfg5Zk&feature=related