Pada hari Khamis, 18 Oktober 2012, admin Facebook Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah memuat naik jawapan YB Menteri Di Kementerian Luar Negeri kepada soalan Ahli Parlimen Gua Musang itu berhubung dakwaan penyerahan dua blok carigali petrolieum kepada Brunei. Sebelum ini, YB Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Naib Presiden PAS telah melemparkan pelbagai tuduhan mengenai kononya blok-blok tersebut telah diserahkan kepada Brunei oleh Kerajaan Malaysia.

Siri dakwaan dan kecaman Husam  boleh dilihat di dalam weblognya sendiri iaitu seperti link-link di bawah.

i)               Medan Minyak Tergadai: Ya atau Nafi.

ii)              Dua Medan Minyak: Surat Terbuka Untuk Najib.

iii)             Menteri Mempelam Serahkan Sabah dan Limbang.

iv)            Penyerahan Sempadan: Cadangan Saman Awam Rakyat Malaysia.

v)             Tenggiri Kita Berenang Ke Brunei.

Dengan jawapan daripada YB Menteri di Dewan Rakyat, ternyata apa yang ditulis oleh YB Husam di blognya hanyalah spekulasi yang penuh dengan elemen putar belit fakta dan hasutan.

Tidak diketahui ada kebetulan atau tidak, tetapi sebelum menyiarkan jawapan YB Menteri itu, Ku Li di Facebooknya ada berpesan,

“Jangan suka memusing fakta sehingga menjerat diri sendiri.”

Tidak hairanlah, anak-anak buah Husam turut mengamalkan taktik sama. Bagaimanapun, pada hari Khamis itu, rakan-rakan mewakili suara anak Kelantan dan saya sempat untuk berdebat secara online mengenai tuntutan royalti oleh Kerajaan PAS Kelantan dengan geng NGO R di dalam FB Ku Li. Berikut adalah perdebatan yang dimaksudkan untuk penilaian pembaca sendiri. Ini merupakan permulaan sahaja di dalam usaha kami membuktikan bahawa NGO R hanyalah bercakap kosong sahaja selama ini.