“Adakah perlu mendapatkan izin daripada DUN terlebih dahulu sebelum Menteri Besar menandatangani perjanjian dengan PETRONAS…”
Demikian kata-kata YB Dato’ Haji Husam Musa di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan setelah membentangkan bajet Doraemon sehari sebelumnya. (Laporan HarakahDaily di sini)
Husam cuba untuk menimbulkan keraguan terhadap perjanjian suratcara pada 9 Mei 1975 di antara Kerajaan negeri Kelantan dengan PETRONAS yang meletakhak eksklusif semua berkaitan petroliam kepada PETRONAS.
Hari ini, kita mahu bertanya kepada Husam, Apakah telah di bawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan terlebih dahulu sebelum Kerajaan PAS Kelantan menandatangani pemberian hak eksklusif papan iklan kepada sebuah syarikat bernama Abroad? Apakah telah di bawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan terlebih dahulu sebelum Kerajaan PAS Kelantan memberi hak eksklusif menara telekomunikasi kepada sebuah syarikat bernama Infra Quest?
Kedua-dua keputusan meletakhak eksklusif ini dibuat oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa Husam adalah sebahagian daripadanya.
Kita menggesa Husam supaya cukup-cukuplah buat kelakar seram sebegini.
Kita juga menggesa Husam Musa supaya mengarahkan anak buahnya untuk kembali amanah kepada tugas yang dipikul dan bukan membazir masa dengan aktiviti NGO R. Janganlah makan gaji buta dan asyik berpolitik sahaja.
Laporan Ketua Audit Negara (KAN) 2011 telah mendapati secara keseluruhannya pengurusan Kelantan Biotech Corporation Sdn Berhad (KBCSB) adalah kurang memuaskan dan mencatatkan kerugian terkumpul. KAN juga menyeru KBCSB supaya meningkatkan pengeluaran anak benih pisang bagi memenuhi permintaan pasaran dan menjana pendapatan syarikat.
KAN juga mengesyorkan supaya amalan tadbir urus korporat KBCSB mematuhi amalan terbaik Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia dan pekeliling Kerajaan bagi menjamin kepentingan pemegang saham iaitu rakyat Kelantan.
KBCSB adalah tempat seorang orang kuat NGO R yang asyik berkeliaran merata-rata mendapat gaji. Kalau urusan anak benih pisang pun gagal, tak perlulah dulu sibuk-sibuk pasal hal tuntutan royalti yang mereka sendiri tidak faham apa-apa.
Laporan KAN 2011 jelas membuktikan bahawa dakwaan Kerajaan PAS Kelantan adalah bersih dan cemerlang dalam pentadbiran adalah mitos politik semata-mata. Isi bakul angkat sendiri. Apa yang berlaku sebenarnya ialah perbadanan-perbadanan dan anak-anak syarikat yang bermasalah sebelum ini tidak pernah dimasuki oleh Jabatan Audit Negara.
Apabila pintu itu sudah dimasuki, maka banyaklah tengkorak yang ditemui. Salah satu tengkorak itu itu ialah projek yang dibawah portfolio Husam sendiri dan mendapat teguran serius dalam Laporan KAN. Sehinggakan Laporan KAN menggesa pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri mengambil tindakan segera agar syarikat yang diberi projek menyerahkan bon jaminan perlaksanaan sebagaimana di dalam perjanjian dengan Kerajaan Negeri. Untuk pengetahuan umum, perjanjian itu telah ditandatangani pada Julai 2003 lagi.
Husam boleh terus menjuarai aktiviti sumbat kaki busuknya ke dalam mulut sendiri tetapi jangan jadikan penduduk Kelantan mangsa di dalam kegilaannya.
Rakyat Kelantan kenalah berubah jika mahukan kehidupan yang lebih baik. Tak payah lagi merantau ke negeri lain untuk mencari rezeki.
Apakata sekiranya tuan sheikh mulakan kempen besar-besaran untuk pastikan rakyat kelantan memberi undi yang lebih besar kepada Tok Guru Nik Aziz, Husam Musa, Major Anizan dan lain-lain exco yang ada sekarang dalam PRU13 nanti. Untuk DUN-DUN yang lain minta rakyat kelantan beri undi kemenangan kepada calun-calun BN untuk membolehkan BN membentuk kerajaan negeri Kelantan yang baru. Ini adalah bagi memastikan mereka menjawab segala penyelewengan yg telah mereka lakukan semasa perintah kelantan selama 22 tahun dalam dewan undangan negeri. Biarlah rakyat kelantan tahu bahawa selama itu mereka ini telah menipu rakyat menggunakan slogan kepimpinan ulamak politik. Kerajaan BN yang baru hendaklah memastikan rakyat kelantan menikmati kehidupan lebih bermakna dan potensi orang kelantan yang terkenal dengan kuat berusaha dan taat beragama dapat dipupuk sebaik mungkin bagi kemajuan negeri ini. Allahuakbar.
salam sheih
elok rasanya Jabatan Audit Negara perlu menjelaskan kepada rakyat kelantan kenapa mereka tak pernah masuk perbadanan perbadanan dan anak anak syarikat yang bermasalah sebelum ini.
adakah mereka takut dengan tengkorak yang bakal ditemui atau bimbang dengan tengkorak yang berkeliaran di luar atau di dalam agensi mereka juga ada tengkorak.
Siapa punya Abroand dan Infra Quest…cuba Sheik cerita lebih lanjut lagi ..jangan tergantung nanti orang kampung tak faham.
Sapa pulok orang kuat KBCSB yang sibuk dgn NGO R tuu… cer Sheik citer…
Salam Tuan , Mohon dilinkkan blog MMI mahamissa.blogspot.com .. Terima Kasih.
Salam..
Tuan, tidakkah PM sudah menghantar surat kepada MB untuk bagi wang tunai ehsan kepada Kelantan. Tidakkah PM minta Istana hantar wakil dari Kelantan untuk urusan tersebut.
Yang kecoh ni cerita mana pula? Adakah PM tarik balik tawaran supaya dihantar wakil? Rakyat ramai tak faham, PAS dok galak main isu ini, yang mana pulak ni?