(petikan nota kaki Kelsen – The Principles of International Law)

Kebelakangan ini pihak yang menuntut royalti minyak cuba memperkecilkan hujah yang saya lontar di dalam posting sebelumnya dengan bercerita mengenai kes monumental antara Duff Development Company Ltd v. State Government of Kelantan di House of Lords yang mendengar rayuan dari English Court of Appeal dan King’s bench Division pada 10 April 1924.  Ini semua hanya untuk mempertahankan kenyataan Husam Musa bahawa ‘Mahkamah Dunia’ menetapkan Kelantan sebagai negeri berdaulat.

Apakah mereka membaca sepenuhnya pendirian 5 anggota House of Lords yang bersidang mengenai imuiniti sesebuah wilayah asing berdaulat dari dibicarakan di bawah undang-undang Mahkamah United Kingdom? Benar kes ini banyak dirujuk dalam perbicaraan melibatkan imuiniti sesebuah wilayah berdaulat.

Berikut adalah surat daripada Wakil Kerajaan British kepada Mahkamah yang disandarkan oleh House of Lords dalam membuat keputusan. Rujuk perkara 2 dan 3 di dalam surat tersebut (dipetik dari mukasurat 31 – Public International Law Cases From Malaysia and Singapore, S. Jayakumar)

“2. Prior to the year 1909 the relations between Siam and Kelantan were regulated by an agreement signed in 1902….. Such rights as the King of Siam possesed over Kelantan were transferred to His Mejesty the King by a treaty signed at Bangkok on 10th of March 1909….

“3. Not all the rights possesed by King of Siam were ever exercised by His Britanic Majesty and the present relations between His Majesty the King and the Sultan of Kelantan which are those of friendship and protection are regulated by an agreement sign on the 22nd of October 1910….

Perhatikan isi kandungan surat itu jelas menerangkan bahawa segala hak yang dimiliki Siam ke atas Kelantan telah dipindahkan kepada Raja British dan Raja British tidak melaksanakan semua hak itu (walaupun Baginda memilikinya).

Perkara 4 surat tersebut pula mencatatkan,

“4. I am to explain that in 1910 the Rajah of Kelantan with His Majesty’s approval assumed the title of Sultan and is now Sultan and Sovereign of the State of Kelantan.

Perhatikan penjelasan itu, Raja Kelantan dengan kebenaran Raja British memakai gelaran Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan.  Maksudnya, Sultan Kelantan ketika itu hanya sah menjadi ketua Negeri Kelantan setelah diperkenankan oleh Baginda Raja British.

House of Lords membuat keputusan bahawa Kelantan adalah negeri berdaulat berdasarkan surat yang diutuskan oleh Setiausaha Kerajaan British itu dan oleh yang demikian Kerajaan Kelantan boleh memohon imuiniti dari dibicarakan di dalam mahkamah British.

Apakah Kerajaan PAS Kelantan mahu memohon imuiniti yang sama dan mendakwa Negeri Kelantan berhak mendapat imuiniti yang sama di dalam kes tuntutan royalti hari ini?

Apakah kedaulatan yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Kelantan ketika itu? Dokumen tersebut di bawa ke Mahkamah Inggeris dan antara isi kandungannya ialah,

(i)             Kerajaan Kelantan tidak boleh menjalin hubungan politik dengan kuasa asing melainkan dengan menerusi saluran Kerajaan United Kingdom.

(ii)            Kerajaan Kelantan perlu merujuk kepada Penasihat British yang dilantik oleh Kerajaan United Kingdom di dalam semua soal pentadbirannya melainkan yang menyentuh agama Muhammad (agama Islam) dan adat istiadat Melayu.

(iii)           Kerajaan British bersetuju untuk tidak campurtangan dalam urusan dalaman Kerajaan Negeri Kelantan melainkan jika terdapat keperluan.

Ada pendapat bahawa wujud Kedaulatan Dalaman dan Kedaulatan Luar. Di mana kedaulatan luar adalah merujuk kepada kedaulatan sesebuah negara berhubung dengan negara berdaulat lainnya. Manakala kedaulatan dalaman ialah kedaulatan sesebuah kerajaan terhadap rakyat di bawah naungannya.

Rujuk Hans Kelsen dalam bukunya Principles of International Law menyatakan kedaulatan tidak boleh dibahagi dan sekiranya sebuah negara tertakluk kepada kebenaran negara lain di dalam hubungan antarabangsa maka ia bukanlah negara berdaulat walaupun dari segi perundangannya pentadbirannya dan kehakimannya tidak ditentukan oleh negara luar.

Lords Viscount Finlay di dalam hujahannya di House of Lords 1924 ketika mendengar rayuan Kerajaan Negeri Kelantan mengakui terdapat banyak sekatan terhadap kebebasan Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi dokumen perjanjian itu (antara UK dan Kelantan) tidak menyekat pandangan bahawa ia memberi kebebasan yang mencukupi untuk Kerajaan Kelantan mendakwa ianya  berdaulat.

Hakikatnya, Mahkamah Inggeris menetapkan bahawa Kelantan adalah negeri berdaulat tetapi mengiktiraf perjanjian antara United Kingdom dan Kelantan yang menyekat kebebasan Kerajaan Kelantan tanpa kebenaran dan persetujuan dalam mentadbir negeri sendiri apalagi dalam meluaskan wilayahnya atau mengadakan perjanjian dengan negara luar. Jelasnya, Apa yang dimaksudkan berdaulat ialah Sultan Kelantan terhadap rakyatnya.  Seperti perkara 5 surat yang dirujuk di atas yang tertulis,

“5. The Sultan in council makes laws for the Government of the State, and His Highness dispense justice….

Kita juga perlu melihat bagaimana signifikan jawapan Timbalan Perdana Menteri  YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam Dewan Rakyat pada 5hb Oktober 2011, mengesahkan kepada Dewan Rakyat bahawa Malaysia (termasuk wilayah-wilayah yang membentuknya) di jajah. Kenyataan itu dibuat ketika menjawab soalan tambahan YB Gombak, Tuan Azmin bin Ali. Rujuk petikan dari HarakahDaily di sini.

Sudah tentulah ada pihak akan mendakwa, itu pandangan Barisan Nasional. Pokoknya, kita boleh bersetuju bahawa Sultan Kelantan ketika itu berdaulat ke atas rakyatnya dan rakyatnya tidak dijajah oleh British berdasarkan kandungan surat oleh wakil United Kingdom kepada Mahkamah Inggeris. Ini berlaku kerana Raja Inggeris tidak menggunakan sepenuhnya hak yang diambil alih dari Raja Siam. Walaupun tidak dijajah, Kerajaan Kelantan tidak boleh membuat keputusannya sendiri bukan sahaja di dalam soal hubungan dengan kuasa asing tetapi juga dalam hal-hal pentadbirannya.

Adakah saya menggunakan perkataan ‘dijajah?’ di dalam posting saya sebelum ini? Torak memang senang, apa lagi di pentas ceramah. Dan bersembunyi disebalik nama samaran bukan jalan sebenar.

berikut adalah petikan pendirian anggota-anggota House of Lords yang bersidang pada 1924.

Pencacai (meminjam kalimah yang diguna Husam) juga disarankan membaca Professor Ben Nwabueze di sini. Baung dalam bangkar, tidak tahu mana hujung mana pangkalnya.