Di hadapan 3,000 penonton di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Husam memberi tahu yang hadir “ Mahkamah Dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tetapi status kedaulatan negeri telah wujud”.
Mahkamah Dunia mana yang menetapkan status itu? Mana buktinya? Torak kepada yang yang tak tahu memang senang. Tapi itu adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.
Walaupun ketamadunan Kelantan telah dikesan daripada zaman pra-sejarah, tetapi di dalam sejarah moden, Kelantan telah berada di bawah naungan Raja Siam. Ia boleh dikesan sejak 1826 bila termeterai Perjanjian Burnley antara Raja Siam dan United Kingdom. Objektif utamanya ialah menetapkan kedudukan Negeri-Negeri Melayu. Perjanjian ini mengiktiraf hak Raja Siam ke atas Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Manakala Raja Siam mengiktiraf hak Kerajaan British ke atas Penang dan hak British untuk berdagang dengan Kelantan dan Terengganu tanpa sekatan oleh Raja Siam.
Anglo-Siamese Treaty 1909 yang dimeterai oleh Raja Siam dan Wakil United Kingdom di Bangkok pada 10 Mac 1909 pula menyaksikan negeri-negeri Melayu di bahagi dua. Patani, Narathiwat, Songkhla, Satun dan Yala kekal dibawah Raja Siam. Raja Siam melupuskan hak tuntutannya ke atas Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu kepada United Kingdom untuk menjadi sebahagian daripada Great Britain.
Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu kemudiannya di satukan dengan Johor dan dikenali sebagai The Unfederated Malay States (Negeri Melayu Tidak Bersekutu) dan dibawah pengawasan Penasihat British.
Ini adalah bukti pertama bahawa Kelantan bukan wilayah berdaulat seperti didakwa Husam. Hubungan diplomatik dan antarabangsa Kelantan ditentukan oleh kuasa lain. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ini sekadar memiliki autonomi yang lebih luas berbanding Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Pada 8 Disember 1941, Kelantan telah diserang oleh Tentera Maharaja Jepun yang mengakibatkan Tentera British terpaksa berundur dari Kelantan. Sejak itu Kelantan telah diperintah oleh Tentera Jepun sehingga pentadbiran Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Raja Siam oleh Jepun. Sepanjang Perang Dunia Ke 2, Kelantan berada di bawah pentadbiran Raja Siam.
Pentadbiran Raja Siam ke atas Kelantan berakhir bila Jepun menyerah kalah. Kelantan kemudiannya diletakkan di bawah British Military Administration dan ditadbir oleh Tentera British sehinggalah perjanjian penyertaan ke dalam Malayan Union dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu. Pada 1 April 1946, Kelantan bersama Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersetuku, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat telah berada di bawah Malayan Union dan Pemerintah Tertingginya ialah Sir Edward Gent, Governor British pertama.
Ini adalah bukti kedua, Kelantan bukanlah Negeri Berdaulat seperti yang didakwa Husam.
Malayan Union berakhir pada Januari 1948. Pada 21 Januari 1948, Raja-Raja Melayu dan Sir Edward Gent telah menandatangani The Federation of Malaya Agreement di King House, Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1948, Negeri-Negeri Melayu termasuk Penang dan Melaka telah membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Ia diketua oleh Pesuruhjaya British dan Penasihat British di negeri-negeri diganti dengan Ketua Menteri.
Persekutuan Tanah Melayu wujud dari 31 Januari 1948 sehingga 15 September 1963, sehari kemudian Malaysia ditubuhkan. Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka dari jajahan British dan ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agung sebagai Ketua Negara.
Ini adalah bukti ke 3 Kelantan bukanlah negeri berdaulat seperti di dakwa Husam. Ini kerana sekiranya Kelantan tidak membuat keputusan menyertai Persekutuan Tanah Melayu maka Kelantan akan kekal sebagai tanah jajahan British.
Negeri berdaulat adalah ditafsirkan seperti berikut,
“A sovereign state is a political organization with a centralized government that has supreme independent authority over georgraphic area”.
Ternyata Negeri Kelantan tidak mempunyai autoriti ke atas wilayahnya dan sejak didokumentasikan dari 1826, nasib wilayah yang bernama Kelantan telah ditentukan oleh kuasa asing.
Husam layak dipanggil penipu. Bukankah begitu?
Oleh yang demikian, argumen Husam bahawa status kedaulatan negeri Kelantan telah wujud sebelum ia menyertai Persetukuan Tanah Melayu atau sebelum ia menyertai Malaysia adalah satu helah untuk mengaburi mata pendengarnya. Oleh yang demikian tidak timbul dakwaan Akta 144, Akta Kemajuan Petroleum 1974 telah mencabar kedaulatan Negeri Kelantan seperti dakwaan Husam di sini.
Berita yang disiarkan oleh Malaysiakini itu bertajuk ‘Kelantan Berhak Batal Perjanjian Dengan PETRONAS’. Seperti posting saya semalam, saya minta Kerajaan PAS Kelantan membuat permohonan untuk batalkan perjanjian suratcara 9 Mei 1975. Mengapa setakat bercakap sahaja. Kenapa tidak difailkan permohonan rasmi di Mahkamah?
Sebaliknya hari ini, Kerajaan PAS Kelantan hanya membuat permohonan supaya Mahkamah Persekutuan membenarkannya mengemukakan rayuan terhadap 3 tuntutan yang ditolak sebelum ini termasuk menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah, menolak permohonan PETRONAS untuk membatalkan saman dan memohon dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap PETRONAS sebelum ini, seperti dilaporkan oleh HarakahDaily hari ini. Panel 5 orang Hakim yang bersidang membenarkan permohonan tersebut setelah permohonan Kerajaan PAS Kelantan itu tidak dibantah oleh peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia dan PETRONAS.
Sekiranya peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak membantah, ini bererti Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak mempunyai apa-apa masalah dengan tuntutan permohonan rayuan tersebut.
Dakwaan Husam bahawa ini petanda awal ‘pintu gol lawan sudah ditembusi’ adalah satu lawak jenaka.
Leloh kawe nok mmikir pasa Muse errr Huse nih. Tadop kijo laon nok bbodo ore jah kijo dio. Buto sejaroh serupo Mat Sabu jugop lah gamoknyo, Typical palo otok ore PAH, kecek ikut sedak mulut. Palo otok ado tapi dok putar mmikir pasa bendo tadop paedoh. Padea lah ralik dk keno tipo dan kecing ko set2 PKR & DAP jah. Dio keno kecing, dio pulop nok bearok ore lain. Zaman tahun 14 buleh la kala nok goreng ore di keda kopi tapi ni zaman internet, hanya Nik Ajis dan Aji Hadi jah hok mung buleh goreng. Daripada mung dok sibuk-sibuk dok hasut rakyat Kelatea di KL buat demo, baik la mung gi pearo kambing. Baso jenih pemutar skru senghoti mu ni Huse
SEBAB BERDAULAT SESANGAT LA YG JEPON MASUK KOTE BARU DULU…LAAAASTT SKALI BARU NIPON MASUK NGRI AKU..TK SMPAI SEBULAN DIA MASUK KT NEGRI AKU,MELETOP NAGASAKI HIROSHIMA..TERUS NIPON BLAH DR MALAYA…NEGRI AKU LA YG BERDAULAT…CE TEKA APE NEGRI AKU NEH..
hussam nie bodoh sebenarnya, kesian orang kelantan dapat yb yang bodoh2 belaka, kuat menipu untuk menwujudkan fakta, oiii orang kelantan, sudah2 lah kena tipu…..malu aku dengan kamu, hussam!!!
semoga tuan, keluarga dan keturunan bahagia dunia dan akhirat, saya salin dan edit sikit.. letak disini yayasanrajamelayu.info.
Husam dari dulu lagi terkenal dengan perangai gedebe dan panas baran(pongoh!!).Dah terbukti berpuluh kali projek dan cakap Husam melalut dan tak tentu hala.Aku pun heran kenapa Nik Aziz boleh lagi percaya dengan kencing siHusam ni.Berapa lama lagi dia nak kencing kat set set tertinggi PAS seluruh Malaysia termasuk Nik Aziz,Hj Hadi dan lain tentang projek kambing Janpari,lebuhraya Krai,keretapi laju KB-KL,Stadium Pasir Putih,stesen angkasa lepas dan yang terbaru tentang kedaulatan negeri Kelantan.Tak kan si Karpal Singh dan geng DAP nak terima bulat bulat fakta melalut si Husam ni.Kenapa Si AlJuburi dan set set PKR langsung tak mau masuk campur dengan projek fantasi si Husam ni.Memang banyak yang tidak kena.Tapi jelasnya Pak Sheikh,kita biarkan siHusam ni melalut lagi sampai PRU13.Biar dia cari banyak lagi idea fantasi untuk kempen PRU13.Kalu dia menang jugak bertanding PRU13 maknanya sah rakyat Kelantan terutamanya penyokong PAS dah terminum kencing manisnya.Aku kesian rakyat Kelantan yang begitu ramai tertipu.!!! Your article is great and not even any good lawyers in Malaysia would dare to challenge these facts.Your analysis is splendid and truly no bias.I think Husam dare not raise his eyes on these and proven he is nlo match to you!!!
Sheih,
Cuba Sheih rujuk kepada kes keputusan mahkamah antara Duff Syndicate vs. Government of Kelantan.Keputusan mahkamah itu kemudian dirujuk dalam beberapa kes perbicaraan mahkamah; antaranya oleh negara Amerika Latin. Search saja dalam yahoo atau google, tentu Sheih akan jumpa.
Cuba Sheih baca juga butiran Anglo-Siamese Treaty yg menyebut Kelantan sebagai “negeri Melayu dibawah perlindungan Siam, bukan sebahagian jajahan kerajaan Siam”. Itulah yg memang dibutirkan oleh Inggeris, mungkin kita boleh andaikan pihak Siam tidak memahami implikasi istilah yg digunakan oleh Inggeris ketika itu. Lanjutan itu jugalah sheih dapat menyelusuri kes antara Duff Syndicate vs. Govenrment of Kelantan.
Kemudian sheih ulaslah dgn melihat versi yang telah sheih faham dgn maklumat yg boleh difahami sebaliknya. Agaknya kalau sheih tidak punya beban ‘mission yg perlu dilaksanakan’, mungkin sahaja Sheih tidak mudah menuduh orang lain sebagai pembohong; hanya mungkin berlainan perspektif.dan mempunyai maklumat yang berbeza.
Pesan saya kepada saya dan saudara, walaupun kita ditugaskan dgn mission yg perlu dilunaskan, jangan pula sampai kita menepikan petunjuk hati kita sendiri, jangan kita desperate sehingga kita perlu ‘pongoh dan boros’ dalam ungkapan kita. Akhirnya kita terpaksa berdepan di Mahkamah Tuhan secara berseorangan, memikul tanggung-jawab terhadap segala tindakan kita. Semoga Allah melindungi kita dari sikap seakan-akan kita sahaja yang pandai, lawan kita semuanya konyo…. semoga kita dapat hidup secara berbaloi
Sheih said: Yang saudara maksukan ialah Duff Development Company Ltd. v. The Government of Kelantan & Anor. Kes di dengar di UK House og Lords. Kelantan mendakwa bahawa ia punyai imuniti sebagai sebuah kerajaan berdaulat dan tidak boleh didakwa di mahkamah asing. Ini adalah jalan Kelantan mengelak dari tuntutan dan kontrak dengan Duff Development Company ltd. 5 Hakim yang bersidang membuat keputusan pada 1920 bahawa mereka menerima pakai surat daripada Under Sectretary UK dan hakim membuat keputusan bahawa Walaupun perjanjian antara UK dan Kelantan jelas menghadkan kebebasan Kelantan tetapi ia tetap memberi ruang pemerintahan sendiri kepada hal-hal tertentu. Oleh yang demikian mahkamah membuat keputusan bahawa Kerajaan Kelantan tidak boleh disaman di mahkamah asing. Presiding ini diguna untuk menafsirkan bahawa Kelantan tidak dijajah oleh Inggeris dan dalam perjanjian UK dan Kelantan 1910 Raja UK tidak menggunakan haknya untuk mengurangkan kekuasan Sultan Kelantan. Keputusan ini adalah keputusan badan Kehakiman UK dan bukan Mahkamah Antarabangsa. Di dalam erti kata lain, jika ada negara lain mahu mengadakan hubungan diplomatik atau merampas negeri kelantan, mereka perlu berdepan dengan United Kingdom terlebih dahulu. Kalimah di bawah perlindungan itu adalah bersifat diplomatik dan menjaga sensitiviti dan air muka Raja-Raja melayu. Di dalam mendrafkan perjanjian, bahasa yang dipakai dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam perjanjian. Dan ini seringkali melibatkan beberapa kali menukar istilah yang digunakan. Saudara orang bijak dan pembaca buku yang hebat, buat apa berpurapura pula. Saya lebih suka kalau saudara tampilkan ‘mission’ yang ulangkali saudara sebutkan di atas. Tak perlu berselindung.Semoga hidup saudara juga berbaloi di bawah ketiak Husam dan Dato’ Ramli.
salam sheih
ceramah politik dan penceramah politik bukan tempat rujukan yang sesuai untuk hal ini.silap gaya semua pelabur lari dari kelantan dan mungkin juga dari malaysia.
“Kelantan akhirnya diserah kepada England semula, dan Ratu takkan serah keapda kerajaan Melayu dan Raja-raja Melayu burugama Islam Malaysia, dia serah kepada Thailand lah.. Jadi lah Kelantan sebuah wilayah Thailand, tembak menembak, masjid tak aman, sekolah tok leh, cari makan susah, nk bersyarah payah, kutip derma payah jugak.. jale male bahaya”.
Huse banyak berkhayal..
Loh la Se, rakyat cidik doh..koho cidik & tak kan kena tipu doh.. kecuali totok pas.
The Federal Court only gave leave to appeal. That means they can file their appeal proper on the matter to which leave was given. It does not mean that they have won their appeal. That was why the Fed Counsel did not object to the leave application. Tq.
kawe tidok pahe puok2 demo nih, benda untuk manfaat kpd rakyat ngeri kito pun cuba nok dinafikan. takdok manusia atas dunia nih buleh tahu isi hati jujur/tipu kecuali Allah swt dan orang2 yang dipilihnya sahaja. jahat bagi satu puok yang ‘tokleh cari makan’ adalah tanggapan biaso baik PAS baik UMNO. Kesimpulannya dalam ni ado pok tolo masing2 cumo sikit dengan banyok jah.
Salam sheih tahniah artikel yang cukup bernas.
(Maaf keluar dari topik)
Mohon tuan panjangkan berbentuk artikel berhubung soalan secara lisan oleh Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat semalam (4/10/12) soalan ditujukan kepada Menteri Kerja Raya akan perkembangan perlaksanaan projek lebuh raya ke Kota Bharu yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) kerana apa yang saya faham projek tersebut di lokasi yang bersamaan dengan projek lebuhraya rakyat Kuala Krai.(conflict) saya muskil kenapa YB Salahuddin bertanyakan soalan tersebut apakah beliau tidak tau akan projek Husam malah setahu saya Menteri Kerja Raya pernah mengumumklan sekitar Jun 2012 projek dibawah RMK9 tersebut telah di tangguhkan berikutan kos meningkat kepada 5.5B.
Sekian wassalam.
Maaf terlupa sheih artikel berhubung soalan YB Salahuddin Ayub telah di siarkan di akbar harakah :-
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/13624-rmk9-apa-perkembangan-lebuh-raya-ke-kota-bharu-
Nasib baik Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Malaysia, kalau di bawah Siam, Kelantan akan jadi macam Selatan Thai. Semua sumber negeri di urus oleh kerajaan pusat di Bangkok. Bersyukurlah, jgn menipu rakyat yg tidak tagu duduk perkara sebenarnya. Semua tu akan ditanya di skhirat kelak, masa tu jawab lah sendiri, Parti2 dah tak de…..
Tuan, entry ini menarik sangat. Saya anak muda Kelantan. Saya minat untuk tahu sejarah negeri saya. Terima kasih atas info dari Tuan.
Rupa2nya kes Duff Dev. Com Vs Goverment of Kelantan telah dirujuk dalam berpuluh-puluh kes di mahkamah antarabangsa. Dari Bolivia hingga ke Conggo. Seemenajk 1920′an hingga akhir-akhir ini.Di dalam negara kita sendiri, seperti kes MBf Vs Param pada tahun 1990′an.Saya telah baca penuh ke 2-dua proceeding mahkamah baik pada tahun 1923 mahupun 1924, Saya dapati kelantan disebut sebagai negeri merdeka dan berdaulat, tanpa apa-apa tambahan yang mengurangkan maksud itu.
Saya juga menemui istilah2 yang digunakan untuk hubungan Kelantan dan Siam: vassal state, protected state, suzerain, protectorate.Di mana pula yang dikatakan Kelantan dijajah oleh Siam?Minta Tuan cerahkan hal sebenarnya.
Tuan menulis: “Sepanjang Prang Dunia ke 2, Kelantan berada di bawah penteadbiran Siam”. Saya jadi keliru kerana inilah pertama kali saya temui kenyataan sebegini. Adalah ianya satu penemuan atau satu pembohongan sejarah?.
Untuk itu saya bertanya kepada orang tua saya yang asalnya tingal di Gaal, Pasir Putih, Rumahnya dekat dengan Lapangterbang Gong Kedak, yang dikira sangat strategik ketika Perang Dunia ke-2. Dia memeritahu saya yang ketika Sultan Ismail mangkat pada tahun 1994, orang tua saya itu berada di dalam darjah 1.. Jepun masih memerentah Kelantan sepenuhnya. Hanya awal tahun 1945, ketika Sultan Ibrahim menaiki takhta, Jepun menyerah kelantan , Terangganu, kedah kepada Siam.. Tidak sebelumnya.Dan dia dikerah untuk menyayi lagu Siam di rumah Tok pengawa Gaal pada hari Jepun menyerahkan Kelantan kepada Siam
Saya percaya tuan tentunya tidak sengaja memasukkan fiction dalam tulisan ini, seperti yang tuan masukkan watak Dareomon dalam entry tuan baru2 ini. Saya yang bukan anak seni jadi keliru, tidak tahu di manakah batas antara fakta dan fiction dalam tulisan tuan, maklumlah tuan seorang anak seni yang memang tinggi daya kreativiti…
sampai hari ni husam tak berjaya dalam satu apapun projek2 yg dia war-warkan! bakpo orang kelantan tak nampak langsung perkara ni?
bakpo penyokong2 totok pas tak pernah mahu bertanya apa husam dah buat dgn beratus juta peruntukan bg semua projek2 yg dia sungguhe royak ko oghe tuh?
bakpo orang kelantan sanggup bersusah payah duk gi korek kesalahan pemimpin2 lain sedangkan husam TERLEPAS & DILEPASKAN begitu shj oleh juak2 pas?
bakpo? maksum ka husam?
kalu pakat gi tanya husam, berdosaka kamu wahai ahli2 pas?
Yo lah tuu, yg pandai buat kerja ko…………makan gaji buto!!!
Tuan, sekiranya tuan sedar tulisan tuan ini mengandungi kesilapan2 fakta. Fakta sejarah. Harap tuan betulkan. Jangan khianati sejarah negara yang kita cintai ini.. Sekali baca artikel tuan, pembaca akan jadi impress, tilik sekali lagi pembaca akan mengeluh ” kenapa ditulis ikut suka hati, tanpa merujuk kepada fakta sejaran yang sebenar?”.
Sekiranya Tuan hendak aibkan dan jatuhkan mana-mana individu, atau kumpulan sekalipun, jangan berbohong atas nama sejarah dan jangan terbuai dengan khayalan