Jika benar Kerajaan PAS Kelantan ikhlas memperjuangkan hak Kelantan, mereka sepatutnya menfailkan permohonan untuk membatalkan perjanjian suratcara antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975. Isu pembatalan suratcara ini perlu dibawa ke mahkamah dan bukan ke pentas ceramah.
Di atas pentas ceramah, pihak yang menuntut apa yang kononnya ‘hak’ rakyat Kelantan sering melaungkan bahawa,
(i) Kita akan batalkan perjanjian ini.
(ii) Kita akan lantik syarikat minyak dan gas untuk operasi carigali di Kelantan.
(iii) Kita akan daratkan semuanya di Kelantan.
(iv) Kelantan akan jadi kaya raya.
Bercakap di pentas ceramah memang sedap. Lebih sedap bila orang yang mendengarnya tidak tahu apa melainkan rasa hangat terbakar oleh sentimen yang dilaungkan oleh penceramah. Tetapi sekadar bercakap di pentas ceramah tidak membawa satu sen pun kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Yang dapat hanya undi. Itu sebenarnya yang mereka mahu.
Penduduk Kelantan harus sedar, apa yang mereka dengar itu hanya mainan ilusi semata-mata. Hakikatnya, mereka telah ditipu.

Peta sebenar aktiviti minyak dan gas di luar perairan Kelantan. Tiada telaga yang ditemui dalam lingkungan 3 batu nautika.
Jika Kerajaan PAS Kelantan memohon membatalkan perjanjian suratcara 1975, saya akan menyokong.. Ataupun lebih baik, kedua-dua pihak iaitu Kerajaan PAS Kelantan dan PETRONAS bersetuju membatalkan perjanjian yang ‘tidak boleh dibatalkan’ itu.
Apa yang ramai tidak tahu ialah, sama ada perjanjian itu dibatalkan atau tidak, ia tidak memberi kesan satu sen pun kepada Negeri Kelantan ataupun rakyat Kelantan. Individu-individu tertentu di dalam PAS Kelantan tahu sangat hal ini tetapi terus mahu mengelirukan rakyat.
Walaupun tanpa wujudnya perjanjian tersebut, Kerajaan Kelantan tidak akan dapat menjalankan operasi carigali dan eksploitasi minyak dan gas mereka sendiri. Ini kerana Akta 144 Akta Kemajuan Petroleum 1974 meletak hak eksklusif kepada PETRONAS sahaja sebagai pihak berkuasa berhubung segala hal berkaitan dengan operasi minyak dan gas di dalam Negara Malaysia.
Sebelum wujudnya Akta 144 ini, telah wujud sebuah akta bernama Akta 95, Akta Perlombongan Petroleum 1966 yang begitu jelas menyatakan bahawa hak sesebuah negeri ialah hanya segala tanah di daratan sahaja. Tanah di daratan didefinisikan mengikut akta ini sebagai ‘termasuk pantai pesisir dan kawasan bawah laut di bawah perairan wilayah negeri. Perairan wilayah negeri ialah lebarnya 3 batu nautika takat air surut.
Perkara 4 (3) akta tersebut menjelaskan pihak berkuasa petroleum ialah;
(a) Kawasan di daratan ialah Raja atau YDP Negeri.
(b) Kawasan luar pantai ialah Yang di-Pertuan Agong.
Oleh yang demikian, sebelum wujudnya Akta Kemajuan Petroleum 1974 lagi sudah jelas bahawa hak Kerajaan Negeri Kelantan hanyalah kawasan pantai tidak lebih dari 3 batu nautika dari darat.
Bahkan sejarah moden juga jelas menunjukkan bahawa Kelantan sendiri sebelum menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 tidak berupaya menentukan urusan diplomatiknya sendiri dan masih dibawah naungan Raja Siam dan kemudiannya Raja Inggeris dan Maharaja Jepun. Segala hal ehwal antarabangsa yang melibatkan kedaulatannya termasuk menjalin hubungan dengan wilayah luar dipengaruhi oleh kuasa asing dan bukan Kerajaan Kelantan sendiri. Jadi dalam sejarah moden jelas bahawa pengaruh penguasaan Kerajaan Kelantan sebelum menyertai Persekutuan Tanah Melayu juga tidak lebih dari 3 batu nautika.
Cerdik pandai di dalam Kerajaan PAS Kelantan faham bahawa keluasan kawasan pantai negeri adalah berdasarkan peruntukan di dalam Kanun Tanah Negara 1965 (KTN). Sempadan dan kawasan yang menjadi hak negeri seperti digariskan dalam KTN ini ialah meliputi kawasan tanah dan perairan yang dihadkan kepada had perairan wilayah. Had perairan wilayah di rujuk kepada seksyen 4 (2) Ordinan Darurat 1969 dan sekarang diganti oleh Akta Laut Wilayah 2012 yang menjelaskan had perairan wilayah negeri ialah tidak lebar dari 3 batu nautika.
Bahkan secara semulajadi keluasan tanah Kelantan semakin mengecil akibat hakisan pantai. Jadi jarak 3 batu nautika pada 1975 dahulu kini semakin ke daratan.
Kesimpulannya, pemikiran penduduk Kelantan telah diracun menyebabkan mereka fikir sesuatu yang bukan hak mereka adalah hak mereka. Ini adalah salah. Bahkan dari sudut agama Islam juga adalah tidak betul. Islam tidak benarkan kita menipu apa lagi menuntut benda yang bukan hak kita.
Masalah orang PAS ini adalah suka sangat mendengar ceramah . Apa sahaja yang dicakapkan dalam ceramah itulah yang diguna pakai. Pada hal orang yang berceramah itu mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Semoga rakyat Kelantan tidak mudah diperdaya lagi.
Majoriti rakyat kelantan telan bulat2 segala isi Perut penceramah.
Fanatik mereka kepada Islam melalui lebai2 Dan pak pandir
Tahniah bro at as realiti itu
Tok Seh,
Hok berceramoh tu buke panda sanggat pon. Acu tra bui sebutir lapangan minyok ada berani nok korek. Korek meme sene tapi sebelom korek tu banyok bendo keno kaji dulu. Bermulo dari kajian sesimik sapa lah keno korek telago appraisal. Ado ko pitis kala nok korek? Sebutir kapal gerudi busuk-busuk keno sewo sehari lebih kure 140-160 K USD. Korek 1 lube exploration/appriasal lebih kure 3-4 minggu (bergantung kepada kedalam telago) dok termasuk ujian telago lagi tuh. itu baru sewo kapa gerudi belom kiro baya servis lain lagi. Kala jjupo keno wat pltform pulop. Proses panje dan buke serupo proses nok buat lebohraya syurgo Husea & Nik Ajis. Daripada pecoh palo nok cari minyok (KALAU LAH MINYOK TU ADO DAN SANGGAT EKONOMI UNTUK KITO BANGUNKAN) baik set-set lebai malang ni @ musea berjanggut ni pikir macaman nok korek lube telago cari air atau gi korek lubea hok sepatut dio korek termasuklah lubea kubo masing-masing. Ambo fikir rama ore Kelatea hok kijo minyok terutama sekali bahagian eksplorasi & pembangunan (mace ambo lah) tapi rama jugo hok bodo kelu dan dengan mudoh diperbodokan oleh set@ lebai hok rasa mereko bijok dalae segala ceruk ilmu.
Bereh…..
Jua tahik minyok buleh lah set PAH.
sepit otak puak2 ni.wat tubik kelate jadi negara sendir mace s’pore.barulah minyak jadi hak sediri.pahtu kito pakat2 perang sama sediri sapa hacur belako baru ada utung ko guano sheihh!!!kalu tidak kena turut najib le PM terbaik hak kawe sayang tu.
Huusam-pah.
ada seorang menteri propaganda Hitler berkata,
“TIPU DAN ULANGI DAN TERUS ULANGI PENIPUAN ITU, LAMA KELAMAAN ORANG AKAN PERCAYA”
Selalunya tipu dan ulang menipu adalah kerja orang Anwar dan Anwar sendiri.. sekarang dah berjangkit kepada PAS pula.. ish3.
Very good article Bro….
no wonder some people call them bahlul PAS, not ahlul PAS
artikel yg bagus krn diselangi dgn fakta2 yg releven
askum.. dulu pak syeikh pergi kat laut… knp dulu pak syeikh mati2 sokong kelatan dapat royalti…siap gi dgn kapal lagi.. cerciter skit… knp pak syeikh x macam dulu ek… sokong perjuangan umno… x betul..umno kalau jadi pembangkang baru tahu kalau org buat kat dia macam dia buat kat negeri kelate kita…
Sheih said: Saya pergi ke Laut menyokong hak rakyat Kelantan mendapat keadilan dan diiktiraf sama seperti negeri lain dalam hal tuntutan bayaran tunai. Pada 2009, YAB Perdana Menteri telah menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan. Baca posting saya menyambut penyerahan itu. Saya membuat kajian dan menyediankan kertas exco dalam urusan tuntutan bayaran tunai. Saya tahu apa yang dituntut dan apa yang menjadi mainan politik. Saya bukan pencacai politik, seperti mereka yang kononnya mendakwa memperjuangkan hak rakyat Kelantan. Apabila kita melihat kebenaran, kita tahu siapa munafik sebenar-benarnya.
Merujuk jawapan lisan kepada soalan yang diajukan oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang yang berusia 34 tahun ketika itu, Abdul Razak yang menyelia pewartaan Akta Petroleum 1974, berkata royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir.
Jawapan yang diberikan pada 12 November 1975 itu berbunyi:
“Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya,”.
Sheih Said: terjemahan saudara adalah salah. Rujuk perjanjian dan hansard sebenar. Kalimah yang digunakan ialah onshore dan offshore. Dalam perjanjian Bahasa Melayu, kalimah yang digunakan ialah dipantai dan di luar pantai. Onshore ialah di pantai yang bermaksud daratan jika dibaca dengan akta 144 PDA 1974 dan Offshore ialah luar pantai yang bermaksud lautan bila dibaca bersama akta 144 PDA 1974. Ini semua perlu dibaca bersama pula dengan Akta Kanun Tanah Negara yang jelas menggariskan hak negeri dan perairan negeri. Selepas itu setiap kontrak itu perlu mematuhi akta kontrak yang mana jelas menyatakan bahawa setiap kontrak hendaklah boleh dilaksanakan secara undang-undang. Jadi mana-mana perjanjian yang bercanggah dengan undang-undang tidak boleh diterima. Jadi kita fikir Tg Razaleigh dan Tun Salleh Abbas yang merangka akta ini dan perjanjian ini buta undang-undang?
HABIS TU UMNO KO DOK KOREK MINYOK LO NI…. ORDINAN DARURAT DAH TERBATAL DAH… 3 BATU NAUTIKAL DAH TAK LEH PAKA DOH… TAK PAYAH KECEK BELIT2 SGT
Sheih said: Kawasan laut milik negeri merujuk kepada Kanun Tanah Negara. Peruntukan laut wilayah yang terdapat dalam Ordinan Darurat telah diganti dengan Akta Laut Wilayah 750. Jadi alasan Ordinan Darurat sudah dimansuhkan tidak timbul sama sekali. Urusan perlombongan serta di laut dalam pula berkait dengan Akta Pelantar Benua. Aktiviti ekonomi di lautan antarabangsa pula di bawah Akta Zon Ekonomi Eksklusif. Jadi harapnya saudara tidak lah begitu cetek di dalam berhujah. Kemudiannya saudara harus sedar bahawa laut Wilayah Malaysia hanyalah 12 batu nautika. Selebihnya ialah lautan antarabangsa. Kelantan bukan sebuah negara. Ia hanya sebuah wilayah di dalam Malaysia. Takkan hak lautan Kelantan lebih dari Laut Wilayah Malaysia. Hasi galian petroleum laut dalam Petronas hampir kesemuanya di lautan antarabangsa. Tetapi UNCLOS atau United Nation Law Conference for the Law of the Seas memberi hak ekonomi di lautan antarabangsa tidak melebihi 200 km kepada Negara. Jadi sebab itu Malaysia ada hak untuk perikanan, perlombongan dan lain-lain aktiviti ekonomi di kawasan luar wilayah Malaysia sehingga ke hujung hak EEZ. Harap saudara faham dan muhasabah diri.