Pada hari Khamis, 18 Oktober 2012, admin Facebook Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah memuat naik jawapan YB Menteri Di Kementerian Luar Negeri kepada soalan Ahli Parlimen Gua Musang itu berhubung dakwaan penyerahan dua blok carigali petrolieum kepada Brunei. Sebelum ini, YB Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Naib Presiden PAS telah melemparkan pelbagai tuduhan mengenai kononya blok-blok tersebut telah diserahkan kepada Brunei oleh Kerajaan Malaysia. Siri dakwaan dan kecaman Husam boleh dilihat di dalam weblognya sendiri iaitu seperti link-link di bawah. i) Medan Minyak Tergadai: Ya atau Nafi. ii) Dua Medan Minyak: Surat Terbuka Untuk Najib. iii) Menteri Mempelam Serahkan Sabah dan Limbang. iv) Penyerahan Sempadan: Cadangan Saman Awam Rakyat Malaysia. v) Tenggiri Kita Berenang Ke Brunei. Dengan…