Kelantan Mahu Batalkan Perjanjian Dengan Petronas – Peguam
Seorang peguam hak asasi manusia dilaporkan oleh lidah rasmi PAS sebagai menyarankan Kerajaan PAS Kelantan memohon mahkamah membatalkan Perjanjian Suratcara yang dimeterai antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975. Kenyataan itu dibuat menjelang perbicaraan kes saman Kerajaan PAS Kelantan terhadap Petronas dan Kerajaan Malaysia berhubung tuntutan bayaran kewangan hasil eksploitasi petroleum di luar pantai Kelantan. (Rujuk)
Apakah Beliau Faham Implikasi Daripada Tuntutannya Itu?
Beliau mungkin berpendapat bahawa dengan pembatalan perjanjian itu maka Kelantan akan dapat membuat terokaan sendiri di Laut Cina Selatan. Pendapat itu mungkin datang dari rasa percaya kepada hujah pihak tertentu yang mengatakan bahawa hak Kerajaan PAS Kelantan adalah lebih dari 3 batu nautika.
Sejauh manakah lebar kawasan pantai wilayah Kelantan sebelum ianya menyertai Persekutuan Tanah Melayu? Mengikut ketetapan yang diterima pakai di seluruh dunia, lebar perairan wilayah setiap kerajaan yang bersempadan dengan pantai ialah 3 batu nautika.
Itu sepatutnya lebar perairan Kelantan sebelum ia menyertai Persekutuan tanah Melayu.
Dari Mana Datangnya Jarak 3 Batu Nautika Itu?
3 batu nautika itu asalnya daripada peraturan tembakan meriam atau cannon shot rule yang boleh dikesan sejak abad 17 lagi. Peraturan tembakan meriam ini berasal dari Belanda dan didokumenkan oleh seorang pakar perundangannya.
Mengapa Kelebaran Perairan Wilayah Dikira Mengikut Jarak Tembakan Meriam?
Dalam pemahaman mudah, keluasan sesebuah wilayah ialah bergantung kepada sejauh mana keupayaan sesebuah kerajaan untuk mempertahankan kedaulatannya. Kalau kawasan itu diluar keupayaan kerajaan itu untuk mempertahankannya, bagaimana ia mahu mendakwa wilayah itu miliknya?
Oleh yang demikian, pada ketika itu sebelum ada satu peraturan yang dipersetujui oleh semua negara, maka keluasan wilayah sesebuah kerajaan diterima pakai berdasarkan keupayaan kerajaan mempertahankan wilayah itu. Mudah.
Maka keupayaan sesebuah kerajaan mempertahankan wilayah lautnya dari darat disukat mengikut keupayaan tembakan meriamnya. Disebabkan kebiasaan jarak tembakan meriam pada waktu itu lebih kurang 3 batu nautika maka lama kelamaan jarak 3 batu nautika mula diguna menyukat kelebaran wilayah laut sesebuah kerajaan.
Bagaimana PAS Kelantan mahu membuktikan lebar wilayah lautnya sebelum menyertai Malaysia adalah lebih dari 3 batu nautika? Berapa kuat keupayaan tentera dan angkatan laut Kelantan sebelum ia menyertai Malaysia. Apakah ia begitu kuat dan mampu mengawal wilayah yang lebih dari keupayaan lazim kerajaan-kerajaan lain waktu itu?
Sejauh manakah angkatan laut Kerajaan Kelantan menguasai Laut Cina Selatan untuk PAS Kelantan mendakwa bahawa lebar laut miliknya sebelum menyertai Persekutuan Tanah Melayu adalah lebih dari 3 batu nautika.
Mereka yang mendakwa bahawa hak Kelantan adalah lebih dari 3 batu nautika sebelum menyertai Persekutuan Tanah Melayu perlu mengemukakan bukti-bukti dan carta-carta pelayaran angkatan laut Kelantan ketika itu.
Dari Tembakan Meriam Ke UNCLOS
Pada tahun 1945, Presiden Truman membuat perisytiharan bahawa hak Amerika untuk meneroka dan mengeksploitasi pelantar benua adalah lebih dari 3 batu nautika. Pada 1953 pula, Kongress Amerika Syarikat meluluskan undang-undang berhubung kawalan pusat dan negeri terhadap pelantar benua.
Apakah Negeri Kelantan pernah membuat perisytiharan sedemian sebelum ia menyertai Persekutuan Tanah Melayu? Jika ada maka Kerajaan PAS Kelantan perlu mengemukakan maklumat tersebut supaya kita semua jelas bahawa lebar perairan Kelantan adalah lebih dari 3 batu nautika sebelum ia menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948.
Perlembagaan Persekutuan menjamin hak dan keluasan wilayah Negeri Kelantan selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 adalah sama seperti sehari sebelum penubuhan persekutuan tersebut. Di dalam erti kata lain, Kerajaan PAS Kelantan hari ini perlu membuktikan lebih dari sekadar air liur bahawa hak dan lebar keluasan pantainya sebelum menyertai Persekutuan Tanah Melayu adalah melebihi ketetapan yang diguna pakai pada ketika itu.
Pada tahun 1956, satu persidangan bermula di Geneva, Switzerland yang akhirnya melahirkan 4 ketetapan pada tahun 1958. Dengan itu lahirlah ketetapan-ketetapan yang dipanggil sebagai United Nation Convention on the Law of the Sea (UNCLOS).
Hendaklah diingatkan bahawa pada tahun 1956, Kelantan bukan lagi sebuah wilayah yang dipanggil negara kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia menandatangani dan mengiktiraf UNCLOS termasuklah ketetapan pada tahun 1994. Ketetapan UNCLOS menentukan lebar wilayah laut setiap negara sahaja. Wilayah laut bagi negeri-negeri dibawah sesebuah negara tidak tertakluk dibawah UNCLOS. Oleh yang demikian, kelebaran laut bagi setiap negeri di dalam sesebuah negara ditentukan oleh undang-undang negara itu sendiri.

UNCLOS – Hijau Tua – Negara yang menandatangani dan mengesahkan. Hijau Muda – Negara yang menandatangani sahaja. Kelabu – Tidak menandatangani.
Implikasi Pembatalan Perjanjian Dengan Petronas
Bagi membatalkan perjanjian tersebut, Kerajaan Kelantan perlu membuktikan bahawa Petronas telah tidak memungkiri perjanjian tersebut. Apakah Petronas telah memungkiri perjanjian itu?
Secara peribadi saya berpendapat, sekiranya perjanjian suratcara itu dibatalkan, ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepada eksploitasi petroleum di Laut Cina Selatan. Tanpa perjanjian itu, lebar laut Kelantan masih 3 batu nautika mengikut segala perundangan yang sedia ada.
Sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mahu berhujah dari segi Perlembagaan Persekutuan, maka mereka perlu buktikan bahawa lebar pantai mereka sebelum 1948 melampaui 60 batu nautika kerana di situlah baru bermula penemuan telaga-telaga gas dan minyak di Laut Cina Selatan.
Apakah tembakan meriam Kelantan pada sehari sebelum penubuhan Persekutuan Tanah Melayu melebihi jarak 60 batu nautika?
Husam Back To The Future
Berdasarkan pengumuman YB Dato’ Haji Husam Musa mahu membina keretapi laju yang boleh memendekan perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur kepada hanya 1 jam, kita rasa tentu tidak pelik jika Husam dalam masa terdekat akan mengumumkan pula pembinaan Mesin Pengembaraan Masa yang menjanjikan kita akan boleh mengembara ke mana-mana zaman hanya dengan sekelip mata.

Salah satu adegan dalam filem Back To The Future, apakah kita akan lihat aksi ini antara Husam dan ‘Dato’ Nazeri Deraman (NGO R)
Husam boleh berjanji misi pertama mesin itu ialah untuk mengembara ke zaman sebelum Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan untuk membina meriam yang boleh menembak lebih dari 60 batu nautika. Atau Husam boleh kembali ke zaman Cheng Ho dan memujuk Cheng Ho mencatatkan dalam buku lognya bahawa lebar pantai Kelantan melebihi 60 batu nautika.
Berjanji memang mudah. Bulan bintang dan matahari bukan halangan membuat janji.
Bolehlah NGO-NGO mesra PAS Kelantan mula mengutip derma untuk menubuhkan mesin ‘Pengembaraan Masa’.


Memang itulah impian kepimpinan PAS, mereka hanya tahu untuk mengaut keuntungan dan kesenangan. Samalah seperti royalti minyak yang dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan Terengganu semasa PAS memerintah. Bila kerajaan minta penyata kewangan dan perbelanjaan tak dapat disediakan pun. Hangus wang rm400 juta. Lepas itu baru kerajaan laksanakan sebagai wang ehsan.
for those yang duk makan duit jadi pencacai, stop dari menipu.
Nak buat highway tanpa tol pun bising (Last Semua Naik)
Nak buat keretapi laju pun bising (Last Semua Pakai)
Bukannya nk membantu.
Aku xfaham kdg kebongokan dan kebodohan seseorang yang bernama ketua.
Tapi itulah hakikat.
Kalau dah nk tolong, akan tolong jer.
Kalu dh xnak tolong & xnak bagi
Berjuta alasan dibuat.
Putaran 360 Darjah Lengkap
Shit To PolitiFag
Negeri Melaka sudahlah kecil, tidak langsung mempunyai hasil bumi, namun cuba kita bandingkan kemajuannya dgn Kelantan. Tak malu ke ?
Angkatan Laut Kelantan… heh heh….
Gila dari KB ke KL 1 jam je! Dari Ipoh ke KL naik ETS pun 2 jam! Tu takde Banjaran Titiwangsa tu! Bengong sungguh! Kih kih kih.
Gua pejam mata maaa..
Itu husam cucuk sumbu meriam..
Tommmm!!!
Peluru sampai Sabah maaa…
Kawe takut hok tu nak, hok ni nok..
Pah tok leh gapo go sekaro..
Pepatah melayu ada menyebut,
Orang Tamak Selalu Rugi,
Seperti ‘PAS’ dengan bayang-bayangnya.
PAS dalam bahasa Croatia bermaksud Anjing
http://translate.google.com/#hr/ms/pas
Sheikh,
As a Kelantanese, what legally, morally and rightly belongs to the State and to the people of Kelantan, will have my patriotic support.
‘Wang Ehsan’ terminology is coined to justify the denial of granting the royalty to the Gov’t of Kelantan. But instead, the money is managed by and at the mercy of the BN, i.e. Opposition Party in Kelantan.
Regarless of the political divides, every deed – good or bad – shall get His pleasure or wrath, respectively, in the Judgement Day.
Aren’t all of us mortals eventually going there?
Gi pejabat hidrografi pas tu mitok beli peto. ….. Kata MAL Chart…… Cari peto tunjuk alik Kelate nu pah tengok berapo banyok medan minyok dekat2 Kelatea…… Bor panda kecek buleh la nok tipu ore keda kopi. Baso jenih ore PAH hok suko kecek paka palo selain dari palo otok (palo lutut @ palo pel*r). Ado bayok ke? Kala ado berapo STOIP?
Anti kecek belawok
Sebutir MAL chart rego 60 yal lebih kure. Kala Huse kupik, kawe buleh tulong beli…… Tapi PAS keno tadoh tin MELO ka baya balik
Dr Nadzri,
Ditto for S’pore vis-a-vis M’sia.
husam husam..kecek meme pandai …..pandai tabur janji jah…. penipu besar
Berpijak di bumi nyata, bermimpi boleh, cuma jgn sampai tak kejut subuh..
husam belajar dari anwar. anwar belajar dari sivarasa. sivarasa belajar dari geng2 soros. soros ialah yahudi totok yg amat benci pada islam. husam adalah anak didik nik aziz. yahudi faham kebanyakan orang islam kelantan/malaysia (melayu) amat tinggi EQ. sebab tu bila dah kena air basuh kaki nik aziz mencarut pun jadi fatwa. sebab tu husam naik tocang buat projek merapu dan fitnah sesama umat.
HAHAHA lawak gila la Husam Jamnapari ni
mimosa gapo namo?
itulah hakikatnya wahai mimosa gapo namo!
kalu u jadi ketua, pekerja u tak sokong u, bahkan nak jatuhkan u semata2 krn politik, apakah u nak serahkan syarikat kpd pekerja u tu?
seorang yg terang2 membenci pemimpin pihak lawan, tup2 nak mintak bantuan dari pemimpin tersebut, apakah pemimpin tersebut akan bantu penentangnya tadi atau lebih jaga kebajikan anakbuah yg lain?
pernahkah pas akui kebaikan kerajaan pusat selama ni membantu memberi berbagai peruntukan? ada? pas bahkan menidakkan segalanya & berbohong kononnya kerajaan pusat menganaktirikan negeri kelantan sedangkan terlkalu banyak yg diberikan kpd rakyat secara direct melalui wang ehsan, berbagai bantuan lain yg tidak disedari oelh rakyat kelantan.
jgn krn tak diberi royalti, terus kerajaan pusat dimaki hamun mcm2! negeri2 lain tidak ada royalti tp tidak memekak mcm kelantan pun! apapun, pergi bacala dulu mengapa kelantan tak layak dpt royalti. kalu layak sekalipun, buat apa nak bagi direct kpd tok guru & pemimpin2 pas yg ajar semua penyokong2 pas utk menidakkan jasa orang lain? mengkafirkan orang Islam lain? & anggap apa saja yg BN buat jd haram?
menyampah dgn orang yg hanya nampak cerdik tp tak cerdik mana!!
Aku suka kalau husam bawa pok nik bersama guna time machine ke zaman cheng ho
Biar pok nik yang bakar sumbu meriam tu
Manalah tahu bunyi dentuman kuat meriam tu boleh membuat pok nik ‘jalan’
Bila back to the future tahun 2012, takdelah orang tua jadi MB Kelantan
Hehehehe husam boleh guna time machine untuk jadi MB Kelantan