Jika anda menghadapi masalah penglihatan dan mahu membuat temujanji dengan pakar mata, anda kemungkinan terpaksa menunggu lebih 6 bulan. Itulah dilema yang dihadapi oleh penduduk Kelantan.
Kesemua hospital di Kelantan termasuklah hospital-hospital pakar swasta tidak lagi mampu menampung kebanjiran pesakit yang mengadu masalah penglihatan.
Akibat sudah tidak tahan lagi seorang pesakit telah menulis kepada YB Menteri Kesihatan dan mengadu masalahnya. Antara kandungan suratnya yang salinannya jatuh kepada blog ini adalah seperti berikut,
“YB Menteri toksoh anak tiri rakyat Kelantan. Nak hari telefon nak buat appointment mata pun tok boleh. Semua doktor mata kat hospital sibuk sebab pesakit ramai. Semua masalah mata srupo ambo.
Ambo gi kedai spek mata tapi orang buat spek kata tak boleh ubat masalah ambo. Dia suruh tidur tidur saja siang dan malam. Ni buat ambo murih.
YB Menteri, masalah sakit mata ambo sudah sejak bulan Mac lagi. Lepas bulan Jun koho sakit. Tiga hari lepas terus sakit sengokti. Loni ambo ingat kalau tahun depan Husam Musa nok janji projek baru ke rakyat Kelantan, mata ambo buto teruh.
Mata ambo banyak problem. Bila ambo test tutup mata, semua problem hilang. Tapi bila acu ambo buka mata , semua janji projek yang Husam nak buat pulak hilang.
Ambo jumpa saing-saing set sakit mata belako, semua royak hok srupo. Bila tutup mata boleh nampok stadium baru Kelantan. Bila tutup mata boleh nampok Lebuhraya Rakyat. Sekarang tutup mata boleh nampok keretapi laju. Tapi bila buka…. semua takdok.
Lagumano YB Menteri? Hospital boleh kasi tolong ka masalah ambo?”
Sementara itu seorang Ophthalmologist yang enggan namanya disiarkan mengesahkan peningkatan masalah pengadu sakit mata di Kelantan dan mengesyorkan rawatan berbentuk terapi tidur kepada pesakitnya. Hanya menerusi tidur sahaja mereka boleh melihat stadium, lebuhraya rakyat dan keretapi laju yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
“Tidak ada cara lain… tidur sahaja penyelesaiannya kalau mereka mahu terus percaya dan lihat apa yang dijanjikan kepada mereka,” ujar Ophthalmologist itu.
“Saya juga nasihatkan mereka agar kurangkan mendengar cermah PAS dan kalau boleh elok berhenti terus dari membaca Harakah. Itu terapi paling mujarab,” tambahnya lagi.
Sementara itu seorang optometris pula ketika dihubungi mengadu bahawa masalah mata yang dihadapi oleh rakyat Kelantan adalah ditahap yang amat kritikal.
“Ada seorang pengadu datang jumpa saya dan beritahu dia gagal melihat 85 benda di dalam hidupnya,” kata optometris itu.
“Bila saya tanya dia apa 85 benda yang gagal dilihatnya, dia kata 85 benda itu adalah janji-janji PAS Kelantan sejak memerintah Kelantan sekian lama…” Ujar optometris yang memiliki rangkaian kedai cermin mata terbesar di Kelantan itu.
Illustrasi ehsan Mat Jek
“Yang saya kesal, bila saya kata tidak ada cermin mata yang dapat menolong dia melihat 85 benda itu, dia terus tuduh saya kroni UMNO dan Barisan Nasional. Mung kapir! Mung kapir! Dia kata kepada saya…. mung nak anaktirikan rakyat Kelantan! Mung sokong judi bola!!!” dakwa optometris itu sambil tersedu-sedu menahan kesedihannya.
Untuk mengetahui senarai 85 benda yang tidak dapat dilihat oleh pesakit mata itu tadi, optometris itu menyarankan anda ke pautan di sini.
Sementara itu, masalah penglihatan ini turut mula diperkatakan di ruang-ruang media sosial seperti di FaceBook ini. Sindrom itu dikenali sebagai SPNCTN iaitu Sindrom Pejam Nampak Celik Tak Nampak.

share bro…
“Yang saya kesal, bila saya kata tidak ada cermin mata yang dapat menolong dia melihat 85 benda itu, dia terus tuduh saya kroni UMNO dan Barisan Nasional. Mung kapir! Mung kapir! Dia kata kepada saya…. mung nak anaktirikan rakyat Kelantan! Mung sokong judi bola!!!” dakwa optometris itu sambil tersedu-sedu menahan kesedihannya.
hahahahahahaha..terbaik!
Molek benar Husam tukar profession jadi Optometris.Nanti bila PRU13,Husam boleh buat pengumuman untuk rakyat Kelantan supaya datang berubat dikliniknya di Angkasa Lepas untuk penyakit SPNCTN .Tapi rakyat Kelantan diwajibkan mengguna Lebuhraya Kuala Krai -Gua Musang.Lepastu naik keretapi laju ,terminal di Gua Musang untuk sampai di Kuala Lumpur pada sebelah petang.Perjalanan ke Husam Space Station hanya pada tepat tengah malam apabila semua musang musang dari Gua Musang belaan Husam bertukar warna hijau dan menjadi badut. Mana mana pesakit mata yang belum membuat tempahant tiket, mereka di kehendaki menggali satu telaga besar berukuran sebesar negeri Perlis untuk menyelesaikan masalah air Negeri Kelantan.–satu lagi projek baru untuk rakyat Kelantan -satu lagi janji pilihanraya parti PAS.
celako celako celako – pok nik syurga
Orang PAS Kelantan sakit mata… orang PKR pulak sakit teliga (ke sakit mental?) mcm Khadiaq tu….
kiasan terbaiikk ..bro kickdelfela
Mat Jek
mu bedaah. Semua tu kemesek bagi Husam. Semua keuntungan jualan emas dinar tu banyak woi. Lebuh raya rakyat tu dibuat hasil derma rakyat, apa susah. Untung jualan emas dinar beribu juta tu nak tohok mmano kalu tak leh tulong dalam pilihanraya 13. Mu pikir molek nak tudoh Huse ngarut. Aku tahu Huse banyok duit. Semuo ore PAS tahu Huse banyok duit. Mung mano tahu.
Hahaha..gila mu ni sheih. .terbaek la
A very interesting yet good sarcasm Syed Azidi. Keep on posting such a nice story like this. I believe it will be much interesting if such story/news can be made into short movie since you are a good director. Keep on posting Sheih!
Kiasan dan sindiran terbaik yang aku rasa boleh mencabar minda in-telek2 husam musa rasa nak buat cermin mata boleh mengeluarkan imej hologram(built-in dalam cermin mata) stadium, lebih raya rakyat, bullet train & stesen angkasa lepas.
Kepada pesakit mata yang tidak dapat melihat 4 benda itu, boleh tempah- beli menerusi ejen2 husam musa cermin mata boleh mengeluarkan imej hologram 3D 4 benda itu sekarang.
Kalau nak tengok ‘stadium’, pakai cermin mata hologram 3D itu dan pandang pada mana2 kawasan lapang, tekan ‘S’ pada alat remote yang dibekalkan lalu akan keluarlah gambaran stadium besar tersergam besar & gah di depan anda. Begitu juga jika anda mahu melihat ‘lebuh raya rakyat’ atau ‘bullet’ train, tekanlah butang ‘LRR’ atau ‘BT’.
Kalau nak tengok stesen angkasa lepas, pakai cermin mata hologram 3D itu dan pandang ke atas langit. Tekan butang zoom pada alat remote yang dibekalkan sehingga anda dapat melihat stesen angkasa lepas mempunyai nama ‘Husam & NASA international space station. Jika anda sedang menekan butang zoom itu lalu terpampang keluar muka ostad Nasa, ini bermakna cermin mata hologram 3D anda itu rosak perlu dihantar kepada ejen untuk diperbaiki diperbaiki warranty/jaminan yang diberikan selama setahun yang diberikan.
Joned
terbaekkk pak sheikh. lately ni aku perasan posting mu semakin best dibaca. ada unsur2 lawak tp penuh dgn sindiran yg tepat kena kat husam. he he. dulu kdg2 aku nok baco pun malas sbb terlalu serious sgt pun kade2 x semua oghe bulih pehe, especially hok x brp terer mcm aku nih.
haha, kelakar. boleh masuk maharaja lawak
anwarinas.. tak leh gi lamo nih ore gini.. sepandai-pandai tupai melompat.. tggu kejatuhan Husam PRU depey.. heheh
Setelah Sultan Kelantan lancarkan projek-projek jambatan palekbang, terminal darat kuala krai, bandar baru pengkalan kubor dan lain2 semasa peringkat pertama pemerintahan Nik aziz 20 tahun dulu. saya dan kebanyakan orang kelantan lain merasai kerajaan Pas mampu menggantikan BN dalam hal pembangunan dan yakin pengundi kelantan telah buat pilihan yang betul. setelah semua gagal, saya (mungkin juga orang lain) mula hilang keyakinan terhadap kerajaan. Setelah merasai rakyat mula kecewa, Pas ubah taktik dengan mempelawa pemodal bangsa cina membangun tanah untuk nampak membangun dengan memberikan mereka kawasan balak dan tanah. ekoran itu wujudnya ladang-ladang di Lojing, bandar baru Lembah sireh, bandar2 satelit di kota bharu dan lain-lain jajahan yang tidak berapa disenangi oleh sebahagian besar orang melayu kelantan kerana terlampau banyak tanah diserahkan kpd orang cina. orang melayu kelantan makin gelisah dan merasai tertinggal dalam arus pembangunan. menyededari itu, sekali lagi Pas ubah taktik dengan melancarkan projek yang namanya lebih mesra rakyat. maka terlancarlah projek Lebuhraya rakyat yang dananya dikatakan dari derma rakyat. sekali lagi ianya dipecahtanahkan oleh Nik aziz namun sehingga kini senyap sahaja. Jadi saya tidak terkejut bila sdr Shiekh membuat artikel seperti ini bahkan mungkin pas akan mencipta projek buraq ke planet pluto pula sekiranya terdesak.
Kalau dalam bahasa inggeris (maksud : Sindrom Pejam Nampak Celik Tak Nampak) apa syed..
kawan nk buat ilustrasi ni…BI SPM cukup2 maka je syed..
Sheih said: Now you see Now you don’t… kot….
kemah2..x tehe nok suko
you have to see through their (pas members’) eyes la Sheikh!! hanya oghe2 pas shj yg napok semuo tuh!! he he
nak buat projek kambing tak perlukan husam pak mat budu kampung pun lebih pandai. nak lukis lebuh raya rakyat pada billboard syarikat iklan lebih pandai. husam ni pandai buat cerita sahaja.