Update 3.07pm-
Teringat saya ketika duduk di Pejabat Am di Pejabat seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2009. Saya terjumpa sebuah buku yang menulis tentang isteri-isteri Rasulullah S.A.W dan saya merasa malu bila membelek buku itu yang menceritakan perihal dalam selimut yang kononnya menjadi amalan Baginda dengan isteri-isterinya. Bahkan ada menceritakan bagaimana Rasulullah kononnya mengadakan hubungan seks dengan kesemua isterinya dengan hanya satu kali mandi wajib. Iaitu selepas seorang isteri, Rasulullah memasuki pula khemah isteri yang lain dan begitulah seterusnya. Buku ini dikarang oleh seorang yang mengaku Islam dan dibaca oleh mereka yang memperjuangkan Islam. Saya rasa kesal dan terkilan dengan penerbitan buku itu. Bagaimanapun itu hanya pandangan peribadi saya sebab ramai orang kita kata kita tidak boleh membenci atau malu dengan sunnah Rasulullah. Saya sayangkan Rasulullah S.A.W dan kesal ini berlaku. Sefaham saya Islam mengajar kita membuat penilaian menggunakan akal dan bukan hawa nafsu. Itulah yang membezakan kita dengan haiwan.
Original posting
Saya sentiasa merasakan kita sebagai umat Islam begitu cepat melatah apabila kita merasakan ada pihak mempersendakan agama kita. Peliknya kita boleh pula ketawa bila ustaz dan lebai kita mempersendakan agama dan ajaran lain di dalam program-program keagamaan kita?
Setelah menonton filem bertajuk ‘Innocence of Muslims’ arahan seorang yang dikatakan bernama Sam Bacile, sekali lagi saya bertanya soalan yang sama. Bahkan lebih banyak persoalan yang saya terus bertanya sebagai seorang muslim di dalam sebuah masyarakat Islam.
Berapa ramaikah diantara kita yang sebenarnya telah menonton filem itu dari awal hingga akhir? Saya yakin jika anda ada setitik sahaja ilmu di dalam bidang perfileman, sudah cukup untuk anda berkata bahawa filem tersebut sebenanrya tidak layak dibicarakan. Ia sungguh amatur dengan pengarahan yang amat lemah. Penceritaan yang begitu hambar. Filem itu sebenarnya tidak akan ke mana pun. Tetapi terima kasih kepada kita umat Islam yang begitu cepat melenting, akhirnya filem itu menjadi terkenal di seluruh dunia.
Menurut sumber media di Amerika Syarikat, pengarah filem itu mengaku kononnya dia menggunakan dana sebanyak USD5 juta untuk pembikinan filem tersebut. Walaupun saya tidak pernah membikin filem di US, tetapi saya amat yakin walaupun di US, kos pembikinannya tidak mungkin mencecah USD5 juta. Para pelakon filem tersebut juga mengaku mereka ditipu kerana tajuk asal filem itu ialah ‘Desert Warrior’ dan premis asalnya tidak berkisar terhadap Islam. Bahkan tiada watak bernama Muhammad serta tiada satu ungkapan dialog pun yang menyebut perkataan Muhammad. Sebaliknya di dalam lakon layar asal filem tersebut, watak utamanya bernama George. Bagaimanapun nama George telah digantikan dengan Muhammad di dalam proses pasca produksi tanpa pengetahuan para pelakonnya.
Perenggan di atas sudah cukup menjelaskan siapa Sam Bacile yang kini dikatakan sudah menyembunyikan diri. Filem tersebut pernah ditayangkan pada umum dan hanya ditonton oleh 10 orang penonton sahaja. Ketika itu tajuk filem tersebut ialah kepada ‘Innocence of Bin Laden’.
Akhirnya terima kasih kepada kita umat Islam sekalian, filem tersebut tiba-tiba meletup menjadi blockbuster musim luruh.
Kita perlu bertindak waras di dalam soal sebegini. Islam mengajar kewarasan dan diplomasi. Ia terpancar pada setiap sifat-sifat Allah S.W.T. Apa yang kita patut buat ialah meminta YouTube supaya menarik balik filem tersebut dari disiarkan oleh YouTube. Jika YouTube boleh bertindak pantas di dalam kes video Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tidak mustahil YouTube tidak boleh berbuat yang sama di dalam kes filem sebegini.
Tidaklah perlu kita memijak, membakar dan menunjukkan punggung kepada bendera Amerika Syarikat dan Israel. Islam tidak akan berkembang dan dihormati dengan penampilan emosi tidak terkawal oleh kita. Hanya nilai-nilai positif yang akan membuat Islam dan penganutnya di terima dengan penuh kesyukuran.
Walau kita gagal belajar dari insiden-insiden serupa sebelum ini, tetapi saya berdoa agar insiden kali ini akan mengajar kita untuk tidak lagi memperkecilkan dan membuat lawak jenaka terhadap agama dan ajaran orang lain. Seterusnya insiden kali ini akan tidak menenggelamkan Islam dari nilai-nilai murni yang menjadi aturan aturan cara hidup Islam sebenar.
Semoga Islam terus dihormati dan bukan ditakuti.


Aku ingat Tok Khatib yang baca khutbah jumaat diKedah yang katanya Rasulullah berpesan kepada umat Islam bahawa akan muncul pemimpin Islam baru yang lebih warak dan berani di Malaysia dan akan mempertahankan agama Islam ialah Anwar Ibrahim Al Juburi. Khatib macamni lah yang patut dibakar rumahnya dan di cincang hidup hidup kerana mempersendakan Baginda Rasulullah. Kalau diluar Malaysia,khatib ni bakal mengundang nahas yang tak terpikir oleh kita. Inilah Lebai PAS yang Tuan maksudkan.
Blog ini boleh tengok wajah Pak Khatib yang sesat(.http://kutukandewata.blogspot.com/2012/09/khatib-sesat-yang-sama-waktu-dengan.html)
Sheikh,
Rasulullah saw adalah manusia agung dan dia merupakan faktor dan rahmat kewujudan alam ini.
Maka segala penghinaan ke atas Baginda saw perlu ditentang dan dihalang. Melainkan bagi orang-orang yang tidak beriman, mereka tiada sensetiviti walau se-iota pun.
Sheih Said: Penentangan, hinaan dan cacian ke atas Junjungan Kita telah berlaku sejak beliau masih hidup lagi dan baru diangkat sebagai Nabi. Ada baiknya kita ambik iktibar terhadap kejadian-kejadian di zaman itu dan melihat bagaimana rasulullah berhadapan dengannya serta apa pula nasihat Rasululllah kepada pengikutnya bila berhadapan dengan penentangan, hinaan dan cacian ke atas Baginda. Terima kasih.
Sudah tentu marah dan kasih kerana Allah adalah kebajikan yang besar di islam. Sudah tentu menghormati dan membesarkan syiar Islam sebahagian daripada taqwa kita kepada Allah. Sudah tentu kita lebih marah apabila Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dipersendakan lebih daripada persendaan terhadap ibu-bapa kita bahkan diri kita sendiri.
Begitupun tentang riwayat hadith tentang ‘khususiah’ Rasulullah sollallahu alaihi wasallam, termasuklah tentang keupayaan baginda yang dikatakan menyamai 40 lelaki, atau baginda mendatangi kesemua isteri baginda kemudian baginda mandi sekali mandi itu perlu dilihat paling kurang melalui 3 neraca:(1)- kesahihan sanad riwayat tersebut (2)-permasalahan pada teks (matan) hadith tersebut (3)-penjelasan ulama tentang maksud dan kepentingan hadith tersebut.
Selera atau kefahaman kita secara pribadi tidak melayakkan kita untuk menghukum sesebuah riwayat yang dikaitkan dengan baginda; apa lagi untuk merasa ianya sebagai sebuah lapuran yang jijik, kelas x-rated. (dalam istilah Saudara, perkara dalam kelambu).
Guru saya pernah mengatakan riwayat seumpama ini sekiranya sahih menunjukkan kelebihan Rasulullah Sollallahu ‘alahi wasallam, Baginda mengawal keupayaan yang sedemikian tinggi, tidak macam kita yang tidak berupaya mengawal diri walaupun upaya kita hanya lebih sedikit atau average sahaja.
Tentang cerita dalam kelambu, sudah tentu tidak ada riwayat tentang Rasulullah tentang itu kerana jelas baginda sendiri melarang ummah baginda daripada bercerita perihal kisah dalam kelambu kepada satu sama lain, seumpma perbuatan syaitan jantan dan betina.
Begitupun ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah tentang perbuatan mendatangi isteri dari posisi belakang, Bukan jawabannya datang daripada Rasulullah bahkan jawabannya datang dari Allah sendiri sebagaimana di dalam al-Quran; yang mengibaratkan ‘isteri umpama ladang, datanglah dia sebagaimana yang disukai’. Asalkan pada tempatnya. Apakah itu dikira saudara sebagai sesuatu yang tidak wajar?, Begitu juga tentang hukum mendatangi isteri ketika haidh- . Kita melihat persoalan seumpama ini mempamirkan kelengkapan dan kesempurnaan Islam itu sendiri.
Marilah kita zahirkan kasih sayang kita kepada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dengan memperbanyakkan selawat ke atas baginda, mempelajari dan usaha mengamalkan sunnah baginda, berdoa agar hidup, mati dan dibangkitkan kita kelak sebagai pencinta baginda.
Kita marah kepada orang yang menghina dan memandang jijik kepada baginda mengikut sunnah dan kaedah yang diajar oleh baginda, kita tidak sepatutnya melepaskan geram marah kita , walaupun atas nama membela baginda dengan mengikut nafsu ammarah kita. Marilah kita menggunakan kesempatan ini untuk menambahkan kecintaan kita kepada baginda dan mendakwah manusia banyak kepada Jalan baginda
SALAM TUAN,
ULAMAK DALAM PAS TAK NAK KE BENDUNG PERLAKUAN MACAM NI????
marilah kita ramai2 mendoakan selepas sembahyang untuk tuhan turunkan bala ke atas mereka yang mencerca rasulullah samada di USA, perancis, jerman, belanda malah di negara ini seperti ketua DAP perak dan sahabat2nya dalam pkr dan Pas. marilah kita tolak pakatan mereka dalam pilihan raya akan datang pakatan yang membawa bencana kpd umat islam.