
Pihak berkuasa perlu siasat siapa disebalik risalah ini dan bukan mereka yang mengibarkan ‘Sang Saka Malaya’.
Pada 20 Ogos 2008 Bekas Perdana Menteri Malaysia mendakwa tindakan saya menerbalikan bendera Malaysia mengikut simbol yang diterima pakai secara global sebagai lambang negara dalam kesusahan adalah tidak senonoh serta biadap dan meminta pihak polis menyiasat saya. Abdullah Badawi membuat gesaan itu ketika memakai baju pengakap di Melaka.
Saya menjalankan kempen ‘Nation in Distress’ sebagai protes kepada kemelut politik negara yang menyaksikan ahli-ahli politik leka dengan sandiwara politik sejak 8 Mac 2008 sehingga membiarkan keputusan-keputusan yang tidak menyebelahi rakyat dilaksanakan.
Kemuncaknya kemelut politik Malaysia ketika itu ialah pilihanraya kecil Permatang Pauh yang terpaksa di adakan semata-mata membolehkan Anwar Ibrahim ke Dewan Rakyat dan mengukuhkan perang saraf 16 September Pembangkang. Protes saya kepada semua ahli-ahli politik yang dipilih rakyat untuk membela mereka.
Pada 22 Ogos 2008, Timbalan Menteri Dato’ Saifuddin Abdullah membuat kenyataan bahawa tindakan saya menerbalikan bendera Malaysia sebagai lambang negara di dalam kesusahan bukan tanda tidak menghormati Jalur Gemilang berdasarkan perundangan yang sedia ada. Saifuddin menggesa ahli-ahli Dewan Rakyat menggubal undang-undang baru berhubung tindakan yang boleh dan tidak boleh diambil terhadap Jalur Gemilang.
Selebihnya adalah sejarah. Saya menghabiskan 3 malam yang indah di dalam lokap dan amat gembira dengan pengalaman itu.
Hari ini, kekecohan baru wujud bila beberapa individu mengibarkan ‘Sang Saka Malaya’ pada malam ulangtahun Merdeka baru-baru ini. Sekali lagi ribuan suara mengeji cepat muncul dan tunding-menunding jari mula berlaku. Rata-rata dari reaksi awal hampir semua yang membuat komen itu tidak sedar pun sebahagian besar sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara.
Saya berterima kasih kepada pemilik blog Singa Selatan di http://singaselatan.blogspot.com kerana hari ini saya pelajari beberapa ilmu yang tidak saya pelajari selama ini. Saya pelajari ada ramai lagi individu yang tidak bersikap baling batu sembunyi tangan.
Saya meminta semua pihak menolak emosi ke tepi dan tidak bertindak membabi buta menyiram petrol ke atas api. Pihak polis seperti biasa menyiasat kes ini di bawah seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 sama seperti siasatan yang dibuat ke atas saya dahulu.
Penggunaan akta ini membuktikan bahawa gesaan Dato’ Saifuddin Abdullah pada 22 Ogos 2008 yang lalu yang meminta supaya digubal undang-undang berhubung Jalur Gemilang dan penggunaannya tidak dihiraukan oleh mana-mana pihak pun.
Penggubalan undang-undang ini penting bukan sahaja untuk mengkelasifikasikan tindakan biadap atau tidak senonoh terhadap Jalur Gemilang tetapi juga meletak standard supaya Jalur Gemilang tidak boleh dilacurkan sewenang-wenangnya.
Tindakan melacurkan Bendera Kebangsaan tidak dibenarkan di kebanyakan negara. Antara tindakan melacurkan berdera itu termasuklah menggunakan Bendera Kebangsaan atau sebahagian Bendera Kebangsaan sebagai logo.

Apakah wujud undang-undang melarang mempamerkan bendera selain Jalur Gemilang?
Selain dari itu, tindakan mengubahsuaikan Bendera Kebangsaan sesuka hati juga tidak boleh dibenarkan.
Bendera Kebangsaan adalah milik kesemua warganegara sesebuah negara dan sepatutnya tidak boleh digunakan sebagai sebahagian elemen-elemen, logo atau petanda yang membabitkan badan, pertubuhan atau syarikat korporat yang tidak mewakili atau milik negara, apatah lagi badan-badan ini juga berperanan memecah belahkan masyarakat.
Bila bercakap soal Jalur Gemilang, masyarakat seharusnya bersuara dengan lebih bijak bukan dengan niat untuk memaki hamun dengan penuh emosi sahaja.
Jika ahli-ahli Parlimen kita benar-benar ikhlas di dalam mempertahankan Jalur Gemilang, maka buktikan dengan menggubal atau meminda undang-undang sedia ada supaya ianya lebih jelas. Bukan sekadar terpekik terlolong mengikut musim.
Pertahankan Jalur Gemilang dengan ikhlas dan bijaksana. Bukan dengan niat politik semata-mata.
Ketika Abdullah mendakwa saya biadap, saya pertahankan hak Abdullah membuat kenyataan begitu tetapi saya juga meminta Abdullah membuka buku garis panduan pengakap kerana ketika itu dia sedang pakai baju pengakap. Ada baiknya selepas ini kita sama-sama membuka minda kita seluas-luasnya sebelum membuka mulut kita.
USA – Flag Laws And Regulations
175. Position and manner of display
(b) The flag should not be draped over the hood, top, sides, or back of a vehicle or of a railroad train or a boat. When the flag is displayed on a motorcar, the staff shall be fixed firmly to the chassis or clamped to the right fender.
176. Respect for the Flag
No disrespect should be shown to the flag of the United States of America; the flag should not be dipped to any person or thing. Regimental colors, State flags, and organization or institutional flags are to be dipped as a mark of honor.
(a) The flag should never be displayed with the union down, except as a signal of dire distress in instances of extreme danger to life or property.
(b) The flag should never touch anything beneath it, such as the ground, the floor, water, or merchandise.
(c) The flag should never be carried flat or horizontally, but always aloft and free.
(d) The flag should never be used as wearing apparel, bedding, or drapery. It should never be festooned, drawn back, nor up, in folds, but always allowed to fall free. Bunting of blue, white, and red, always arranged with the blue above, the white in the middle, and the red below, should be used for covering a speaker’s desk, draping the front of the platform, and for decoration in general.
(e) The flag should never be fastened, displayed, used, or stored in such a manner as to permit it to be easily torn, soiled, or damaged in any way.
(f) The flag should never be used as a covering for a ceiling.
(g) The flag should never have placed upon it, nor on any part of it, nor attached to it any mark, insignia, letter, word, figure, design, picture, or drawing of any nature.
(h) The flag should never be used as a receptacle for receiving, holding, carrying, or delivering anything.
(i) The flag should never be used for advertising purposes in any manner whatsoever. It should not be embroidered on such articles as cushions or handkerchiefs and the like, printed or otherwise impressed on paper napkins or boxes or anything that is designed for temporary use and discard. Advertising signs should not be fastened to a staff or halyard from which the flag is flown.
j) No part of the flag should ever be used as a costume or athletic uniform. However, a flag patch may be affixed to the uniform of military personnel, firemen, policemen, and members of patriotic organizations. The flag represents a living country and is itself considered a living thing. Therefore, the lapel flag pin being a replica, should be worn on the left lapel near the heart.
(k) The flag, when it is in such condition that it is no longer a fitting emblem for display, should be destroyed in a dignified way, preferably by burning.
sheikh percaya ke apa bloe singa selatan tu cakap? camne plak najwan alimi ni bleh cakap dia yang reka bendera ni? sila rujuk http://www.najwanhalimi.com/2009/08/sang-saka-malaya.html hehe, rasanya singa selatan ni cuba berdolak dalik or melindungi sesetengah pihak?
Sheih said: Bagi saya tidak perlu timbul soal percaya atau tidak. Saya menekan kepada gesaan Dato’ Saifuddin Abdullah sejak 2008 yang sehingga hari ini tidak ke mana lagi. Jika kita benar-benar prihatin mempertahankan Jalur Gemilang maka kita tidak boleh bersikap bermusim sahaja.
Hishammudin Rais atau blogger Tukar tiub dalang dan penghasut utama dalam kes tukar bendera ni sila lawati http://tukartiub.blogspot.com/?zx=f508b4edbd1293f7
Bro Kickdeass oops kickdefella… u are also guilty of sowing the seed of disrespect to the Jalur Gemilang when you campaigned when sleepy head was PM, that the JG be flown upside down..So other that the homo Hishamuddin Rais the ugly smelly guy you are also one of the people who sow the seed of disrespect to my beloved flag!!!
siapakah pencetus idea kepada budak budak tu mencipta dan mngibarkan bendera tu. bendera tu seakan-akan bendera singapore. ingatkah lagi sebaik saja pembangkang menang besar PRU12 tahun 2008 LeeKuan Yew melawat kelantan dan mendapat sambutan mesra nik aziz.
This flag is even the worst http://yasirtamizi.blogspot.com/2012/08/bendera-malaysia-yang-sebenar.html
salam sheih
walau pun kita masih tiada undang-undang tentang bendera kita ,orang yang bijak dan budiman tak akan buat seperti telah mereka lakukan.
macam mana dgn logo 1malaysia yg guna element jalur gemilang… dan diguna di barang kegunaan seharian????
Sang Saka Malaya was history than. Give respect to Jalur Gemilang.