Seksyen 114A Akta Keterangan adalah satu ancaman kepada semua warga siber serta rakyat Malaysia dan ia bertentangan dengan hak setiap individu untuk di anggap tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahan.
Sebaliknya seksyen 114A Akta Keterangan ini lebih bersifat prejudis dengan meletakkan beban pembuktian kepada orang yang kena tuduh dan bukan kepada penuduh iaitu pihak berkuasa.
Pindaan tersebut adalah seperti berikut,
114A. (1) A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.
(2) A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.
(3) Any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved.
(4) For the purpose of this section—
- (a) “network service” and “network service provider” have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and
- (b) “publication” means a statement or a representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical, acoustic or other form displayed on the screen of a computer.”.
Seharusnya beban pembuktian perlu diletak kepada si penuduh atau di dalam kes ini ialah pihak berkuasa. Seseorang tidak boleh didakwa dan dipaksa oleh undang-undang untuk membuktikan sebaliknya semata-mata kerana tuduhan dibuat terhadap andaian-andaian seperti di atas.
Ini boleh memberi ruang kepada penyalahgunaan kuasa dan pengainayaan terhadap rakyat.
Undang-undang tidak sepatutnya dibuat dan diluluskan semata-mata untuk memberi jalan pintas dan memudahkan pihak berkuasa. Undang-undang perlu adil dan turut mempertahankan hak setiap rakyat.
Seksyen 114A Akta Keterangan ini menggambarkan kemandulan pihak penggubal undang-undang negara dan mengambil jalan mudah menutup kelemahan pihak berkuasa. Seksyen 114A Akta Keterangan ini adalah zalim kepada rakyat kerana ia membolehkan rakyat di tahan, dilokap, didakwa dan seterusnya rakyat kerugian masa dan wang ringgit kerana terpaksa untuk mempertahankan dirinya semata-mata kerana Negara Malaysia menggunakan ‘andaian’ sebagai bukti untuk bertindak terhadap rakyatnya.
Ini bukan hadiah Hari Merdeka yang rakyat mahukan.
Sheikh,
Klausa yang men-taichi-kan supaya pembuktian tidak bersalah dibebankan ke atas tertuduh dipangging ‘deeming provision’. Ianya boleh dianggap ‘sure catch’ bagi pihak pendakwa di mana beban pembuktian tidak bersalah beralih ke pihak tertuduh.
Dalam nafas yang sama, amalan di negara kita lebih pada ‘guilty until proven innocent’n sedangkan di Barat ianya lebih pada ‘innocent until proven guilty’.
Apakah tertuduh yang melanggar seksyen 14A akta keterangan akan disumbat masuk ke dalam lokap sehingga terpaksa ditahan reman atau polis hanya memanggil tertuduh supaya datang ke balai untuk memberi keterangan bagi tujuan merekod keterangan(atas kertas) si tertuduh sahaja?
Walaupun dianggap ‘guilty until proven innocent’, apa yang penting tidak harus ada sebarang bentuk ‘penahanan’ terhadap si tertuduh dari polis. Berani kerana benar takut kerana salah, jika si tertuduh benar mana mungkin si tertuduh tidak dapat mencerahkan pembuktian semasa proses prosiding/perbicaraan di mahkamah. Kesalahan2 dilakukan dalam pelanggaran seksyen 14A akta keterangan adalah pelbagai, beban pembuktian itu baik dari si tertuduh atau pihak pendakwa merupakan perkara subjektif serta merumitkan ada kalanya sehingga bertahun lama untuk diselesaikan sesuatu kes itu. Hakim akan mengarahkan penyelesaian dibuat diluar mahkamah antara si tertuduh(responden) dengan pihak pendakwa(plaintiff).
DS Najib telah bertindak awal, tapi yang amat mendukacitakan dipihak pembangkang terutama PKR dalam seminggu terakhir ini memukul canang seolah olah merekalah yang membangkitkan soal ini, walhal isu ini pada awalnya di cetuskan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).
————————————————————————————————————
PM arah Kabinet kaji Seksyen 114A Akta Keterangan
KUALA LUMPUR 14 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi membuktikan bahawa pentadbirannya mengutamakan pendapat orang ramai apabila hari ini mengarahkan kabinet untuk membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang menjadi isu besar dalam alam maya.
Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang telah digazetkan pada Julai lepas.
“Saya telah meminta kabinet untuk membicangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950. Apa saja yang kita lakukan, kita mesti mendahulukan kepentingan rakyat,” kata Najib ringkas dalam ruang Twitternya hari ini.
Najib ketika ini berada di Makkah untuk Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung hari ini dan esok.
Respon Perdana Menteri yang juga pengguna aktif laman sosial facebook, blog dan Twitter itu merupakan satu tindakan yang cepat daripada seorang pemimpin negara apabila sejak beberapa hari ini, akta itu mula mendapat tentangan pengguna internet.
Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk “Stop 114A” itu telah dimuat turun oleh pelbagai pengguna internet negara ini.
Akta 114A dikatakan bersifat berat sebelah kerana undang-undang boleh mendakwa mereka yang menyiar dan menyalin semula atau memaparkan kandungan seperti hasutan dan fitnah walaupun bukan mereka yang menghasilkan bahan itu. – BERNAMA
Memperbodoh & mahu membunuh diri sekiranya pihak yang mendapat/menyalin/memuat-turun sesuatu maklumat(seperti artikel) mengandungi hasutan dan fitnah yang disangka pada mulanya adalah kebenaran tidak membuat print screen web/blog yang memaparkan artikel mengandungi hasutan dan fitnah tersebut untuk dijadikan sebagai bukti menafikan artikel hasutan dan fitnah tersebut bukan pihak berkenaan yang buat & sebarkan. Dalam erti kata lain sumber pemberian maklumat mengandungi hasutan dan fitnah itu harus pihak berkenaan pastikan dirinya & juga pihak yang memberikan/memaparkan sumber maklumat mengandungi hasutan dan fitnah itu memikul tanggung-jawab bersama jika diarah oleh mahkamah untuk mempertahankan diri selepas ada pihak lain memfailkan saman fitnah.
Sambungan dari komen aku terdahulu…..
Dalam komen aku terdahulu boleh kita rujuk kepada kes Raja Petra didakwa memfitnah seorang pegawai tentera berpangkat tinggi berhubung pembunuhan Altantuya. Walau sehebat & secerdik mana Raja Petra yang fasih berbahasa Inggeris dalam blognya, beliau tetap boleh menjadi seorang yang bodoh apabila dendam kesumat/kebencian(rasional atau tidak rasional) menguasai diri dari dikuasai akal yang waras tahu untuk berhati-hati.
Beliau begitu percaya pada 3 orang berkenaan yang berjanji akan mengemukakan bukti konon2 adanya penglibatan DS Rosmah dalam pembunuhan Altantuya dimana akhirnya janji itu tidak ditepati oleh 3 orang berkenaan dengan memberi alasan buktinya itu telah dihapuskan.
Pasti Raja Petra telah diberi peluang oleh orang yang difitnah(pegawai tentera berpangkat tinggi) supaya meminta maaf tetapi Raja Petra degil tetap mahu percaya pada 3 orang berkenaan yang telah berjanji akan mengemukakan bukti itu kepadanya yang beliau tidak tahu buktinya itu hanya satu rekayasa bukan kenyataan. Jika sudah tamat tempoh minta maaf itu diberikan oleh orang yang difitnah kepada Raja Petra, mana mungkin mahkamah boleh membuang kes fitnah yang dihadapi oleh Raja Petra. Sebab itu sehingga sekarang beliau masih tidak pulang ke negara.
Samalah dgn kes DSAI vs Syaiful, org yang menuduh tidak memberikan cukup bukti atau bukti yang diberikan amat diragui kesahihannya atau diperolehi dgn cara yang meragukan, sebaliknya beban pembuktian diletakkan di bahu orang kena tuduh.
Kebanyakan manusia (yang berkepentingan) akan bersetuju akan sesuatu (akta) bila ia menepati citarasa dan nafsu sendiri dan tidak akan bersetuju apabila perkara sebaliknya berlaku.