Pada kenyataan selepas solat subuh kelmarin, YAB Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat melahirkan rasa gembiranya terhadap surat yang diterima dari Perdana Menteri Malaysia berhubung penubuhan jawatankuasa mengkaji semula Bayaran Tunai kepada negeri. Ternyata Nik Aziz begitu ikhlas meluahkan perasaannya.
Tetapi ia tidak berpanjangan kerana bila YB Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan menjejakkan kaki di KLIA selepas pulang dari luar negara, terus sahaja Husam mempertikaikan dan membuat kenyataan yang bertentangan dengan semangat Nik Aziz sebelumnya. Akibatnya pada sebelah malam, Nik Aziz terpaksa berubah nada. Nik Aziz terpaksa juga melahirkan sentimen berlainan supaya selari dengan Husam.
Hari ini Husam dalam kenyataan di HarakahDaily dilaporkan berkata, “Kita tidak akan tarik balik saman terhadap PETRONAS dan prosidingnya akan didengar oktober ini.”
Husam juga dilaporkan berkata, “Kenapa tuntutan Kelantan tidak menggunapakai penyelesaian dengan Terengganu sahaja.”
Seterusnya Husam juga berkata “Mengapa di dalam kes Kelantan perlu ada jawatankuasa khas?”
Sebenarnya, apa yang ditimbulkan Husam menunjukkan kebodohan beliau dan seperti seorang yang kurang siuman.
Husam Hilang Akal
Saman Kerajaan Kelantan Terhadap PETRONAS
Husam tidak memahami kenyataan rasmi PM atau Husam sememangnya bodoh? Ini kerana tiada kaitan kenyataan Jawatankuasa yang ditubuhkan dengan saman Kerajaan Kelantan terhadap PETRONAS.
Kerajaan Kelantan menyaman PETRONAS kerana didakwa tidak melunaskan perjanjian yang tercatat di dalam suratcara pada 9 Mei 1979 yang menjanjikan pembayaran tunai kepada Kelantan sebanyak 5% dua kali setahun sebagai ganti penyerahan hak Kelantan kepada PETRONAS.
Jelas dari kenyataan rasmi PM semalam, jawatankuasa itu bukan untuk membincangkan hal tersebut kerana PM berkata,
“Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.
“Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum,”
Jadi tiada sebab Husam perlu memperlekehkan jawatankuasa tersebut dengan membuat kenyataan bahawa Kerajaan Kelantan tidak akan menarik balik saman ke atas PETRONAS.
Menggunapakai Kaedah Penyelesaian Terengganu
Kemudian Husam cuba memperlekehkan jawatankuasa itu dengan menimbulkan persoalan mengapa pembayaran Wang Tunai kepada Kelantan tidak menggunapakai kaedah Terengganu.
Pertama, bukankah pendirian PAS menentang kaedah yang digunapakai di Terengganu kerana kadang-kadang guna nama royalti dan kadang-kadang guna nama Wang Ehsan?
Kedua, bukankah pendirian PAS menentang kaedah yang digunapakai di Terengganu yang kadang-kadang diberi terus kepada Kerajaan Negeri dan kadang-kadang diberi melalui saluran pusat dan lain-lain?
Begitu benakkah Husam?
Mungkin. Tetapi yang pastinya, kenapa kaedah di Terengganu tidak digunapakai kerana PM menyedari bahawa kaedah itu menimbulkan banyak salah faham dan tidak dipersetujui oleh banyak pihak. Oleh yang demikian, PM mahu penyelesaian yang mutlak dan bukan sahaja untuk negeri Kelantan tetapi juga untuk Negeri Terengganu dan Negeri Pahang.
Sebab itu PM berkata,
“Kerajaan Persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara”.
PM juga menjelaskan bahawa penyelesaian ini adalah untuk semua negeri-negeri di Pantai Timur menerusi kenyataan berikut,
“Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu Bayaran Tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.”
PM juga memaklumkan selain setiap Kerajaan Negeri tersebut akan diwakili oleh individu yang diperkenankan oleh KDYMM Sultan negeri-negeri berkenaan.
Memang benakkah Husam?
Rasanya memang benak. Ini kerana Husam seterusnya bertanya, “Kenapa di dalam kes Kelantan perlu ada jawatankuasa khas?”
Bukankah kenyataan itu jelas jawatankuasa khas ini untuk semua negeri di Pantai Timur.
Husam seharusnya baca semula kenyataan PM dan kalau beliau tidak lagi faham pergilah mendapat nasihat guaman untuk kepentingan rakyat. Itu adalah lebih mulia daripada menghabiskan wang membayar peguam untuk kepentingan politiknya menyaman sesiapa sahaja yang mempertikaikan tindakannya.
Perkataan Royalti
Rakyat Kelantan harus mencabar Husam untuk menunjukkan kalimah perkataan ROYALTI di dalam suratcara yang Husam jaja ke sana ke mari. Tidak ada langsung perkataan royalti di dalam perjanjian itu. Apakah Husam telah mengelirukan rakyat Kelantan selama ini?
Memahami Kenyataan PM
Dari kenyataan PM semalam adalah jelas beliau mahu jawatankuasa khas mengkaji semula 2 perkara berikut,
- Negeri manakah yang layak menerima pemberian Bayaran Tunai dari hasil petroliam di kawasan luar perairan negeri, dan
- Apakah kaedah dan berapakah jumlah yang patut diberi kepada negeri yang layak.
Jelas jawatankuasa khas ini bertujuan untuk memastikan satu sistem pemberian Bayaran Tunai yang telus dan adil supaya kontroversi yang menyelubungi pemberian wang tunai kepada Terengganu sebelum ini tidak berulang.
Adil dan Telus
Jawatankuasa khas ini bertujuan menyelesaikan isu. Sebaliknya kaedah Husam dan PAS adalah untuk mengekalkan isu. Patutlah Husam tidak gembira.
Sebelum Husam pergi lebih jauh, ada baiknya Husam umumkan dahulu laporan audit bebas Bazaar Tok Guru yang dijanjikan Husam hampir 3 tahun dahulu. Husam perlu ingat, bezanya Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan yang dianggotai oleh Husam ialah, Kerajaan Persekutuan mendengar dan menyelesaikan masalah, bagaimana dengan Kerajaan Negeri Kelantan? Berjanji dan majlis pecah tanah sahaja tidak akan cukup menyelesaikan masalah rakyat.
Selain dari laporan audit bebas Bazaar Tok Guru, Husam perlu fokus untuk memastikan projek Kambing Jamnaparinya membuahkan hasil, semua waris yang patut menerima wang di dalam skim Takaful Kifalah menerimanya tanpa kelewatan dan Lebuhrayanya siap.


Sebab tu tuan adalah sangat bebal apabila kita di Malaysia ahli politiknya khusus yang datang dari parti pembangkang selalu buat komen semberono tanpa mengetahui isu sebenar. PM maksudnkan untuk keseluruhan negeri pantai timur tapi husam secara melulu ingat ini khusus untuk kelantan. satu lagi perkara, takkanlah husam dan MB kelantan yang dah lama menongkat jawatan tu tak tahu berapa jauh jarak dari pesisir pantai kelantan yang diiktiraf sebagai perairan negeri? malulah kalau kelantan ada kepimpinan begini. semuanya nak dijadikan modal politik. maklumlah, mereka tak dapat nak tunaikan janji, hanya pandai tabur janji. tapi nak buat macam mana, majoriti pengundi kelantan nak yang begitu, tadah sajalah.
Demo nok jadi hero Klate tapi bodoh tok bleh aja. Gitu ado cito2 nok jadi KM klate gati Pok Nik. Kajilah dulu terma2 perjanjie bghu bleh ghoyak. Jadi cemano rakyak Klate nok bagi undi kak demo lagi????
kawan dah cakap,
kalau isu minyak ni selesai, demam husam..sebab dia tak da modal nk berpolitik..
kok mana pun dia akan cipta isu supaya yang baik nampak buruk.
nyawa politik husam hanya bergantung pada isu isu isu minyak.. tu aje.
menteri besar pula ambo nk gelar sebagai Pok Angguk & Sain (PAS).
husam oh husam….ambo sungguh kasihan melihat anda
Apabila rasa malu dah tak ada, maka beginilah cakap dan sikap pemikiran makhluk munafik ini, Allah dah jauhkan petunjuk dan hidayah kpd makhluk dua ekor dan seangkatan dgnnya, gila babi husam dan nicky najis
Baharu sekarang najib hendak membantu rakyat Kelantan mendapatkan bekalan air yang bersih dan menampakkkan kesediaan membayar royalti minyak. Apa pasal sekarang? Sebab pilihanraya kian hampir dan majority orang Melayu menyampah pada UMNO dan pemimpin mereka yang hipokrit.
UMNO yang mengepalai kerajaan federal bersikaplah sebagai kerajaan kepada semua rakyat. Janganlah bersikap seperti sebuah kerajaan untuk orang UMNO. Ini masaalah UMNO yang terbesar dan yang tidak boleh dibetulkan. Kerana itulah mereka sombong, slogan untuk UMNO jadi slogan untuk negara.
Kalau hendak bantu rakyat, bantu dengan jujur bukan dengan mensyaratkan bantuan dan pertolongan akan diberi jika ada pembalasan. Jadi berhenti2 lah dengan lutolonggua- guatolonglu dan beri saya kamu punya nambikei. Jika mahu tolong rakyat, tolong sahajalah.
UMNO telah balun duit Petronas, baru sekarang mahu bayar royalty Kelantan yang di rompak? Kita jangan heran nanti royalty tersebut dibayar secara beransur ansur dengan syarat2 yang diUMNOkan. Bila Tengku Razaleigh menyebut mengenai perkara ini suatu masa dahulu, dia telah dikecam hebat oleh puak UMNO. Hari ini, UMNO pula yang bercakap mengenai perkara yang sama. ini membuktikan pendirian Tengku Razaleigh mengenai hak rakyat Kelantan adalah benar sejak dari mula.
Rakyat Kelantan jangan melupakan kezaliman dan penganiayaan yang dilakukan oleh UMNO keatas Kelantan . takkan tertebus kezaliman tersebut dengan RM 500- Beli 1 Rakyat Melaysia. Dan hanya setelah 55 tahun perintah dan samun rakyat, harga rakyat hanya kurang dari RM 10 setahun?
royalti minyak ialah hak rakyat Kelantan yang diperuntukkan oleh undang undang bukan sebab Najib terjaga dari lamunan dan sedar bahawa dia mesti membetukan suatu kezaliman yang telah dilakukan.
mengapa perlu ditubuhkan komiti untuk mengkaji bayaran royalty minyak? Tanyalah kepada penanda tangan perjanjian antara Petronas dan Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah. Lagi baik jika Najib jangan membazir duit rakyat untuk menubuhkan komiti ini. UMNO menahan bayaran royalti sebanyak RM 7.4 juta- bayarlah sahaja kepada kerajaan negeri yang akan mengurus wang tersebut. Janganlah pula mensyaratkan wang tersebut akan di tadbir oleh suatu badan lain yang membayangi kerajaan sahih negeri Kelantan. Jika Najib buat demikian, dia kurang faham mengenai tatacara berkerajaan secara demokrasi. Najib bukan raja mutlak keatas Malaysia. Jadi2lah membohongi rakyat dengan kegiatan yang membodohkan orang melayu terutama nya.
Masaalah UMNO ialah mereka ingat orang UMNO sahaja yang Melayu. Melayu dalam PAS, dalam PKR bahkan dalam DAP dan parti2 lain bukan Melayu kah? Kedua, UMNO ini parti somboing dan angkuh. Allah pun dia orang ingat ahli UMNO dan sentiasa menyokong UMNO. Orang Melayu yang beragama Islam yang berada dalam parti2 bukan UMNO pun memanjatkan doa kepada Allah. Dan Allah tidak pernah berfirman, dia akan bantu orang UMNO sahaja.
Malaysia di jajah 446 tahun disebabkan golongan feudal gagal memberi kepimpinan kepada bangsa Melayu. Hari ini, jika orang melayu hendak maju dalam erti yang sebenarnya, mereka mesti bersifat anti-hierarchical.
Jangan terima penyusunan masyarakat secara membabi buta. Orang Melayu mesti mendidik diri mereka memilih pemimpin berdasarkan kebolehan dan kemahiran mereka. Mereka mesti menolak cara
Petronas mendaratkan serta memproses minyak di daratan terengganu buktinya petronas base di kerteh, negeri pahang pula di gebeng minyak juga didaratkan serta di proses di sabah dan sarawak negeri2 tersebut telah mengorbankan sebahagian besar tanah untuk kegunaan industri petronas, bagi pandangan saya negeri tersebut sememangnya layak mendapat wang tunai berbanding dengan kelantan yang tiada sebarang excess tanah atau petronas base ini menjelaskan kelantan sama sekali tidak layak mendapat wang tunai, namun di atas sikap perihatin PM kepada rakyat kelantan mungkin kelantan akan di beri sedikit laba dan ianya bergantung kepada budi bicara PM.
Moose,
Allah swt bagi kepimpinan negara kepada UMNO selama ini.Itupun kena ambil kira jugak.Kalau Allah swt nak ambil,dah lama dah digantikan pada yg lain2.Jgn tgk salah orang lain sahaja.Janji2 PAS selama dua dekad ini mana perginya? Apa pulak hukumnya kalau pemerintah tak menepati janji yg dibuat? Anda kata UMNO parti sombong dan angkuh, jadi bolehkah saya katakan PAS parti munafik dan menipu rakyat?
Moose jangan yulis mcm orang bebal
apa punya bongok le MOSES kat atas ni ..
- kerajaan kelantan dah di bagi pinjaman berjuta2 tapi masalah air dah bertahun2 tak selesai ..nak salahkan kerajaan pusat ke …
- dibagi duit pinjaman pun tak selesai kalau di bagi duit royalti minyak2 agak2 kemana duit tu dibelanja …makin besar pusat PAS yg lain x tau le ..
- konon nampak kerajaan pusat zalimi kelantan ..habis kelantan dok hari2 fitnah kerajaan pusat tu apa bendanya..sapa yg menipu rakyat sendiri dari isu kohilal ..jambatan ..isu air …ladang rakyat
kesian aku tgk moses ni ..tulis banyak2 pun x guna
kesie aku tengok huse…bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut…
MOSES, kambing tu pun lagi bernilai dari IQ husam tulah…buat malu je…
moose bahlol sebahlol bahlolnya..
apsal hang ni salahkan UMNO jer?baru lps minum todi dn air ketum ke bro?? ape punya bongok punya org..dah sah2 husam manipulasi korang tp korang masih tetap dgn kebahlolan..ya,sy akui UMNO x perfext..bnyk sgt kelemahan tp fakta yg ko kna tau..PAS adalah parti paling lemah dlm mentadbir..ko tgk je kelantan sampai la ni ntah apa ntah, trengganu lagi la hancus masa depa memerintah dan skrg kedah 2×5 gak sedang menuju kpd kemunduran..x pyhla nak bersyarah najib x tau memerintah..hang tegurla dlu nicky ajis wali terompah yg anwar al jub gelar bkn sy k
pohon link ke blog…
Sekarang ianya diatas kapasiti PM sendiri yang menawarkan wang tunai/wang ehsan bagi kesejahteraan rakyat kelantan tawaran PM yang membatasi undang2 persekutuan, kalau pemimpin pas berdegil umpama menolak nasi dalam pinggan.
Sekiranya mahkamah sudah buat keputusan kelantan tidak berhak menuntut sebarang royalty dari persekutuan waktu tu toksah angan lah PM akan berlembut lagi ini kerana kebanyakan menteri kabinet tidak setuju kelantan di beri wang tunai memandangkan dari segi perundangan persekutuan sememangnya kelantan tidak layak, waktu tu nanti pemimpin pas kelantan mau salahkan siapa lagi kerana sudah terlambat nasi sudah menjadi bubur.
salam kick..tolong komen sikit ko bdk ni..blagok tahu…tapi kosong..!!
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=510563328961247&id=186756544675262&comment_id=108616094¬if_t=like
Husam bijak dan licik menipu rakyat, tak ubah seperti Anwar Ibrahim lagaknya. Tapi rakyat Kelantan tidak bodoh. Dia ingat rakyat Kelantan bodoh macam dia ka??tapi mungkin ada segelintir, segelintir yang bodoh dan taksub melampau di kawal pemikiran oleh si Husam ini. Sanggup menjadi lembu diheret kesana kemari. 20 tahun lebih memerintah, langsung tak nampak jasa si Husam ni kepada rakyat Kelantan. Berapa tahun lagi nak tunggu?? yang jelas, rakyat dah muak dengan cara pemerintahan PAS yang penuh dengan alasan dan tipu daya.
bagaimana dengan berita ini? http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/12330–kenapa-dolak-dalih-dalam-royalti-ku-li
btw, Husam bukannya tidak mahu teruskan rundingan tetapi mempersoalkan kaedah. Begitu jugalah isu air di Selangor, bukanlah TS Khalid tidak mahu projek Langat 2 dijalankan, tapi kaedah yang dipersoalkan. Tapi kenapa kerajaan yang kononnya berjiwa rakyat, prihatin terhadap rakyat tidak boleh berkompromi isu teknikal untuk kepentingan negeri dan rakyat?
maaf, saya sebagai rakyat kelantan sering tercari2 maklumat yang saya harap tak bias, tapi setiap kali saya cari dan temui, puncanya kebanyakannya banyak kembali kepada salah kelola dan salah guna kuasa oleh pemerintah baik dalam isu bayaran tunai minyak kepada kerajaan kelantan, isu air kelantan dll lagi. Pelbagai isu ditimbulkan oleh UMNO/BN kemudian setelah dalih dan tipuan mereka bocor atau isu tersebut tidak lagi bermakna buat mereka, isu tersebut didiamkan begitu sahaja.
Setakat ini hanya satu isu sahaja yang saya rasa boleh dikaitkan langsung dengan kelemahan kerajaan kelantan yaitu isu ladang rakyat dan depu. Itupun saya tak tahulah jika benar seperti dikata orang, sebab tak pernah temui jawapan balas oleh Husam, exco negeri atau mana2 ahli tertinggi PAS kelantan yang jelas mengenai isu tersebut.
Last but not least, jika bercakap soal janji, semua parti politik di Malaysia ini masih belum menyempurnakan setiap kata2 dalam manifesto mereka, maksudnya jika PAS “munafik” maka semua yang lain pun “munafik” juga. Maka jika begitu, kembali kepada pokok asal persoalan, yang mana paling kurang munafiknya? Yang mana paling kurang menzalimi rakyat?
Oh, dan perlu dilihat juga punca2 kepada kegagalan setiap parti2 di Malaysia ini gagal penuhi janji2 mereka. Dan apakah telah ada usaha2 untuk merealisasikannya walau belum terlaksana?
p/s: salah silap saya sila betulkan =)
sependapat dengan dr MAZA, di parti mana pun kita, pokoknya adalah adil dan membawa kepada keadilan dan kesejahteraan.
Menurut saya, beberapa komponen penting yaitu adil, amanah, rasional dan berintegriti perlu ada baik oleh mana2 parti politik mahupun mana2 penyokong mereka.
AMbo sebagai rakyat kelate amat kesal ngan kenyataan Moose, ambo buke nok sokong mano2, tapi klu Moose kata gtu, samo nga PAS la, semua PAS betul, xdop saloh, sempurna gilo, sket pun tidak saloh, yg saloh UMNO, bakpo? sebab berulaskan ULAMA’, ya betul ambo suko klu ULAMA’ naik tapi klu hok ni di ajar oleh oghe PAS, sapa dop ghaso beci? masa tok pa nk bagi royalti, pakat duk kato nk jadi jaguh kapung, pakat duk pk buruk, pahtu PM nk maghi kelate, pakat duk kato mace2, dio dop semaye lah, dio ni buke leh jadi tok imam, penyokong mana tuh? PAS!, ambo sejak PAS duk nga PR ambo laghi dulu lagi, ambo duk berapa nok kene ngan cagho PAS loni, acu g tanyo husam muso, mano pitih balak di gua musang? pah mano pitih air kerajaapusat bui, pah mano duit lebuh raya hok derma oghe ghama? setiap kali pilihanraya, modal PAS, parti takdop duit, tpi bila start pilihan raya, duit bertimbun bui ko oghe luar suh ngundi di kawase dio (pilihan raya masa zaman pak lah kalah)
Jangan duk tuduh oghe sangat, keno pk jugak saloh alik kito, jangan duk ghaso kito hebat sngt, ghama pok2 luar beci nga sikap EGO dop tepat nga oghe kelate, klu PAS ni adalah betul, betulkan sikap penyokong, jangan duk maki, jgn duk jatuh hukum sedap2 tanpa usul periksa,
HAK ROYALTI wajib dikembalikan pada kerajaan kelate, tpi jgn husam musa n edorga pulak nk amik duit tuh,
Saudara ibnyusoff, tentang masalah air selangor seperti permintaan wakil kerajaan persekutuan seandainya TS Khalid mempunyai cadangan yang lebih bagus dari langat 2 sila kemukakan cadangan tersebut, namun TS Khalid gagal kemukakan sebarang cadangan konkrit sebaliknya beliau dan konco2nya masih bermain tarik tali dengan mengatakan Selangor tiada masalah air mentah, jika selangor tiada masalah air mentah kenapa TS Khalid membuat kenyataan terbaru supaya Selangor membina paip air terus dari tasik Kenyir Terengganu bukankah itu telah membuktikan Selangor sememangnya akan menghadapi krisis bekalan air sebagaimana peringatan awal kerajaan Pusat, malah cadangan TS Khalid untuk membina paip air yang merentasi negeri pahang ke tasik Kenyir Terengganu kononnya lebih murah walhal jaraknya lebih dari 500KM bagaiman boleh jadi murah dan adakah ianya lebih praktikal berbanding mendapatkan air dari sungai Pahang yang ternyata lebih dekat.
Berbalik kepada topik artikel, masalahnya pemimpin kerajaan Kelantan tidak pernah menjawab dengan rasional segala isu yang di timbulkan oleh banyak pihak termasuk pendedahan berfakta dari kickdefella sendiri. sebaliknya jawapan yang biasa mereka berikan seperti :- ini adalah mainan UMNO atau isu sengaja di polimik oleh orang upahan UMNO, mereka sangat mahir menjawab persoalan dengan melemparkan tuduhan.
Saya mendarat di KLIA sekitar jam 3 petang ini, pulang dari mengerjakan umrah. Satu dari niat saya mengerjakan umrah ialah untuk mendoakan perjuangan rakyat Kelantan mendapatkan royalti petroleum menjadi kenyataan.
Setiba di KLIA, saya menerima panggilan dari pemberita memintakan komen mengenai pengumuman PM mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa khas mengkaji pembayaran royalti/bayaran tunai petroleum yang akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tun Abdul Hamid Mohamad boleh dilihat positif dan juga sebaliknya.
Saya memohon tempoh untuk meneliti kenyataan PM sepenuhnya sebelum memberikan komen saya.
Sebelum saya memberikan ulasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan, saya ringkaskan apa yang tertera dari pengumuman PM;
i. Jawatankuasa ini akan membuat kajian dalam tempoh enam bulan.
ii. Jawatankuasa ini akan mengenal pasti Negeri yang layak menerima pembayaran.
iii. Jawatankuasa ini akan memutuskan tuntutan Negeri akan ditentukan secara adil, telus dan saksama.
iv. Bahawa tuntutan Kelantan selama ini dikira tidak terhak kerana pendirian Kerajaan Pusat sebelum ini adalah pengeluaran petroleum di luar 3 batu nautikal tidak menjadi hak Negeri-Negeri.
v. Kerajaan Pusat membuat pembayaran wang ihsan dari hasil pengeluaran petroleum di Kelantan di luar 3 batu nautikal melalui JPP
Jelas, dari intipati kenyataan PM di atas, keadaan masih samar-samar. Ketika ia seakan membawa satu sinar harapan, keadaan sebenar hanya akan ditentukan enam bulan dari sekarang.
Kini Ogos, jika pilihanraya diadakan dalam tempoh sebelum Jawantakuasa ini membuat laporan dan seterusnya menunggu pertimbangan Kabinet atas rekomendasi Jawatankuasa ini, keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan.
Ia mungkin berakhir sebagai sebuah latihan akademik semata-mata.
Adakah penubuhan Jawatankuasa ini hanya sebuah langkah politik menjelang pilihanraya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan dan BN menggunakannya sebagai sebuah ‘jambatan’ untuk menyeberangi pilihanraya ini dengan selamat, khususnya dalam konteks Kelantan?
Sehingga ia tidak dilihat tidak melayani harapan rakyat Kelantan dan pada masa yang sama, tidak pula memenuhi tuntutan itu.
Kenapa enam bulan? Kenapa tidak tiga bulan, umpamanya?
Kenapa menjelang pilihanraya? Kenapa tidak sebelum ini?
Tuanku Al Sultan Kelantan telah bertitah dua tahun yang lepas lagi, menerusi titah perasmian sidang DUN Kelantan dan dititahkan sekali lagi sewaktu perasmian DUN juga awal tahun ini, mengenai isu ini.
Kerajaan Kelantan telah menfailkan saman di Mahkamah Tinggi pada 30 Ogos 2010 lagi.
Kenapa begitu lama masa yang diambil untuk PM mempertimbangkan penubuhan sebuah jawatankuasa seumpama ini?
Dalam tempoh tersebut, Kerajaan Pusat telah mencapai persetujuan dengan Kerajaan Terengganu dan Terengganu telah dibayar dengan bayaran tunai sekalipun pengeluaran petroleum di Terengganu juga berada di luar kawasan 3 batu nautikal.
Kenapa tuntutan Kelantan tidak mengguna pakai penyelesaian dengan Terengganu sahaja?
Lebih-lebih lagi fakta-fakta dari para penggubal Akta Petroleum telah wujud dengan nyatanya seperti dikemukakan oleh YBM Tengku Razaleigh, Tun Salleh Abbas dan bekas Penasihat Undang-Undang Petronas sendiri, En Nik Mohd Saghir.
Sekalipun saya mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa ini atas kedudukan sekurang-kurangnya tuntutan Kelantan telah memaksa Jawatankuasa ini ditubuhkan, namun suka saya mencadangkan perkara berikut;
i. Kerajaan Kelantan tidak menarik balik samannya ke atas Petronas yang dijadualkan, satu dari procedingnya akan didengar di Makhamah Persekutuan pada Oktober ini.
ii. Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat bersidang dan memberikan tawaran yang lebih konkrit terhadap tuntutan Kelantan termasuk pendaratan hasil gas dari perairan Kelantan yang baru memulakan pengeluarannya ke pantai Kelantan. Isu ini langsung tidak disentuh dalam kenyataan PM padahal MB Kelantan telah pun menulis surat rasmi kepada PM.
iii. Tempoh Jawatankuasa ini menyiapkan laporannya dipendekkan kepada tiga bulan.
iv. Penegasan PM bahawa Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan membuat pembayaran bayaran tunai kepada Kelantan.
v. Penegasan bahawa pembayaran mestilah mengikut metod yang diguna pakai untuk Negeri-Negeri lain yang terlibat
vi. Menerima permohonan Kelantan untuk gas didaratkan di Kelantan
vii. Membekukan pembayaran wang ihsan.
viii. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lantang menyatakan tuntutan Kelantan selama ini adalah khayalan di awangan, pengeluaran petroleum di Kelantan tidak wujud dan Kelantan tidak terhak terhadap sebarang pembayaran tunai, perlu menarik balik kenyataan mereka secara terbuka dan memohon maaf kepada rakyat Kelantan.
Sekian
Husam Musa
15 Ramadhan 1433 / 4 Ogos 2012
Ahli Exco Kerajaan Kelantan merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti
Petroleum Kelantan
Sheih said: terima kasih, sekarang jelaslah Husam telah mempengaruhi Nik Aziz dari bergembira kepada mempersoalkan tempoh 6 enam itu. Kenyataan PM berkata, jawatankuasa khas dikehendaki mengemukakan syor di dalam tempoh 6 bulan ini jelas kalau Husam faham Bahasa Malaysia bererti jawatankuasa boleh buat syor dalam tempoh satu hari ke enam bulan bergantung kepada selesainya kajian mereka. Tetapi ramai yang tidak faham sangat Bahasa Malaysia.
Begitulah lagak orang politik…konon nak membela rakyat tapi perlu ada kekhuatiran wang akan masuk kantung pemimpin, tidak telus dan tidak adil. Cakap memang boleh tapi payah nak sama dengan bikin. Pasal Husam saya sudah tidak menaruh kepercayaan yang hakiki terhadapnya. Apa yang pwernah dia kata…jika tergadah ia tidak akan mengaku dia yang berkata sebaliknya menuduh pihak lain yang membuat fitnah.
Percayalah bahawa PAS macamana keadaan sekalipun akan tetap akan mengeksploitasikan Petronas sebagai “stok simpanan starategi politiknya” selain dari “isu hudud” untuk berdepan dengan BN dalam menagih simpati rakyat Kelantan. Sebarang penyelesaian kepada isu Petronas akan merugikan mereka disegi mewraih sokongan untuk berdepan dengan PRU 13. Sebenarnya “niat tersembunyi ” PAS ialah.. kalau masalah royalti Petroleum tidak selesai maka selagi itulah PAS akan mendapat “imbuhan politik” yang besar untuk berdepan dengan pilihanraya. Sebarang penyelesaian isu ini akan memberi kesan “sokongan yang makin terhakis” kerana rakyat mula melihat kesungguhan kerajaan pusat menyelesaikannya. Sudah tentu undi rakyat Kelantan kepada PAS pada firasat mereka akan “beralih arah” apabila isu royalti dapat diselesaikan secara praktis oleh kerajaan pusat.