Ramai yang meletak dirinya sebagai pejuang royalti tetapi mereka sebenarnya hanya lembu ternakan yang dicucuk hidung oleh beberapa kerat pihak tidak bertanggungjawab di dalam membangkitkan isu ini.
Saya berhenti menuntut Royalti Minyak Kelantan pada 4 November 2009 bila pada pagi itu YAB Perdana Menteri Malaysia telah membuat pengumuman di Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan adalah tidak berasas dari sudut perundangan negara. Bagaimanapun, atas semangat persekutuan, Perdana Menteri menyedari telah mulanya operasi di sebuah telaga gas bernama BUMI SELATAN di luar perairan Kelantan iaitu lebih kurang 70 batu nautika dari Kota Bharu, Perdana Menteri bersetuju membuat bayaran tunai kepada Negeri Kelantan.
Bayaran itu dipanggil sebagai Wang Ehsan dan memandangkan jumlahnya hanya kecil bersandarkan kepada pendapatan dari sebuah telaga gas sahaja maka ia dicadangkan disalurkan terus kepada rakyat menerusi cabang Kerajaan Pusat di Kelantan. Kerajaan Negeri Kelantan diminta menghantar wakil menyertai jawatankuasa pembahagian Wang Ehsan tersebut. Setelah mesyuarat pertama, Kerajaan Negeri Kelantan tidak lagi mahu wakilnya menyertai jawatankuasa tersebut.
Berbeza dengan peringkat awal dahulu,hampir kesemua pejuang royalti dan pendaratan gas di Kelantan hari ini adalah terdiri daripada lembu peliharaan pimpinan politik PAS yang tidak faham langsung tentang isu ini.
Dibawah aspek perundangan berdasarkan suratcara yang ditandatangani kesan dari Akta 144 Kemajuan Petroliam 1974, negeri-negeri hanya menyerahkan kepada Petronas daratan dan lautan yang menjadi miliknya. Berdasarkan Kanun Tanah Negara, lautan milik negeri hanyalah 3 batu nautika diukur dari tahap air surut.
Maka, pada 9 Mei 1975 Menteri Besar Kelantan hanya menyerahkan apa yang dimilikinya 9 Mei 1975 dan seinci pun tidak lebih dari itu. Begitu juga dengan negeri-negeri lain termasuklah Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun ini bererti Sabah dan Sarawak akan kehilangan keseluruhan atau sebahagian besar daripada haknya kerana telaga petroliam mereka terletak diluar 3 batu nautika. Oleh itu berlakulah rundingan diantara pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dan inilah yang Tengku Razaleigh katakan sebagai ‘semangat persekutuan’.
Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi Bayaran Tunai kepada Sabah dan Sarawak berdasarkan pengeluaran di luar lautan wilayah negeri-negeri tersebut. Ia terus dipanggil sebagai royalti walaupun sebenarnya ia bukan lagi royalti seperti yang termaktub di dalam suratcara yang ditandatangani dengan PETRONAS.
Pada 6 Jun 1982, PETRONAS Carigali menemui hasil petroliam pertama di telaga Dulang Barat diluar perairan Terengganu. Memandangkan Terengganu adalah sebuah negeri yang mundur pada ketika itu, Perdana Menteri bersetuju memberikan Bayaran Tunai kepada Kerajaan Negeri Terengganu bertujuan untuk menjana pembangunan negeri dan membasmi kemiskinan. Bayaran Tunai ini walaupun mengikut modus operandi royalti minyak yang dijanjikan oleh PETRONAS tetapi ia sebenarnya bukan royalti kerana carigali dibuat lebih dari 3 batu nautika dari pantai Terengganu. Sebaliknya, Bayaran Tunai ini diberikan berdasarkan ehsan Perdana Menteri seperti yang diberi kuasa oleh undang-undang.
Memandangkan Bayaran Tunai ini bukanlah sesuatu yang tertulis secara rasmi maka tidak wujud satu asas bertulis atau satu mekanisma pemberian yang standard. Ini bererti Perdana Menteri menerusi kuasa yang ada padanya boleh menggunakan apa-apa saluran yang difikirkannya sesuai untuk mencapai matlamat pemberian Bayawan Tunai tersebut.
Saya berhenti menuntut royalti minyak Kelantan pada 4 November 2009 berdasarkan apa yang tertulis di atas. Ini kerana pada hari tersebut, Perdana Menteri telah berjanji memberikan sebahagian daripada pendapatan hasil carigali di Telaga Bumi Selatan, satu-satunya telaga gas yang sudah dieksploit di luar kawasan tuntutan bertindih dan terdekat dengan Kelantan, iaitu lebih kurang 70 batu nautika. Sehingga hari ini, hanya itu satu telaga gas yang diekploit di situ.
Ini bererti tiada apa lagi yang perlu dituntut. Kelantan telah menerima pemberian berdasarkan semangat persekutuan sama seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak. Apa lagi yang hendak dituntut?
Saya yakin beberapa kerat pinpinan politik di dalam PAS Kelantan yang merasa cerdik juga faham senario ini. Tetapi mereka lebih faham bagaimana rakyat tidak mengerti isu ini dan isu ini boleh dijadikan bahan menanam kebencian kepada pusat. Tujuan mereka adalah politik semata-mata. Tanpa pedulikan ‘semangat persekutuan’ langsung.
Penduduk Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya, tidak perlu menuntut pemberian royalti kepada negeri-negeri yang layak menerima kerana sistem perundangan sedia ada tiada cacatnya. Apa yang perlu dibuat ialah memohon satu kajian semula pemberian Bayaran Tunai kepada negeri-negeri agar tidak menimbulkan salah faham seperti yang berlaku pada hari ini.
Asas pemberian ini juga perlu jelas dan bukan sahaja adil tetapi dilihat adil. Malangnya tiada kecerdikan dikalangan orang yang merasa cerdik di dalam PAS itu untuk melihat perkara ini. Kecerdikan itu Alhamdullillah terletak kepada beberapa pimpinan UMNO Kelantan yang diterajui oleh Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan juga pakar-pakar perundangan di Jabatan Peguam Negara. Oleh yang demikian, usaha-usaha telah dibuat menerusi perundingan bagi menyelesaikan isu tersebut.
Itulah bezanya dengan lembu yang dicucuk hidung. Apa yang mereka tahu ialah bila diseret ke padang, mereka akan makan rumput dan bila diseret ke jalanraya, mereka akan buat huru hara.
Rundingan tidak boleh dibuat di jalanraya. Rundingan perlu dibuat di dalam suasana tenang dan tenteram. Dan rundingan juga tidak boleh dibuat dengan mendoakan seseorang itu pecah perut.
TK. pencerahan yang hanya kan disangkal oleh orang bodo.
Puak puak lembu PAS terus membakar semangat kebencian dengan menggunakan Duli Tuanku sebagai pelindung mereka.Saya cadangkan Tuan analisa ucapan Duli Tuanku tentang pendaratan minyak diBachok.Apakah ia tidak berhubung kait dengan pencerahan yang Tuan lakukan sekarang ini??Pemimpin PAS sudah berani buat road tour sambil membuat pelbagai tohmahan terhadap kerajaan persekutuan.Yang peliknya Menteri Besarnya turut serta dan menafikan apa yang telah dipersetujui oleh Petronas dan Kerajaan Negeri.Apakah cara lain yang lebih jelas,effisien dan berkesan untuk memberitahu pada juak juak PAS ini bahawasanya road tour yang mereka lakukan sekarang ini serta tindakan tindakan sebelum ini sudah mendahului mahkamah.Saya memohon budi baik Tuan supaya terus menerus membuat penerangan tentang “ROYALTI MINYAK KELANTAN” ini kerana dari apa yang saya dengar,strategi mereka untuk menjatuhkan Kerajaan Dato Sri Najib ialah memutar belitkan fakta fakta disulami dengan ceramah politik diMasjid(sudah semestinya potongan potongan ayat ayat quran seperti merompak hak rakyat,menindas,menipu dan sebagainya digunakan oleh Ulama ulama PAS).Saya yakin penerangan semacam ini secara berterusan dapat memberi kefahaman kepada orang orang kELANTAN YANG LAIN yang masih diatas pagar.InsyALLAH rakyat Kelantan tidak akan tertipu dengan tipu daya pemimpin PAS ini. Takbir untuk semua rakyat Kelantan.
Sheikh,
My appreciation to you for taking efforts to entertain my questions, albeit the veered-off answers, in your previous posting.
I just want to re-inforce my understanding, and need your assistance to verify: am I right to say that SINCE IN THE AGREEMENT THE ‘PAY’ IS CALLED ROYALTY AND THE ROYALTY HAS TO BE GRANTED TO THE RULING GOVERNMENT OF RESPECTIVE STATES, SO IN ORDER TO LEGALIZE, OR TO JUSTIFY, THE HANDOVER OF THE ‘PAY’ TO UMNO THEN THE ‘PAY’ HAS TO BE CHANGED (TO ‘WANG EHSAN’)?
Kindly shed light.
Menteri Besar Kelantan pada masa itu juga tidak ada hak untuk menyerahkan kuasa dan hak keatas kawasan diluar perairan MALAYSIA kerana MB Kelantan hanyalah berhak untuk tandatangan Jadual Subseksyen 2 Akta 144 bagi pihak Kerajaan Negeri dan bukan bagi pihak Kerajaan Malaysia.
..penyakit ROYALTI MINYAK di Kelantan ni sudah masuk peringkat GILER…PAS sedang cuba menghasut dan mengelirukan rakyat Kelantan dari fakta sebenar untuk membenci kerajaan pusat demi meraih undi untuk PRU 13. Rakyat perlu diberikan penjelasan secara terperinci dan berterusan oleh mereka yg arif dalam isu ini supaya fikiran rakyat tidak rosak
Sheih… Takkan semasa nak perjuang royalti dulu tak baca perjanjian yang telah dibuat antara Kerajaan Kelantan dan Persekutuan. Sepatutnya tak perlu tunggu PM sebut dalam parlimen. Kita kena tahu sesuatu dengan tepat sebelum kita buat sesuatu.
Nih jawapan oleh Tun Razak, bapak kepada Najib Razak dalam Parlimen pasal royalti minyak. Skang kita tengok sapa yang lembu.
salam sheikh…
saya melihat perkara ini bukan perkara PAS ataupun UMNO,tp perkara yang SEKIRANYA hak,mesti diberi,Dalam hal ini pun datuk najib masih memberi ruang untuk perkara ini dibincang .tetapi yang heran mengapa pak sheih beria-ia mendahului mereka dan mahkamah dalam menyatakan kelantan tidak berhak diatas tuntutan royalty tersebut?adakah sekiranya umno dapat memerintah kelantan pemimpin umno akan menolak sekiranya kerajaan pusat ingin memberikan royalty ? bagi saya ,Kalau sekiranya UMNO memerintah kelantan ia juga berhak menikmati perkara yang sama dengan kerajaan PAS sekarang sekiranya tuntutan itu dapat,(begitu juga sebaliknya)apa yang saya lihat sekarang seolah-olah pak seih berpegang kepada politik Mc ciavielli- iaitu kaedah “MAtlamat menghalalkan cara) tiada halal haramya.
semoga Allah bersama pak sheih SEKIRAnya pak sheik seorang yang ikhlas dalam tulisannya.