Ramai yang meletak dirinya sebagai pejuang royalti tetapi mereka sebenarnya hanya lembu ternakan yang dicucuk hidung oleh beberapa kerat pihak tidak bertanggungjawab di dalam membangkitkan isu ini. Saya berhenti menuntut Royalti Minyak Kelantan pada 4 November 2009 bila pada pagi itu YAB Perdana Menteri Malaysia telah membuat pengumuman di Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan adalah tidak berasas dari sudut perundangan negara. Bagaimanapun, atas semangat persekutuan, Perdana Menteri menyedari telah mulanya operasi di sebuah telaga gas bernama BUMI SELATAN di luar perairan Kelantan iaitu lebih kurang 70 batu nautika dari Kota Bharu, Perdana Menteri bersetuju membuat bayaran tunai kepada Negeri Kelantan. Bayaran itu dipanggil sebagai Wang Ehsan dan memandangkan jumlahnya hanya kecil bersandarkan kepada pendapatan dari sebuah telaga gas sahaja maka…