Pada pertengahan 2009, saya diarahkan menyiapkan kertas kerja berhubung tuntutan royalti petroliam Kelantan bagi dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan. Kebanyakan ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan meninggalkan majlis itu dengan masih ada rasa sangsi terhadap kesahihan hak Kelantan yang hendak dituntut.
Wilayah Perairan Kelantan
Akta Kemajuan Petroliam 1974, dan perjanjian antara Menteri Besar Kelantan dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975 tidak memberi tafsiran yang jelas tentang wilayah Kelantan yang diserahkan hak eksklusif eksplorasi dan eksploitasi kepada PETRONAS.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada 27 Jun 2009 membuat kenyataan kepada media menjelaskan dua sebab kenapa Kelantan tidak menerima royalti dari PETRONAS. Pertama kerana eksploitasi yang ada ialah di kawasan pertindihan tuntutan antara Malaysia dan Thailand dan antara Malaysia dan Vietnam. Kedua, eksploitasi sekarang dibuat lebih dari 3 batu nautika dari pantai Kelantan.
Jarak 3 batu nautika yang disebut adalah merujuk kepada Kanun Tanah Negara. Kanun Tanah Negara memperincikan laut wilayah dengan merujuk kepada maksud yang terdapat di dalam seksyen 4(2) Ordinan Darurat 1969.
Seandainya Kerajaan Negeri Kelantan mendakwa pada tahun 1975 mereka telah menyerahkan kawasan lautannya lebih dari 3 batu nautika, maka mereka telah melanggar undang-undang kontrak dengan memasuki perjanjian dan menyerahkan apa yang bukan miliknya.
Ordinan Darurat telah dimansuhkan pada November 2011 dan segala perundangan mengenai laut wilayah diletak di bawah Akta 750 yang dipanggil Akta Laut Wilayah 2012 yang telah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agung pada 18 Jun 2012. Seksyen 3(3) akta baru ini sekali lagi menjelaskan kawasan pantai wilayah tidak melebihi 3 batu nautika dari garis surut.
Tiada Niat Jahat
Kelantan tidak menerima royalti petroliam dari PETRONAS bukan kerana ia diperintah oleh Parti PAS tetapi kerana jelas berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh perjanjian Kerajaan Negeri Kelantan dengan PETRONAS pada 1975.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Husam bin Musa sebaliknya masih berpendapat bahawa terdapat niat jahat oleh PETRONAS dan telah membawa Kerajaan Negeri Kelantan menyaman PETRONAS. Malangnya walaupun kes ini masih menanti perbicaraan, Dato’ Husam dan kelompok tertentu di dalam PAS terus bermain politik di dalam isu ini dan adakalanya berselindung di atas pelbagai tuntutan lain termasuklah berhubung pendaratan gas asli.
Strategi mengapikan rakyat sehingga menimbulkan rasa benci kepada pemerintah bukanlah tindakan yang berhemah. Sebaliknya, di dalam menuntut apa yang telah termaktub di dalam perundangan hendaklah dibuat dengan cara perundingan dan bijaksana.
Melihat kepada strategi Husam dan kelompoknya, menunjukkan bahawa mereka tidak mementingkan penyelesaian kepada tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan tetapi mereka mahukan ‘mileage’ politik lantas sanggup membelakangkan semangat persekutuan.
Pintu Rundingan
Pada November 2009, Perdana Menteri Malaysia memaklumkan di Dewan Rakyat ada aktiviti eksploitasi gas di Blok PM301 dan mengumumkan bahawa beliau bersetuju memberikan wang ihsan kepada rakyat Kelantan berdasarkan eksploitasi tersebut.
Sebelum ini Terengganu turut menerima wang ihsan secara tahunan diatas persetujuan Perdana Menteri Malaysia kerana eksplotasi minyak dan gas di kawasan lautan lebih 3 batu nautika dari pantai Terengganu. Bahkan negeri-negeri Malaysia Timur juga turut menerima hasil dari aktiviti carigali diluar 3 batu nautika dari pantai mereka. Semua ini dilakukan menerusi rundingan yang diadakan secara berhemah dan hujahan yang bijaksana oleh pemimpin-pemimpin negeri.
Penduduk Kelantan bernasib kurang baik kerana segelintir pimpinan negeri lebih suka membawa isu yang sepatutnya dibincangkan penuh sabar dimeja rundingan ke jalan raya dan mengapi-apikan rasa benci kepada Kerajaan Persekutuan dan menjadikan ia isu untuk menjatuhkan lawan politiknya.
Usaha-usaha untuk berunding secara berhemah dan bijaksana bagaimanapun diteruskan Dato’ Sri Mustapa Mohamed, wakil tunggal Kelantan bertaraf Menteri Persekutuan. Khabarnya perlahan-lahan rundingan ini semakin menemukan titik positif. Adat berunding, mesti kedua-dua pihak mahu menang dan ia hanya akan berlaku bila kedua-dua pihak boleh berkompromi.
Walaupun sebahagian penduduk Kelantan faham tiada asas di dalam isu tuntutan royalti tetapi begitu gembira dengan perkembangan aktiviti carigali gas di luar pantai Kelantan. Ini kerana kita yakin semangat persekutuan di dalam teraju kepimpinan sekarang melampaui batasan jarak. Perkongsian kekayaan di dalam persekutuan di bawah pentadbiran Barisan Nasional sejak 1957 memberi harapan bahawa Kelantan juga akan berpeluang menikmati habuan dari khazanah di dasar Laut Cina Selatan.


terima kasih kerana penuhi permintaan kawe (melalui seorang sahabat) untuk demo tulis artikel ini.
ROYALTI akan meneruskan Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak & Gas sehingga PETRONAS membayar jumlah yang dipersetujui kepada Kerajaan Negeri Kelantan sepertimana yang tertakluk didalam Perjanjian Petrolium 1975.
Sheih said: Teruskan dan jadilah lembu yang dicucuk hidungnya. Fahami dulu apa yang diserahkan di dalam perjanjian 1975 dari aspek hak dan apa yang dijanjikan bukan lihat dari sudut politik cetek seorang dua individu yang merasa boleh menunggang isu ini untuk kepentingan peribadi.
Spin yang tidak menjadi dari bekas beruk Husam >>> Kesian
wang ihsan ko, pitih minyak ko, ambo dop kisoh. janji, budok2 ngaji buleh,
Huse, ore mati pun dia buat isu..tapi ambik berat semetar jah, ambik aura ore kata.. pah tu wat lupo.
HUSAM NAK KELANTAN MERDEKA?
Kalau cerita tentang wang ihsan ini, politiknya sempit dan tersepit sampai bila-bila.
Sempit kerana PAS masuk politik yg membawa Islam terperangkap dalam peti undi.
Maka jadilah PAS mengangkat ISLAM PETI UNDI. Karpal Singh pun boleh sepak peti undi Pas.
Kenapa tak terus iystihar Kelantan Darul Islam yang merdeka?
Dah kata PAS dah pegang Kelantan, Dinar Kelantan pun dah ada.
Pi lah ambik minyak kelantan tu di tengah laut sendiri.
Tunggu apa lagi Husam ? Ada berani?
yasalam
jika bukan hak Kelantan sekali pun, Kerajaan Persekutuan masih berniat jahat kerana tidak darat di daratan negeri Kelantan yang lebih dekat jaraknya.. ko guano?
Sheih said: Sebelum tuduh Kerajaan pusat berniat jahat, fikir dulu niat jahat orang yang menipu saudara semua sehingga saudara semua sanggup jadi lembu yang dicucuk hidungnya. Jarak b ukan ukuran. janganlah dicetekkan sangat pemikiran. Perkara ini melibatkan perjanjian dua hala antara dua negara yang masing-masing mahu memaksimumkan keuntungan oleh syarikat yang diberi hak carigali. Banyak aspek lain turut sama perlu diambil kira termasuklah permukaan bumi dan keadaan pantai serta kemudahan asas yang sedia ada.
Pak Sheikh……nok pencerohan sikit. Berdasarkan tulisan di atas apa yg saya paham adalah tiada royalti yg menjadi hak kepada Kelantan. Betul dok? But then, pado komen TPUnmasked yg menyatakan Royalti akan terus membuat tuntutan berdasarkan perjanjian antara kerajaan negeri kelantan dan petronas 1975 seolah-olah mengatakan bhw terdapat jumlah yg dipersetujui dibayar oleh petronas kpd kerajaan kelantan. Hok sebenarnyo hok mano betul?
Sheih said: Perjanjian antara Petronas dan kesemua kerajaan negeri hanyalah apa yang di darat dan di lautan. Terjemahan lautan mengikut hak negeri dipakai berdasarkan kanun tanah negara, iaitu hak negeri hanyalah 3 batu nautika atau 5.566 km dari paras air surut di pantai.
Kenapa tidak daratkan di Kelantan? Adakah kerana prasarana tak mencukupi? Adakah tak ada tanah untuk membina loji? Adakah tak ada jalanraya yang sesuai? Adakah kerana tak ada bekalan air bersih? Atau kerana tiada kemudahan pelabuhan yang sesuai? Cakap ! Cakap! Kenapa semua diam?
kalau 3 batu nautica dijadikan ukuran, terengganu pun tak layak untuk dapat royalti minyak yang dah mencecah 1 billion . Cuba pikir secara logiklah…,
Sheih said: spa yang diberi kepada terengganu bukanlah bayaran royalty seperti perjanjian berdasarkan Akta 144, tetapi bayaran tunai ehsan dari PM untuk menjana pembangunan negeri dan basmi kemiskinan. Pemberian yang sama telah dibuat kepada Kelantan bermula November 2009.
Teruskan pendedahan yg ada fakta Sheih.. Bukan dgn mencarut & memaki hamun seperti orang yang tak beragama..
http://www.mtja.org/notification.php
Sheikh,
I just wanna ensure you’re consistent in whatever you have said and commented:
(1) Do Kelantan, Terengganu, Sabah and Sarawak share the same petroleum royalty agreement?
Sheih Said: While Sarawak received Royalty based on Vested Agreement since following the Act PDA144, the others state received only Cash Payment based on PM’s power under the same law which is through discussion because the gas and oil field is more than 3 nautical mile from shore. Kelantan received it’s share through announcement made on 4 November 2009 by PM.
(2) Does a state need to have further negotiation with the Fed in order to secure the royalty? or whatever crap the cohoots call it;
Sheih Said: Royalty is paid to State based on vested agreement signed following the Act PDA144. It is between state and PETRONAS whereby PETRONAS will paid 5% twice a year cash payment to state for based on production on state land or state territorial water which is based on international and Malaysian law is 3 nautical mile from shore. Regarding activities outside state waters, it is upon the agreement by PM and currently now law mention about how the mechanism of payment should work.
(3) Before Pas took control of Terengganu back in 1999, the royalty was called and spelled r-o-y-a-l-t-y, and not wang ehsan. Why? And what is given to UMNO, hijacking the right of the State, in Kelantan is also called ‘wang ehsan. Why?
Sheih said: Based on law, what Terengganu received was not ROYALTY as based on the vested agreement. It is given by the power of PM because the activities is more than 3 nautical mile from terengganu’s shore. So PM can call whatever he wanted to call it and theres no law to streamline the mechanism of payment.
(4) Any idea why Ku Li is so adamant about giving the State its statutoty right to the petroleum royalty whereas he is not a Pas member, neither he is its leader?
Sheih said: YBM Tg Razaleigh talk about the spirit of federation not law per se. Based on that spirit Terengganu, Sabah and part of what Sarawak’s share were given. On 4 November 2009, PM made a statement in Dewan Rakyat and agreed to give to Kelantan too, based on the spirit that Tg Razaleigh mention. Not based on the vested agreement.
And I still hope that you’ll be consistent all the way since the time you served as Dato’ Husam’s balaci, now as an umNO’s friendly blogger and in the future as someone who will be gooned, or doomed.
Sheih Said: I am balaci of the people and unless based on my answer above you find me trying to cheat you, than I am very consistent.
Ramadhan kareem.
Salam,
Biar saya berikan pendapat sebagai jurutera bertauliah, rujuk kepada blog http://razmahwata.wordpress.com/tag/kelantan/ walaupun jarak antara Kelantan dengan platform gugusan Cakrawala adalah paling dekat, faktor-faktor lain juga memainkan peranan sebelum sesebuah projek itu diteruskan. Crude Oil & gas yg didaratkan akan diproses untuk mengasingkan jenis2 produk cthnya gasoline, kerosene, fuel oil, methane, ethane dsb. jika didaratkan di Kelantan, satu lagi loji pemprosesan perlu dibina di atas bumi kelantan dan sumber manusia pula perlu ditambah, ini belum lagi dikira jumlah kos pengambilalihan tanah dan bangunan untuk dijadikan laluan paip bagi menyambungkan sambungan dr kelantan ke PGU3. Adalah lebih ekonomi jika hasil petroleum ini didaratkan ke Thailand (jarak 227 km berbanding 330 km jika disambungkan ke Kerteh. Saya pasti Petronas dan juga kerajaan Malaysia sudah mengkaji baik buruknya sebelum meneruskan projek tersebut. Memang tak masuk akal la kalau Petronas melakukan projek untuk rugi. Dan juga saya merasa pelik melihatkan jumlah wang yg dituntut, memang tak masuk akal. Kalau gomen dah offer nak bagi tu kalau tak nak terima, suruh la gomen Malaysia ganti paip air ke buat highway ke kat Kelantan. Sekurang2nya ada juga manafaat umum…
Ku Li terlibat langsung dalam perjanjian antara Kerajaan Kelantan dan Petronas lebih 30 tahun dulu berkaitan royalti dan Ku Li menegaskan yang Kelantan berhak menerima royalti.
Apa komen Sheih ?
Sheih said: KuLi bercakap dari aspek semangat persekutuan bukan dari aspek perundangan. Saya yang pertemukan YB2 Pas dgn KuLi pada permulaan dulu jadi saya dengar sendiri daripada mulut KuLi. Dari aspek perundangan Kelantan dan beberapa negeri lain tidak layak. Itu jelas. Tapi pintu rundingan sentiasa terbuka
Gas tidak didaratkan di Bahcok adalah diatas kegagalan pihak KelOil (iaitu anak syarikat kerajaan Negeri Kelantan pada masa itu) untuk memenuhi beberapa perkara iaitu:
1. GAGAL menyediakan saluran paip dari pantai Bachok sehinggan 3 batu nautika
2. GAGAL menambak dan menyediakan tapak yang membolehkan logi penapisan dan simpanan gas dibina di Bachok
3. GAGAL menyediakan jalan dari Bachok ke Pasir Puteh hingga ke Kerteh
KelOil juga tidak meneruskan hasrat untuk membuat perjanjian dgn KUB walaupun telah menandatangani MOU. MOU adalah bukan perjanjian tetapi hanyalah persefahaman.
Macammana nk daratkan kt kelantan prasarana dh satu hal, perjanjian di jda adalah antara dua negara malaysia thailand bukan antara malaysia thailand kelantan, jd bila thai beri hak explorasi explotasi pada malaysia di jda maka logiklah kna daratkan di thailand, cuba fikir kalau gas dlm jda di explorasi oleh malaysia dan daratkan di malaysia, apa thailand akan berpuashati? Bilamana mereka dah buat prasarana di songkla yg siap tahun 2004, sudah tentu tuntutan mereka akan bawa ke ICJ kalau ini terjadi x siapa pon dapat masuk JDA untuk cari gali utk tempoh lama, silapnya bila diberi peluang pada Keloil untuk bangunkan industri hiliran petroliam dari 2000 2004 keloil gagal
bila negeri dah miskin, harta orang pun nampak macam harta kita. yer tak?
tengku Razali yg create perjanjian ni pun kata Kelantan berhak atas royalti ini, yg buat huru hara nya tafsiran Mahathir dan kuncu nya sperti demo, apo bare…
Sheih Said: YBM Tengku Razaleigh bercakap atas prinsip semangat persekutuan sebb akta 144 bersifat bona fide terhadap negeri negeri dlm persekutuan. Dari aspek perundangam Kelantan tidak layak tetapi Persekutuan beri juga wang ihsan bermakna ia mengutakan semangat persekutuan seperti disarankan oleh Ku Li.
Sheih Said: Bukan Tengku Razaleigh yang hasilkan (create) undang-undang ini. Tengku Razaleigh tidak pernah kata Kelantan layak dari segi perundangan tetapi dari sudut semangat persekutuan. Dan PM sudahpun berikan kepada Kelantan hasil dari aktiviti di Bumi Selatan.
adik kawe buleh wang ihsan, sebab adik kawe tak disenarai untuk buleh wang KWAPM dan e-kasih. Kalu tak ada wang ihsan atau diberi direct kepada kerajaan negeri, alamat xleh rasa la duit ihsan.
Simbol R bermaksuh, Rampas Reta Rakyat, tahun 1990 sblm pru..nik aziz kata ‘tanah haram ada dua jah, di mekah dan madinah, kalu bukan rizab hutan, cangkollah, bila dah cangkol, jadi hak’. maka suka lah peneroka hutan dan pakat teroka.. dewasa ini nik aziz ambik tanah yang diteroka tadi. cidik cidik. bayar premium dan ada resit bayar pun takleh jadi bukti.. come dah simbul R tu.. Rampas Reta Rakyat bagi ke cina kulim.
Sekadar pandangan….
Saya menarik perhatian desakan Kerajaan DAPig Pulau Pinang supaya Kerajaan Malaysia tidak melakukan rundingan dengan TS Syed Mokhtar di dalam perkara pengswastaan Pelabuhan Pulau Pinang sebelum PRU13. Ada pelbagai taksiran di dalam kenyataan Kerajaan DAPig itu. Pertama, mereka kuatir kononnya TS Syed Mokhtar akan menderma `wang pelincir’ kepada Kerajaan BN yang boleh digunapakai di dalam perbelanjaan parti BN. Wang pelincir diberikan kerana Kerajaan BN meng`award’ penswastaan pelabuhan kepada syarikat logistik TS Syed Mokhtar. Keduanya Kerajaan DAPig takut jika ada perubahan kerajaan selepas keputusan PRU13, Kerajaan DAPig sukar untuk campur tangan atau mengubah keputusan. Ketiga, Kerajaan DAPig takut merebak luasnya sentimen orang Melayu Pulau Pinang yang menyokong pembidaan dan penswastaan pelabuhan oleh TS Syed Mokhtar. Sokong TS Syed Mokhtar bererti sokong Melayu dan Kerajaan BN.
Seperkara lagi dasar DAPig, mereka mahu orang Pulau Pinang yang menguruskan pelabuhan mereka. Kalau begitu, Pulau Pinang patut ditabir oleh orang Pulau Pinang bukan orang Melaka., kata satu blog pro Kerajaan BN.
Saya bersetuju dengan nasihat pak sheikh kickdefella agar rakyat Kelantan faham aspek perjanjian diantara PETRONAS dengan Kerajaan Negeri. Kerajaan PAS dan YB Husam telahpun membawa kes tuntutan royalti ini ke mahkamah dan di dalam tindakan mahkamah. Dan seharusnya kita menghormati dasar bahawa kita tidak boleh membincang kes yang di dalam tindakan mahkamah. Kerajaan PAS telah jadikan kes ini sebagai modal kempen Pru dan membenci Kerajaan BN.
Saya cadangkan kita berbincang dengan baik, rayu dan minta tolong dengan Kerajaan BN, bukan dengan confrontation. IsyAllah, Kerajaan BN yang diterajui oleh DS Najib dan TS Muhyiddin amat bertimbang rasa orangnya. Berbaik baiklah bukan memaki hamun. Secara logiknya kita sendiri akan membantu orang yang hormat dan baik dengan kita.
Saya juga harap rakyat Kelantan dapat memberikan satu peluang kepada Kerajaan BN DS Najib menguruskan Kelantan untuk satu penggal. Saya percaya masalah air dan royolti dan pasarana akan dapat diperbaiki.
InsyALLAH Kelantan akan lebih bermaya dari segi ekonomi dan keagamaan.
Ikhlas dari
nasirwise
adakah pak sheih akan bersedih jika kelantan akan menang tuntutan royalty dimahkamah nanti.Maklumlah beria-ia sangat buat penjelasan dan penerang bahawa kelantan tak layak ….Ku li pulak kacau daun kata kelantan layak.abis camno ? InsyaAllah 4 tahun lagi mungkin terungkai kawapannya.(Daulat Tuanku!!!)
Sheih Said: Tidak ada apa yang patut disedihkan. Anda patut merasa sedih kerana tidak faham situasi sebenar dan sekadar menjadi mangsa permainan politik segelintir pihak. KuLi tidak pernah berkata Kelantan layak dari segenap aspek perundangan. Apa yang KuLi kata ialah Kelantan patut menerima di atas semangat persekutuan sebagaimana Terengganu dan Sabah serta sebahagian daripada yang Sarawak terima. Ingat, Ku Li Kata di atas semangat persekutuan bererti aktiviti diluar 3 batu nautika diberi secara ihsan persekutuan atas perintah PM kepada negeri2 walaupun dari aspek perundangan ia tidak layak.Dan di dalam kaedah ini, sejak 2009 lagi PM sudah bersetuju memberi secara ehsan kepada Kelantan iaitu menerusi aktiviti di Telaga Gas Bumi Selatan. Oleh itu pusat tidak terhutang apa apa kepada Kelantan.
Sekadar pandangan…..
Saya berpandangan jawaban yang diberikan oleh Tuan wajib diberikan kepada penceramah-penceramah BN, khasnya apabila penceramah BN di jemput berwacana debat di Sinar mahupun di Kelantan. Setahu saya hampir kesemua penceramah BN tidak berjaya memahamkan penonton/pendengar debat tersebut.
Penceramah BN kerap kali diajukan persoalan royalti ini walaupun topik debat telah ditetapkan. Umpamanya Uztaz Fathul Bari dan ramai lagi tidak menjawab soalan dari penonton bila diajukan persoalan royalti.
Saya cadangan BN banyak adakan ceramah debat di Kelantan dan beritahu fakta mengenai royalti agar Kerajaan Pas tidak berjaya di misi mereka supaya rakyat Kelantan membenci BN.
Jangan takut hadir berdebat di Kelantan kerana penceramah BN berceramah dengan penyokong PR. Saya amat menghormati Datuk Saripuddin, Ustaz Fathul Bari dan YB Khairy Jamaludin. Penceramah lain perlu berani dan berilmu apabila nak berdepan dengan penyokong PAS.
Kursus-kursus khas kepada penceremah yang nak ke Kelantan perlu diwujudkan.
Ikhlas dari
nasirwise
Terimaksih kepada Engineer oil & gal dan Kawe kerana telah memperjelaskan persoalan yang saya lontarkan dalam bahasa budak budak.
Assalamu ‘alaikum. Terima kasih kepada penulis article tersebut, dan membuka medan untuk diskusi yang berasaskan bahan rujukan yang tercatit. Saya merujuk kepada jadual pertama, Bintang Bravo (singkatan BiB) di senaraikan sebanyak dua kali (no. 1 dan 6). Adakah ini tanda jadual ni ada kesilapan? Pelantar BiA/ BiB berdekatan dgn LaA.
Sheih Said: Salam, terima kasih bro di atas teguran. Sebenarnya no 6 itu sepatutnya ialah Bunga Raya Charlie N06 57.80 E104 12.00. Maaf di atas kesilapan yang disebabkan oleh kecuaian di pihak saya sendiri.
satu soalan : bilakah wang ihsan / royalti (jika ada) diberikan kepada negeri2 yang berkenaan (kelantan / terengganu / sabah / sarawak) ?
Sheih said: Sabah dan Sarawak menerima Bayaran Tunai Petroleum sejak sebelum menyertai Malaysia lagi. Ini kerana aktiviti tersebut telah bermula sejak awal 1900 lagi. Bahkan penemuan telah dibuat dipenghujung 1880 an. Apabila menyertai Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai keistimewaan yang tiada pada negeri-negeri semenanjung yang telah membentuk Malayan Union dan kemudiannya Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan Malaysia dan kanun tanah menjamin negeri-negeri dari Boneo ini terpelihara haknya walaupun setelah memasuki Malaysia. Perlu diingat ini kerana isu yang paling sensitif ialah mengelak rasa bahawa Sabah dan Sarawak di jajah oleh Persekutuan Tanah Melayu. Apabila akta 144 digubal, Kerajaan Persekutuan bersetuju mengekalkan hak penguasaan Sabah dan Sarawak terhadap wilayahnya yang kini menjadi sebahagian dari Malaysia. Di dalam kata lain, hak wilayah pantai kedua negara itu adalah 12 batu nautika seperti yang diserahkan oleh British kembali kepada negeri-negeri itu untuk dibawah kembali ke dalam gagasan Malaysia. Jadi sebab itu Sabah dan Sarawak terus menikmati Bayaran Tunai 5% yang dijanjikan dalam perjanjian berdasarkan akta 144 itu walaupun di mana sekalipun hasil petroleum di temui.
Bagi Negeri di semenanjung pula, wilayah pantai mereka hanya 3 batu nautika merujuk kepada Kanun Tanah Negara. Jadi sewaktu perjanjian berdasarkan akta 144 itu, mereka hanya menyerahkan kelebaran lautan tidak lebih 3 batu nautika. Sehingga hari ini tiada penemuan hasil petroleum di sekitar 3 batu nautika dari pantai.
Wang Ihsan mula diberikan kepada Terengganu pada akhir 1970 an atau awal 1980 an. Manakala PM mengumumkan Kelantan akan diberi wang ihsan pada 4 November 2009. Pengumuman bagi Pahang pula ialah pada 30 Oktober 2012.
Sebelum ini timbul kekeliruan kerana Petronas di dalam penyata kewangan yang disiarkan dalam Buku Laporan Kewangannya menggunakan istilah ‘Royalti’. Dan Petronas menyatukan pemberian bayaran Tunai mengikut perjanjian dan pemberian yang dibuat atas arahan PM (wang ihsan) sebagai royalti. Sebenarnya tidak ada istilah royalti dalam akta 144, yang ada adalah istilah Bayaran Tunai dan lain-lain pemberian yang diarahkan oleh PM. Istilah Wang Ihsan juga tidak ada dalam akta 144, tetapi digunakan bagi membezakan pemberian yang di buat berdasarkan perjanjian dan pemberian yang diberi atas arahan PM.
Terima kasih. Mungkin ada kalangan sahabat yang boleh menambah atau perbetulkan.