UNTUK EDARAN
KENYATAAN MEDIA NIK MAHANI MOHAMED
Saya percaya rakyat malaysia amnya adalah rakyat yg berakal dan boleh memahami semua perkara dengan saksama.
Tindakan Polis Kelantan menutup siasatan kes jenayah dan jenayah komersil ke atas KGT bukanlah bererti Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) dan pengurusannya tidak bersalah kerana ianya di gugurkan atas sebab kes-kes laporan dibuat oleh orang awam. Di dalam kes melibatkan syarikat, polis memaklumkan hanya akan bertindak terhadap laporan yang dibuat oleh pemilik atau Ahli Lembaga Pengarah syarikat sendiri.
Jika tiada apa yang hendak disembunyikan mengapa Pengerusi KGT, YB Dato’ Haji Husam Bin Musa baru-baru ini membuat kenyataan mengelirukan kepada media dengan mengakui bahawa KGT hanyalah syarikat berasaskan keuntungan dan dinar & dirham KGT setaraf dengan barang perhiasan sahaja. Sedangkan,
- Pada 12 Ogos 2010, KGT telah melancarkan dinar & dirham itu sebagai matawang syariah dan mendapat pujian dunia kerana bertindak berani mahu mengembalikan matawang syariah.
- KGT menyenaraikan 1,000 kedai dan premis yang menjalankan transaksi menggunakan dinar & dirham KGT.
- KGT membiayai program-program yang mempromosikan dinar & dirham KGT sebagai ‘matawang alternatif’.
Saya sebagai bekas Pengarah Eksekutif KGT bersama ratusan aktivis merasa tertipu oleh kenyataan Pengerusi KGT tersebut. Kami telah menghabiskan masa dan tenaga terlibat dalam pelbagai program secara sukarela untuk mempromosikan agenda KGT iaitu menyahut seruan Allah S.W.T ke arah penghapusan riba dengan membawa kembali matawang syariah di abad ini.
Saya berpendapat menerusi kenyataan Pengerusi KGT baru-baru ini, beliau telah mengakui bahawa KGT telah mengelirukan rakyat dan para peniaga dengan niat sebenar penjualan dinar & dirham Kelantan oleh KGT.
- Ianya tidak lain dan tidak bukan sekadar memperdagangkan tuntutan Islam dengan tujuan meraih kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu.
- Menerusi kenyataan itu bererti dinar & dirham KGT tidak ada bezanya berbanding koin-koin emas dan perak yang berada di pasaran termasuklah yang ditempa oleh pihak bukan Islam.
KGT tidak seharusnya mengambil tindakan undang-undang ke atas media massa dan saya kerana hasrat kami adalah mempertahankan intergriti KGT sebagai pengeluar matawang syariah.
Sebaliknya sekiranya KGT dan pengerusinya ikhlas menjaga nama baik KGT, mereka sepatutnya membuat laporan polis ke atas Umar Ibrahim Vadillo, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif KGT dan Penasihat syarikat tersebut, atas sebab-sebab berikut,
- Memesongkan pemahaman umat Islam terhadap piawaian World Islamic Mint (WIM) yang Umar Ibrahim Vadillo juga adalah pemilik dan pengarah urusannya.
- Umar Ibrahim Vadillo menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KGT untuk memberi faedah kepada World Islamic Mint. Selain menerima gaji dari KGT, Umar juga menerima komisen yang dipanggil royalti yang dibayar oleh KGT kepada WIM.
- Umar Ibrahim Vadillo telah menggunakan nama KGT untuk mencari dana luar bagi membiayai aktiviti-aktiviti dan cita-citanya termasuklah yang mengakibatkan seorang warga Jepun kehilangan wang berjumlah USD 1 juta.
Hanya dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap Umar Ibrahim Vadillo sahaja Pengerusi KGT dan KGT sendiri boleh membersihkan namanya dari sebarang keraguan bersekongkol dengan Umar dan aktivitinya.
Akhir sekali saya berharap kemelut yang melanda ini tidak akan menjejaskan kepercayaan umat Islam terhadap pentingnya matawang dinar & dirham bagi membersihkan diri dari riba yang menyelubungi dunia kewangan hari ini. Insiden yang berlaku lewat ini bukanlah akibat kecacatan di dalam matawang syariah tetapi adalah disebabkan kelemahan kita sebagai manusia.
Saya menyeru umat Islam di Malaysia dan pertubuhan-pertubuhan serta parti-parti politik Melayu untuk bersatu memajukan dinar & dirham sebagai matawang syariah abad ini.
Wasaalam wrt wbrt.
Nik Mahani Mohamed
Rakyat Malaysia mungkin tidak faham mengapa kes ini di tutup..dan beranggapan ianya satu fitnah terhadap KGT..pada pandangan saya…ini adalah satu contoh akibat dari kurangnya pengetahuan rakyat Malaysia terhadap isu semasa…pengetahuan Am dan sbgnya… lantas ramai yg suka mencedok dari satu sumber yg kurang jelas dan menyebabkan perkara yg benar telah di jadikan polemik… apapun saya berharap rakyat akan sedar bahawa mereka sedang di permainkan oleh pembangkang di kelantan yg bertopengkan agama… semoga isu KGT ini akan membawa lebih banya pendedahan terhadap salah laku kerajaan negeri terutamanya individu seperti Husam. teruskan berjuang,, ALLAH sentiasa bersama org2 yg benar..
HUSAM ANTI DINAR ?
Husam menyaman Utusan dan Nik Mahani, tetapi lupakah Husam bahawa Utusanlah yang dari awal-awal lagi semasa krisis kewangan 1997 yang telah memberi ruang yang luas untuk aktivis-aktivis dinar dan dirham (DD) menulis tentang DD di dalam akhbar tersebut. Harakah pun agak terkemudian. Utusan telah meletakkan isu DD sebagai sangat penting dan telah menyeru pihak kerajaan memperkenalkan DD di Malaysia. Nik Mahani pula merupakan aktivis DD yang terlibat pada peringkat awal dalam penubuhan bank Islam tetapi telah melihat kekurangan bank Islam kerana tiadanya wang Islam di dalam bank tersebut. Malahan bank Islam adalah tidak lain hanyalah kesinambungan bank lazim atas nama Islam pula. Beliau melihat bank Islam seolah-olah hanyalah suatu agenda membawa riba Islam atau arak Islam. Dengan komitmen tersebut Nik Mahani bersungguh-sungguh MEMBANTU HUSAM untuk ketengahkan agenda DD melalui KGT.
Kini Utusan dan Nik Mahani menjadi tidak penting lagi kepada Husam malahan mahu menyaman kedua-duanya. Jadi sebenarnya adakah Husam anti dinar ?Apakah agenda Husam tentang DD?
Apabila Husam baru-baru ini mahu perkenalkan kad dinar elektronik (e-dinar) maka sangkaan kita semakin kuat bahawa Husam mahu sabotaj DD sebenar melalui menghilangkan DD fizikal ke dalam alam maya elektronik melalui e-dinar. Akibatnya ialah DD boleh dicipta sebanyaknya secara digital yang membuka ruang kepada ciptaan ‘something from nothing’ atas nama dinar. Maknanya Husam membawa agenda riba atas nama dinar pula. E-dinar akhirnya akan jadi alat riba baru. Apakah Husam terperangkap dalam ilmu ekonomi sekular yang diperolehinya semasa membuat ijazah dahulu? Ilmu ekonomi barat adalah juga ilmu sains tentang riba. Inilah juga yang terjadi kepada ustaz Dr Zaharuddin yang kini menjadi pejuang bank Islam untuk riba Islam. Husam pula mahu menjana wang maya elektronik atas nama dinar pula.
Penyakit saman adalah penyakit Anwar. Apakah Husam telah dijangkiti kuman Anwar yang suka menyaman pihak lain. Barang diingat Anwar memang sekutu dengan pihak riba dunia seperti Bank Dunia dan IMF. Husam bersekutu dengan Anwar. Tentulah pihak riba dunia senyum besar kerana mereka tahu tiada yang maksum lagi dalam dunia apatah lagi Husam.
Lihat juga kawannya Umar Vadillo yang perkenalkan DD di dunia. Beliau juga mahu kawal selia DD sedunia melalui ciptaannya iaitu World Islamic Mint (WIM). Samalah dengan Bank Dunia dengan IMF yang mahu kawal matawang sedunia. Apabila berkawan dengan Husam dapatlah dia penyakit parti PAS Husam apabila dilihat dari gaya cakap Umar seperti orang PAS yang suka mengharamkan apa sahaja. Haram, haram, haram ..itulah zikir Umar selalu apabila menyerang pihak bank negara dan bank Islam. Kita tahu orang di bank negara dan bank Islam ada yang sedar (seperti Nik Mahani) dan mahu keluar dari perangkap riba tetapi jika asyik haramkan pihak lain maka kita lupa kesalahan sendiri malah akhirnya menampakkan diri mereka dalam keadaan terbalik pula. Akhirnya jadilah Umar dan Husam seperti orang yang anti dinar pula dalam mereka berzikir tentang dinar.
Sememangnya apabila asyik berzikir tentang dinar kita mungkin lupa zikrullah.
Astaghfirullah.
yasalam
…bagi orang yg sudah biasa dgn perniagaan syiling emas, mereka tidak terpengaruh dgn agenda retorik Husam ketika malancarkan Mata Wang Syariah oleh KGT….konon-kononnya. Ianya tidak lebih hanya satu perniagaan syiling emas biasa seperti yg dikeluarkan oleh bank-bank perdagangan dan juga Public Gold.
Inilah rupa sebenar pemimpin PAS yang akan mempolitikkan segala benda atas nama Islam. Lihatlah bagaimana mereka mempolitikkan Hukum Hudud dan Negara Islam hanya untuk dapat kuasa walau pun tidak mampu untuk melaksanakan janji-janji pilihanraya mereka. Kini agenda Negara Islam telah bertukar kepada Negara Berkebajikan pula.
Tuan Syed dan Pembaca Budiman,
Saya majukan suatu analisis oleh seseorang berkaitan tulisan Umar Vadillo dalam facebooknya:
An Analysis of Umar Vadillo’s Facebook:
http://www.facebook.com/shaykhumar.vadillo.9
Posting on February 16 2012 at 12:28am •
• …“Tomorrow I meet the Sultan of Kelantan. If he agrees Zakat will be paid with the Shariah currency minted under his name. Darura will be over and that will be a check mate to Riba. And Victory Belongs to Allah”….
We have yet to hear from him regarding the said meeting with the Sultan which was during last February. He thought meeting with the sultan as something which can be announced from a facebook. Umar needs to know how to behave if he wants to meet the Sultan. He is checkmating himself. He has been capitalizing the names of Sultans to show his importance. He has done enough work in introducing the dinar but now he must know that it is time the local authority take charge and for him to move on to other places where the dinar is still unknown.
His posting also showed that all this while he minted the dinar without the permission of the Sultan. During the launching of the dinar in Kelantan in 2010, the Sultan was not present.
Posting on July 25 2012 at 4:12am •
• …“Some “small” individual send me a message yesterday that the Central Bank of Malaysia is preparing to prosecute me and send me to jail. I laughed. Oh Allah, they have no idea how little their pathetic threats matter to me! So in order to make it more clear to all of them I will repeat it again: The Central Bank of Malaysia is Haram, and it is the seal of Kufr in this land, and we will not achieve true independence until all the Central Banks disappear from our lands. And I am very very glad to be the number one enemy of all the Central Banks in the world. Hasbunallah wa ni’mal Wakil.”….
Amazing! He said he got a message from a ‘small’ individual and yet he makes big news in his facebook. Umar does not know that the Central Bank has no problem with the dinar. Zeti has been very nice and understood the matter well. She knew that dinar is a commodity and not legal tender and hence no need to take action. She is symphathetic to the dinar work. There is no need for her to compete with the dinar since both are in different paradigms. If any noise coming from Bank Negara, it is just pure play acting because she knew the limitation of Bank Negara wrt World Bank and IMF. The point is just like Dr Mahathir, Zeti wants the public and not the banks to seriously do the dinar work effectively. Why blame the Bank Negara when the Bank never prevented the dinar work. May be Umar forgot that Governor of Bank Negara is a human being who knows what is good about the dinar too. Just make sure that those doing the dinar work do it properly and efficiently. Remember good money will take care of bad money.
Bank Negara is just a building. Don’t make it real by making zikr on Bank Negara. Saying it is haram, will not solve anything. He is shouting at stones of the building. He wanted to be the number one enemy to all central banks. He talks about no true independence for Malaysia but he never talked about independence for Andalusia. Go back to Spain and release Andalusia.. We don’t want him to apply copyright law to the dinar by charging 1% Kelantan through WIM. WIM is his way of global control via the dinar. Hence WIM is no difference from World Bank and IMF? If he really wants to control the dinar, try doing it in Spain. The Malay Sultanates have their own history regarding the gold coins. The return of samas, kupang mas and silver ringgit will blend well with the dinar and the dirham. All should be minted locally and not at the WIM appointed mints in Dubai or Kazakhstan.
We don’t want Umar to be in our jail. Just go back to Spain
Posting on Friday 27th July 2012
…”I just had a beautiful dream in which my Shaykh taught me some things. In the last part of it he gave me two long plants around two meters tall, that bent like a willow tree, with very fluffy white leaves and he asked me to put them in my room. When I did my room changed completely. They looked like the picture bellow but a bit more fluffy. Can someone help me to identify them? “….
Here is a so called Shaykh calling on his facebook friends to help him with his dream. Why did he not go straight away and ask his Shaykh.
A reader responded below:
Haris Bin Tariq in my opinion if one is associated with any tareeqa of tasawuf and has a sheikh to guide him the he shouldn’t reveal his dreams publicly this has been the principle of tasawuf that one should keep his spiritual condition and status hidden from the public…and it is heard from salaf that one should not inquire about his dreams but from someone learned who knows about the usool of roya’a and ilhaams..thats my opinion ….so find it yourself what plant was that and what is the meaning of your dream..otherwise contrast of people’s opinion will make you confused
Islam telah diperlakukan begitu rupa oleh parti pas. mereka mengambil kesempatan dari kelemahan sebahagian rakyat yg terpedaya dengan ketokguruan nik aziz sedangkan beliau dan lain-lain pemimpin pas seperti husam jahil dalam ilmu kepimpinan sebuah negara. kelemahan rakyat terutama orang melayu dapat dilihat sekiranya kita hadir dalam ceramah pemimpin pas mahu pun pkr. mereka akan bertakbir dan ketawa dengan penuh kegembiraan sekiranya penceramah mencerca lawan, menyebar fitnah bahkan mencarut sekali pun atas nama islam. ayat ayat diatur dengan pendahuluan ayat suci al quran bagi menampakkan ianya majlis agama. semua perkara yang dilakukan adalah kerana politik walau pun mereka tahu ianya tidak akan berjaya. saya percaya kegagalan DD dan lain-lain projek kerajaan pas kelantan akan dipesongkan dari pemikiran rakyat/penyokong oleh husam dan pemimpin pas lain sekali lagi atas nama islam.