UNTUK EDARAN KENYATAAN MEDIA NIK MAHANI MOHAMED Saya percaya rakyat malaysia amnya adalah rakyat yg berakal dan boleh memahami semua perkara dengan saksama. Tindakan Polis Kelantan menutup siasatan kes jenayah dan jenayah komersil ke atas KGT bukanlah bererti Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) dan pengurusannya tidak bersalah kerana ianya di gugurkan atas sebab kes-kes laporan dibuat oleh orang awam. Di dalam kes melibatkan syarikat, polis memaklumkan hanya akan bertindak terhadap laporan yang dibuat oleh pemilik atau Ahli Lembaga Pengarah syarikat sendiri. Jika tiada apa yang hendak disembunyikan mengapa Pengerusi KGT, YB Dato’ Haji Husam Bin Musa baru-baru ini membuat kenyataan mengelirukan kepada media dengan mengakui bahawa KGT hanyalah syarikat berasaskan keuntungan dan dinar & dirham KGT setaraf dengan barang perhiasan sahaja. Sedangkan, Pada…