Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri ini yang bertanggungjawab dalam mendedahkan skandal dalam Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana menutup siasatan selepas empat laporan polis dibuat 6 Julai lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, NGO terbabit menegaskan penutupan siasatan itu memberikan ruang yang amat luas kepada mereka untuk membuat lebih banyak pendedahan berhubung dakwaan tersebut.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada polis kerana menutup siasatan. Jadi sekarang kita tidak takut menggangu siasatan polis lagi.
“Kita boleh mendedahkan segala dokumen supaya KGT dan Datuk Husam Musa boleh berdepan dengan perbicaraan awam selari dengan kedudukannya sebagai anak syarikat milik rakyat,” katanya.
Di antara NGO yang terlibat membuat laporan polis tersebut ialah Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Profesional Kelantan (KelPro), Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar) dan Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda).
Kenyataan tersebut dibuat sebagai respon kepada kenyataan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman bahawa pihak polis telah menutup siasatn berhubung empat laporan polis yang dibuat oleh NGO terbabit pada 6 Julai lalu.
Sebelum ini, Jalaluddin dilaporkan berkata, pihaknya telah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat tiga laporan polis yang dibuat oleh tiga individu termasuk bekas Pengarah Eksekutig KGT, Nik Mahani Mohamad.
Ketiga-tiga laporan polis itu menjurus kepada salah laku seorang pegawai kanan KGT.
Untuk rekod kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan mata wang syariah dirham dan dinar emas Kelantan pada Ogos 2010.
Bagaimanapun dirham dan dinar emas terbabit dikatakan tidak menepati kehendak syariat kerana pelaksanaannya berorentasikan keuntungan semata-mata bukannya membantu ummah.
Malah Mufti Kelantan, Datuk Mohd. Shukri Mohamad menegaskan dinar emas Kelantan hanyalah barang perhiasan biasa dan tidak lebih daripada itu.
Malah berdasarkan perbandingan yang dibuat, dinar emas Kelantan lebih mahal daripada dinar emas yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain kerana nilainya berdasarkan harga semasa yang dikeluarkan oleh World Islamic Mint (WIM) setiap hari.
WIM adalah sebuah badan yang ditubuhkan oleh salah seorang pegawai kanan KGT dan berpusat di sebuah negara Eropah.
KGT juga terpaksa membayar royalti kepada WIM kerana menggunakan logo pertubuhan tersebut. Di sini timbul persoalan kenapa harus membayar royalti kepada WIM dan siapa yang mendapat keuntungan daripadanya.
Apakah rakyat Kelantan mendapat keuntungan daripada royalti ini. Perlu diingat individu yang menjalankan operasi KGT adalah individu yang sama menubuhkan WIM. (Detik Perubahan)
Tuan Syed dan pembaca budiman,
hmm…menarik strategi Gabungan NGO dalam menerima keputusan pihak Polis dalam kes KGT dengan Umar Vadillo. Lebih banyak lagilah pendedahan boleh dibuat untuk rakyat tentukan sendiri kedudukan KGT, Umar dan lebih-lebih lagi bolehkah kita kaitkan kes ini dengan Husam? Apapun, Umar orang luar maka orang dalam yang membawa Umar ke dalam KGT mestilah dipertanggungjawabkan.
Perkara berikut mungkin boleh bantu kita melihat masalah KGT dengan jelas supaya KGT (dan Husam?) dapat berfungsi secara baik dan profesional dalam mengetengahkan koin DD kepada masyarakat.
1- Bagaimana Umar boleh dipilih menjadi CEO untuk KGT?
Ijazah apakah yang dia pegang? Di manakah beliau dapat kelayakan DR? Bila dia buat PhD?
Universiti manakah yang memberinya pangkat Profesor kepadanya? Jika tidak ada maka sememangnya beliau tidak layak untuk diberi kedudukan CEO. Maka KGT tertipu?
Tentulah kita akan tanya juga siapakah yang telah ambil keputusan membawa Umar masuk ke dalam KGT? Husam?
2-Umar sememangnya dikatakan orang WIM, malahan yang mencipta WIM dan WIM dikatakan mengenakan yuran 1% ke atas KGT untuk setiap koin terbitan KGT. Koin itu pula ditempa di Dubai atas syor Umar juga. Akhirnya keadaan ini membawa kepada KGT=WIM=UMAR=HUSAM?
3-Di Indonesia pihak WIN (Wakala Induk Nusantara) menempah DD di Indonesia. Tangan Umar ada dalam WIN tetapi tidak pula kita dengar yuran 1% diberi oleh WIN kepada WIM. Di sana juga sebenarnya Umar telah memecahbelahkan usaha untuk DD oleh rakyat Indonesia sehingga terjadinya WIN dan IMN (Islamic Mint Nusantara). IMN sekarang sudah memakai piawaian DD yang berbeza dari WIN dan dengan itu berbezalah dari WIM. Mungkinkah Husam tidak tahu semua perkara ini? Husam mungkin juga tidak tahu bahawa rakyat Indonesia samaada dari kumpulan WIN atau IMN, kedua-duanya mencetak DD di Indonesia dan bukan di Dubai? Apakah Husam masih terjajah fikirannya sehingga seakan-akan menjadi pak turut kepada Umar?
4- Di Cape Town, Afrika Selatan (katanya tempat Umar tinggal sebelum datang ke Malaysia) masyarakat muslim di sana telah memulakan penempahan DD atas apa yang dikatakan sebagai piawaian OMS (Open mithqal/dinar standard). Maknanya piawaian DD mereka berbeza dari DD oleh WIM. Mereka tidak kenakan yuran 1% kepada mana-mana pihak yang mahu membuat DD. Malahan mereka galakkan mana-mana komuniti membuat DD sendiri tanpa lesen. Kenapa Umar kenakan yuran untuk DD?Umar jual ilmu lazim? Adakah sultan dan khalifah terdahulu dalam sejarah Islam perlu bayar yuran lesen DD? Adakah Husam tidak nampak perkara ini?
5-Dengar khabar Umar sudah ke Pakistan dalam keributan kes KGT dan mungkinkah beliau tidak berani kembali ke Malaysia kerana bimbangkan follow up oleh pihak SPRM? Mungkin baik juga Umar mengajar tentang DD di Pakistan pula.
Jika Husam sudah sedar tentang apa yang dibentangkan di sini, dan dengan Umar berada di Pakistan dan dengan harapan Husam menjadi merdeka fikirannya, mungkinkah Husam boleh baikki keadaan DD di Kelantan agar ianya benar-benar menjadi DD Kelantan?
Beberapa maklumat berkaitan untuk memahami koin emas sedunia dan politik piawaian DD boleh diikuti di laman-laman berikut:
Data harga koin-koin emas sedunia:
http://isnet.za.net/wp-content/uploads/2012/01/dinarmarkups.jpg
Laman web Open mithqal (dinar) standard (OMS):
http://isnet.za.net/general/open-mithqal-standard/
Laman perbincangan fb tajuk – Piawaian mithqal terbuka OMS
(dinar bukan WIM) di Afrika Selatan:
http://www.facebook.com/groups/118738748188908/doc/317656468297134/
Laman People against Riba yang mempelopori OMS (dinar bukan WIM di Afrika Selatan):
http://www.facebook.com/groups/118738748188908/
Terima kasih dan selamat berpuasa,
yasalam
Salam! Saya tak paham… Kekawan yang sokong Umar V kata ini bukti dia tidak bersalah dan segala laporan polis fitnah belaka. Apa sebenar yang dah jadi? Datuk Jalil kata KGT tak bersalah tapi adakah ini bermakna sedangkan KGT sebagai syarikat tidak bersalah tapi yang masih menjadi tanda tanya adakah Umar V bersalah seperti di dakwa dalam laporan2 polis tu? Kalau tidak, mana perginya duit 1juta US tu? Mohon pencerahan. Binggung jugak dok pikirkan kes nih…
Alhamdulillah, pihak polis bertindak cepat dengan mengumumkan hasil siasatan bagi memberikan peluang serta ruang kepada sesiapa saja mengupas skandal kgt dengan lebih luas lagi,
Dedoh sheikh dedoh prabih bia tubik pah kor sluo dale puok lanun ning kalu tok buat lagutu yor kohor kuat ropok pitih rakyat yor tok duli doso pahalo doh depe ore blakon suko akhirat hok sbenar yor gilo mabuk hok dunio.
Eh?? Tutup kes? Apasal pulak…jangan biarkan si Vadillo tu terlepas!