Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri ini yang bertanggungjawab dalam mendedahkan skandal dalam Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana menutup siasatan selepas empat laporan polis dibuat 6 Julai lalu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, NGO terbabit menegaskan penutupan siasatan itu memberikan ruang yang amat luas kepada mereka untuk membuat lebih banyak pendedahan berhubung dakwaan tersebut. “Kami mengucapkan terima kasih kepada polis kerana menutup siasatan. Jadi sekarang kita tidak takut menggangu siasatan polis lagi.