Seorang pemuda, Mohd Faisal Bin Rohban Ahmad hari ini berazam mahu memulakan hidup baru sebagai seorang blogger. Mohd Faisal yang sebelum ini di saman fitnah oleh Naib Presiden PAS, YB Dato’ Haji Husam Bin Musa, amat bersyukur kerana saman tersebut telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu dengan alasan pihak Husam telah gagal membuktikan Faisal adalah blogger yang didakwa membuat fitnah terhadapnya.
Faisal ketika bercakap dengan Kickdefella hari ini membina azam baru, dia mahu bersama Kickdefella dan rakan-rakan media sosial di Kelantan untuk menentang kemungkaran terutamanya yang menyelebungi aktiviti-aktiviti Husam Musa.
Pada Oktober 2009, Husam pernah meminta Kickdefella menjejaki seorang pemuda bernama Mohd Faisal Bin Rohban Ahmad. Bahkan pada satu malam Husam telah mengarahkan Kickdefella pergi ke sebuah rumah berdekatan Jalan Kebun Sultan pada jam hampir sebelas malam dengan menyamar sebagai pegawai kebajikan untuk mendapat maklumat mengenai pemuda itu.
Tidak cukup dengan itu, Husam juga telah menghantar ‘orangnya’ di Hospital Kota Bharu untuk menjejaki dan mengintip arwah ayah Mohd Faisal yang ketika itu terlantar sakit.
“Sebelum ini penyokong-penyokong Husam menghukum saya lebih awal dalam laman facebook mereka berdasarkan laporan harakahdaily.net sedangkan mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan yang mengatakan saya adalah pemilik blog ruangbiacarafaisal,” kata Faisal.
“Saya pun belum memberikan keterangan di mahkamah ketika itu. Blog tersebut pun bukan milik saya, nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban Ahmad dan hari ini Mahkamah telah buat keputusannya. Pada 23 Oktober lalu harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog sedangkan itu salah,” tambah Faisal.
Mohd Faisal sekarang sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas Harakahdaily dan Sinar Harian.
Kickdefella merasa terkilan bila Husam meneruskan kes saman ini walaupun Kickdefella sendiri sudah menjelaskan kepada dua sahabat karib Husam bahawa pemuda itu bukan orang yang dibuktikan dalam carian kes saman itu oleh pihak Husam.
Kickdefella adalah orang yang terlibat dari awal dalam kes ini, kerana pada satu pagi setelah Husam tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS 2009, Kickdefella dimaklumkan bahawa ada dakwaan Husam menerima wang dari Tamrin Ghafar. Setelah memperolehi maklumat itu Kickdefella segera ke pejabat seorang sahabat di Wakaf Siku Kota Bharu dan ditunjukkan posting di dalam blog ruangbicarafaisal. Kickdefella kemudian mencetak posting itu dan menghubungi Husam.
Husam menyuruh Kickdefella menemuinya di warung nasi dagang di belakang pejabat Global Media Channel. Setibanya di situ didapati Husam seorang diri di dalam keadaan kusut. Setelah menunjukkan posting tersebut dan meminta Husam berterus terang sama ada dakwaan itu benar atau tidak, Husam mengakui dia tidak tahu menahu kewujudan blog itu di internet sebelum ini.
Usaha memujuk Husam untuk menyelesaikan saman itu di luar mahkamah gagal kerana menurut sahabat-sahabat Husam, Husam sering berkata dia belum pernah kalah di mahkamah walaupun telah berkali-kali menyaman ramai pihak.
Husam mungkin terlupa ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah’. Tiba masanya Husam tunduk ke bumi dan merendah diri di dalam berdepan dengan kritikan oleh rakyat.
salam sheikh,
husam lupa Allah Maha Kaya!! dia mungkin ada juta2 RM utk taburkan kpd pencacai2 dia @ utk tutup mulut sapa2 yg mahu mendedahkan perilaku buruknya. selama ini dia bermaharajalela ‘memerintah’ kelantan di belakang n.azis. depan n. azis dia berlakon taat tp dibelakang, apa yg dia tak rembat?
sheikh,
tolong senaraikan semua kegiatan salah husam yg sheikh kenalpasti & tahu siapa lagi yg terlibat dan bersekongkol bersama2nya. mana2 dokumen berkaitan bolehla sheikh share dgn pembaca supaya rakyat dapat buka mata & kenali siapa husam janapari ni!
ambo ada seorang kawan yg sgt kagum dgn husam ni sampai namakan anak dia husam jugak! dia asyik memuji2 husam sbg alim, baik, prihatin & benar!! hari ni mungkin dia menyesal panggil anak dia…
selama ini sedap sungguh puak2 pas menghukum org2 lain sbg perasuah, makan duit rakyat, control project dll. tp apa yg husam buat dah cukup membuktikan PAS LAGI TERUK SBB BAWA NAMA ISLAM TP TINDAKAN JAUH DARI LANDASAN ISLAM!!!
Dari dulu, kini dan selamonyo set2 gong ni akea kato ore lain tok betol dan set dio jah hok paling betol dunio akhirat. Ore kito gak kala bab pitis hok saloh lagu mano pong akea konar nok kato betol…….. Kala keno atah batea idong dio lah……… Kala keno atah batea idong orea lain gak……… Pah ko ceroh dok kutuk. Baso jenih busuk hati, busuk minda dan……. Mulut busuk
“Bahkan pada satu malam Husam telah mengarahkan Kickdefella pergi ke sebuah rumah berdekatan Jalan Kebun Sultan pada jam hampir sebelas malam dengan menyamar sebagai pegawai kebajikan untuk mendapat maklumat mengenai pemuda itu”
………………………………………………………………………………………………………………………………….
Jahat husam ni. mcm tu kah pemimpin islam ajar orang supaya menipu dan ganggu rumah orang di malam hari.
Ore bodo jah hok kato nik aziz tok tau pasal kegiatan usam selamo kening, nik aziz tau blako ore kliling dio royak blako lamo doh, nik aziz sajo jah wat donno sebab dio pun tok brani amik tindakan kor usam, mende ning usam tau nik aziz takut kor dio sebab tu usam koho lamo koho brani naik atah palo, kalu amik tindakan kor usam bulih likop pas kelate denge kusi mb nik aziz pung ilang tu yang nik aziz takut, duit usam banyok pahtu pengaruh dio besa dio cerdik tok lawe tokey tok lawe dasar parti doh tu nok takut gapo dio.
Kalu usam gulung tiko nik aziz denge pas kelate skali bukuh abih., cayo laa pas kelate tok ake buat gapo kor usam set yor kato kalu pas bunuh karier usam srupo pas bunuh diri, lagi pulok mano ado pemimpin kane pas keno pecat slamo kor ning namo nyo parti isle mano ado bulih wat saloh lain lah kalu yor lawe parti mace zul kulim mace asan ali tu baru kiro saloh baru bdosa bulih lah pecat, bdosa besar kalu lawe parti kalu tipu ore kor bahang pitih kor kiro tok bdosa, tu lah kelebihan duk dale parti pas.
Tidak cukup dengan itu, Husam juga telah menghantar ‘orangnya’ di Hospital Kota Bharu untuk menjejaki dan mengintip arwah ayah Mohd Faisal yang ketika itu terlantar sakit.
bdoh btul si husam ni…nk cri ank,smpai ke bapak dia yg skit pun diganggu…dh la slh org,buat malu jer…semakin hari husam semakin bodoh…
ak dgr crta dia nk failkan rayuan,nk rayuan ape kebendanya kau dakwa org yg salah..ckp lah ko mnyshkan khidupan org lain demi kpntingan politik kau husam musa..semua org dh tahu kau tu penipu besar!!
kick, kalau mcm tu sapa pemilik ruangbicarafaisal tu? saya suka jugak baca blog tu
Tahniah Sheikh..berkat Ramadhan, ini kali lu mesti success, Husam mesti jatuh punya lah.
Saman harakah, sinar & husam.. saman sore RM5 juto.. nate sume nie tokleh bewi muko..!!!
bertapa bodoh nyer seorang exco kanan kerajaan negeri kelanatan fitnah orng tanpa bukti yg cukup.. sampai tahap hntr orng upahan pergi cari mamat tu sampai ke rumah …..o…sungguh memalukan…mentang2 la orng tu nama faisal senang jer ckp mamat tu penulis blog rbf…..yg aku x tahan siap hantar orng upahan dia g sampai hospital tu….sudah2 la bt kerja yg memalukan ini……..
yang paling tak tahan siap menyamatr jadi kakitangan kebajikan masyarakat.. gikler ke aper.. boleh dikenakan tindakan sebab menyamar jadi kakitangan awam..
Kesian Husam. Korang pun jangan la kutuk2 dia sangat.