Seorang pemuda, Mohd Faisal Bin Rohban Ahmad hari ini berazam mahu memulakan hidup baru sebagai seorang blogger. Mohd Faisal yang sebelum ini di saman fitnah oleh Naib Presiden PAS, YB Dato’ Haji Husam Bin Musa, amat bersyukur kerana saman tersebut telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu dengan alasan pihak Husam telah gagal membuktikan Faisal adalah blogger yang didakwa membuat fitnah terhadapnya. Faisal ketika bercakap dengan Kickdefella hari ini membina azam baru, dia mahu bersama Kickdefella dan rakan-rakan media sosial di Kelantan untuk menentang kemungkaran terutamanya yang menyelebungi aktiviti-aktiviti Husam Musa. Pada Oktober 2009, Husam pernah meminta Kickdefella menjejaki seorang pemuda bernama Mohd Faisal Bin Rohban Ahmad. Bahkan pada satu malam Husam telah mengarahkan Kickdefella pergi ke sebuah rumah berdekatan Jalan Kebun Sultan…