Kelmarin, 10 Julai 2012, kami ronda-ronda di Bazar Tok Guru berbekalkan beberapa keping Dinar dan Dirham untuk cuba-cuba membelinya. Daripada 4 peniaga yang kami temui, 2 menolak urusan menggunakan matawang syariah. Seorang peniaga pula menerima tetapi dengan syarat ianya dibawah harga sebenar, dengan kata lain kami mengalami kerugian daripada jual beli tersebut. Peniaga terakhir, seorang wanita pula mendakwa inilah kali pertama dia berjual beli dengan menggunakan Dinar Dirham dan mengaku tidak tahu menahu soal harganya tetapi menerima sahaja apa harga yang disebut oleh kami.
Berbekalkan 3 Dirham, kami membeli 1 kain sampin dan 1 kain pelikat. Harga 3 Dirham itu sewaktu dibeli di Wakala KGT ialah RM75.
Pada 9 Julai 2012, kami telah membeli 1 keping ½ Dinar pada harga RM389.50, 3 keping 1 Dirham pada harga RM25.00 setiap keping, 1 keping dua dirham pada harga RM50.00 dan 1 keping 5 Dirham pada harga RM125.00. Jumlah bayaran yang kami buat untuk semua itu ialah RM639.50.
Sebaik sahaja bayaran dibuat, kami sudah kerugian sebanyak RM63.95 sen atau 10% daripada harga sebenar yang dibuat.
Jurujual pihak Wakala tidak berminat untuk menjual kami Dinar dan Dirham KGT kerana sebab tersebut. Sebaliknya mereka menasihatkan kami membeli Dinar dan Dirham terbitan penempa antarabangsa kerana ia mengurangkan kerugian serta-merta. Kerugian besar membeli Dinar dan Dirham Kelantan menurut jurujual itu adalah disebabkan oleh Harga yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan terlalu tinggi dan ditetapkan sekali sehari bukan seperti Dinar dan Dirham lain yang berubah setiap minit.
Oleh itu pembelian Dinar Dirham yang ditempa oleh syarikat antarabangsa adalah lebih selari dengan harga pasaran dengan premium yang lebih rendah.
Sebenarnya harga Dinar Dirham KGT bukan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan tetapi memandangkan jata atau logo Kerajaan Negeri terdapat pada Dinar Dirham itu menyebabkan kekeliruan kepada semua pihak.
Harga Dinar dan Dirham Kelantan ditetapkan oleh Umar Ibrahim Vadillo dan YB Dato’ Haji Husam Bin Musa. Saya sabitkan Husam kerana saya memiliki segala memo dalaman antara Umar dan Husam. Segala tindakan Umar termasuklah bagaimana premium antara 20% hingga 120% diletakkan ke atas Dinar Dirham ditetapkan telah dimaklumkan secara bertulis kepada Husam.
Apa yang menghairankan ialah Umar di dalam Curricullum Vitae nya kepada KGT memaklumkan bahawa dia adalah pemilik dan Pengarah Urusan World Islamic Mint. Umar masih mengawal World Islamic Mint walaupun dia menjadi Ketua Pegawai Eksekutif KGT dengan kuasa bersama meluluskan pembayaran berjumlah maksimun RM50,000.00.
Saksi memberitahu kami, Umar masih Ketua Pegawai Eksekutif KGT dan pemilik dan Pengarah Urusan WIM diwaktu dia memaksa Pengarah Eksekutif KGT menandatangani 3 keping cek kosong bernilai RM50,000.00 setiap satu untuk renovasi ‘pejabat WIM’ yang akhirnya ditukar menjadi pejabat KGT di Damansara Perdana. Saksi yang sama juga memaklumkan Umar secara keseluruhannya telah meminta KGT mengeluarkan 6 cek kosong untuk aktiviti berkaitan WIM.
Apabila berlaku pertelingkahan diantara Umar dan Pengarah Eksekutif KGT pada ketika itu, Umar telah didakwa oleh saksi sebagai berkata, ‘kamu tidak tahu, semua telah ditetapkan oleh Husam dan saya diluar pengetahuan kamu’.
Hari ini, KGT terus membiayai aktiviti WIM dengan menggunakan takrifan sebagai ‘penaja’.
KGT bukan syarikat milik Umar atau Husam. Ia adalah syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang ditubuhkan dibawah enakmen Negeri Kelantan.
WIM mendakwa KGT adalah sebuah syarikat yang dilesenkan oleh WIM untuk menempa Dinar dan Dirham. Dari manakah WIM mendapat hak mengeluarkan lesen itu? Di atas akta apakah WIM ditubuhkan? Sebagai penempa berlesen dari WIM, KGT perlu membayar royalti sebanyak 1% bagi setiap produksi yang dibuat dan harga Dinar Dirham pula perlu ditetapkan oleh WIM dan bukan pasaran.
Yang memeningkan kepala, ada pihak yang berkeras mendakwa bahawa tidak ada perjanjian antara KGT dan WIM atas tujuan lesen dan royalti itu. Jika tiada, adakah ini yang didakwa oleh Umar sebagai sesuatu yang telah ‘ditetapkan’ dari dahulu antara dia dan Husam?
Ringkasan audit dalaman PMBK yang salinannya ada pada kami juga menekankan beberapa aspek penting di antaranya mengapa tiada ‘purchase order’ dan mengapa wang tunai yang dibayar kepada KGT tidak dimasukkan ke dalam akaun KGT?
Aktiviti penempaan Dirnar Dirham KGT amat mengelirukan dan seolah-olah diluar kawalan KGT sendiri. Tempahan penempaan Dinar dan Dirham dibuat melalui seorang bernama Habib dari Emirates Gold Europe. Emirates Gold Europe kemudian setelah menerima telegrahic transfer dari KGT menolak 1% untuk dibayar kepada WIM.
Habib kemudian membuat bayaran kepada Emirates Gold Dubai, iaitu sebuah syarikat lain untuk menempa Dinar dan Dirham tersebut. Dinar dan Dirham yang siap ditempa di hantar ke Malaysia kepada sebuah syarikat lain yang tiada kaitan dengan KGT dan Dinar Dirham itu kemudiannya di letakkan di Safe Deposit Box di Damansara Perdana. Pada suatu ketika, peti simpanan itu di daftarkan bukan atas nama KGT tetapi diatas nama adik beradik Umar Ibrahim Vadillo.
Setiap Dinar dan Dirham yang mempunyai premium antara 20% ke 120% ini walaupun telah dijual balik kepada Wakala KGT akan tetap dijual semula kepada pembeli baru pada harga semasa yang dicampur premium yang sama, ini menyebabkan Dinar dan Dirham yang ‘terpakai’ itu terus dijual sebagai baru walhal kos penempaan, royalti dan premiumnya telah pun ditanggung oleh pihak pembeli pertama. Ini menyebabkan premium dapat dipungut berulang-ulang kali pada Dinar dan Dirham yang sama. Pembeli yang mencari keredhaan Allah sebenarnya sudah terperangkap di dalam satu skim yang mencurigakan dari sudut agama.
Aktivis Dinar Dirham yang menganggap tindakan kami ini sebagai anti Dinar Dirham adalah amat salah. Di dalam setiap taklimat dan pendengaran yang dibuat dari pertengahan Jun lagi, setiap individu yang terbabit, NGO dan Gabungannya telah dijelaskan mengenai kebaikan Dinar Dirham dan pelaburan di dalam logam berharga. Tujuan pendedahan ini adalah kerana kami tidak mahu Dinar Dirham KGT dipenuhi unsur-unsur yang menimbulkan fitnah dan meragukan.
KGT sebenarnya boleh membuat penempaan di dalam negeri bahkan Permodalan Kelantan Berhad pernah membuat tempaan Dinar Kelantannya di dalam negeri. Dinar Kelantan yang awal tidak membabitkan individu seperti Umar Ibrahim Vadillo.
Bagi membersihkan nama KGT dan Menteri Besar Kelantan, kita meminta KGT bersikap telus dan mendedahkan penyata kewangan tahunannya. Kita memohon ahli-ahli Parlimen PAS yang sentiasa memperjuangkan ketelusan turut sama meminta KGT bersikap telus. Dedahkan penyata kewangan tahunannya semenjak tahun 2009.

Kawe pong terkeno jugop. Loni kawe sipea lah dinar dan dirham sebagai tanda ingatan bahawa kawe pernah menyokong set-set Pitis mu Aku Sakau. Apa pon kawe rasa bila bab pitis dan harta dunia ni…….. Paka smutar besar kereto atas palo pun buleh gelap mato, gelap hati dan 2 x 5 mace Yahudi
Terima kasih Tuan Syed atas segala usaha baik untuk membaikpulih urusan dinar dan dirham di Kelantan. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.
Terlalu banyak kecelaruan yang sudah timbul dan kita harap mustahillah Menteri Besar Kelantan tidak mahu ambil peduli dengan segera?
yasalam
WIM = world imposter mint
Meaning to say, DD can’t be our ‘legal tenders’, gitu ko? And what is the better alternative, other than th common currencies? Or, what you’re trying to prove here? Kindly enlighten us.
Tore-Sore,
Jawapea simple jah…… Semua keno tipu dari dulu, kini dan selamonyo oleh set-set perasea bijok dan alim masuk syurgo tapi penipu, perompok, hati busuk, tamok, tolol, pemunoh agamo dan bangso la tolol
Rentetan bermula dari penemuan emas seterusnya kepada pembukaan lombong serta kilang emas di Kelantan yang dirasmikan oleh Nik Aziz, peristiwa ini heboh dicanang kepelusuk negara tidak hairan boleh dikatakan ramai yang percaya bukan saja rakyat Kelantan malah pengikut pas dari luar Kelantan percaya bahawa dinar dan dirham Kelantan yang terdapat diipasaran pada hari ini telah dihasilkan dari lombong serta kilang tersebut.
Puok puok ni memang terrer bab menipu terutama orang melayu islam akan mudoh tertarik dan terpedaya pada penggunaan ayat ayat alquran berbahasa ana ente setiap kali bersua, ini lah yang dikatakan menjual ayat Alquran demi kerana harta dan pangkat di dunia.
Ore melayu perase arab menipu ore melayu hok pape kedane pun melayu jugok
salam sheih
nak tahu juga dari tahun 2009 hingga sekarang berapa banyak KGT untung dan berapa banyak cukai telah dibayar kepada LHDN.
Kawe fwd no tel YB Zailah (019-982XXXX disunting untuk privasi) supayo demo g sediri jupo dio bowok memo/dokumen dan YB Zailah boleh tanya dale mesyuarat dewan harian PAS Negeri.
Sheih said: Bawa document kepada Dewan Harian PAS atau supaya dokumen jatuh kepada pihak tertentu yang kemudian akan berusaha untuk mengubahnya seperti usaha-usaha yang dibuat di dalam les Ariffahmi bagi menyelamatkan Tok Guru Nik Aziz? Dokumen sudah berada pada pihak berkuasa. sebarang usaha untuk mengubah dokumen itu akan dapat dikesan. Apa yang YB Zailah perlu buat ialah siasat setakat mana Penglibatan Dewan Harian dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dimaklumkan oleh individu tertentu tentang penubuhan KGT dan operasinya. Atau ianya dibuat sama dengan modus operandi Lebuhraya Rakyat, lancar dulu sebelum exco luluskannya dan akibatnya exco tiada pilihan tetapi terpaksa meluluskannya bila ia dibawa ke dalam mesyuarat bagi menjamin maruah MB terpelihara dan bagi mengelak MB dari terpaksa meletakkan jawatan kerana projek yang dirasmikannya telah ditolak oleh exconya sendiri? YB Zailah siasatlah yang itu dulu. Kemudian dia boleh berjumpa saya untuk tindakan selanjutnya.
Heran aku apa kuasa hebat yang ada pada yb zailah sampai minta jumpa dia, setakat ajk lajnah politik dan ajk perhubungan pas Kelantan apa yang dia boleh buat selain dari menerima segala keputusan yang telah di buat oleh pihak yang lebih senior dari dia dalam pas Kelantan, atas ehsan pihak senior lah membolehkan dia dilantik menjadi salah seorang wakil pas Kelantan takan dia mau lawan tokey hingga hilang periuk nasi, lagipun semua sudah maklum barang siapa ahli yang menentang atau menongkat arus pasti disingkirkan tanpa bicara itu lah rukun amalan dalam pas.
Syabas Sheih, dedahkan kepada pihak berkuasa jangan dibiarkan rakyat Kelantan yang selama ini memang di ketahui rata ratanya berpendapatan rendah di pergunakan oleh pemimpin yang tamak haloba.
Kemungkaran adalah wajib di dedahkan tanpa memilih bulu dan rupa lebih lebih lagi manusia yang bertopengkan islam.
selalu kawe kata kpd org PAS: PAS dgn UMNO ni lebih kurang – 2×5 saja! Masing2 dok itai lube mana lube hok bulih buat duit. Kalu org UMNO buat kita tak sakit hati sangat sbb pesen mrk doh dr dulu lagi, mrk ore jahil tak reti ugama ttp kalu org PAS buat sgt2 sakit hati sbb PAS ni org kuat iman, org alim, ulamak lagi ttp gomo jugak …. kita caya dan letak harape kpd mrk 100% …. adoiii sakitnya hati aku !!!.
ambo tak tahu…
Pak Sheih .. cuba test tengok projek-projek DD Umar Vadillo di link FB nih… kesemuanya dirakam pada 24 Jun 2012, di TTDI KL.
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/599757_435746629790308_2039531958_n.jpg
http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/252766_435746259790345_822789242_n.jpg
http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/209020_435739133124391_1082592828_n.jpg
Assalamualaikum bro syeih….
Teman nak bertanya,
Mereka yang menjual kembali dinar atau dirham kepada KGT mendapat harga asal(contoh 1 keping dirham=RM25) tak?
Jika tidak, berapa peratusan yang kurang dari harga asal(belian) semasa mereka membeli 1 keping dirham?
Sheih said: Apabila kita beli sahaja, mereka akan beli balik pada harga 10% lebih rendah.
Tuan Syed dan pembaca budiman,
DD adalah perkara baik tetapi melalui Husam dan Umar Vadillo kita dapati Kerajaan Kelantan dan MB Kelantan terperangkap dalam urusan DD yang merosakkan nama baik Kesultanan Kelantan.
Umar memang pakar apabila bercakap tentang DD tetapi dia bukan pengurus DD yang baik malahan dia akan cuba kawal segalanya tentang DD sebagaimana yang kita sedang lihat: Dialah alim dan Shaykh DD, pembuat polisi/copyright DD melalui badan2 kononya DUNIA melalui WIM , WITO dan E Dinar, mengurus DD dalam KGT, menempa DD, anaknya terlibat dalam pengedaran DD KGT. Maknanya keseluruhan urusan mengenai DD dialah yang punya.
Dahulupun kita pernah dengar dia gagal sebagai pengasas DD dalam sebuah syarikat yang ditubuhkannya iaitu IGDexchange yang berpengkalan di KL. Tetapi pemyakit gila emas Dr Shamsuddin orang yang disuruh oleh Umar menjaga syarikat itu nampaknya juga tak terkawal. Akhirnya Umar gagal menjaga projek itu dan beralih pula dia ke Kelantan. Nampaknya sekali lagi dia gagal dan kegagalannya ialah kerana cuba kawal segala-galanya. Dahulu dia tidak dapat kawal Shamsuddin tetapi sekarang dia tidak dapat kawal dirinya sendiri?
Semuanya dia yang punya? Lupakah dia semua ilmu yang dia tahu tentang DD itu adalah dari Allah belaka. Apabila ditegur oleh Pak Mufti Kelantan, Umar (dan keluarga serta pengikutnya) mencerca Pak Mufti dengan mengatakan Pak Mufti tidak layak bercakap kerana menjadi mufti yang makan gaji. Dia lupa dia juga telah menjadi Shaykh DD yang makan gaji dari kerajaan kelantan melalui KGT.
Kita terima Umar memberi nasihat dan mengajar tentang DD tetapi kemudian akhirnya dia makan minum hasil projek DD dan mahu mengawal DD supaya semua DD di dunia adalah menurut badan dunia abstraknya yakni WIM, WITO dan E Dinar. Guru beliau sendiri tidak makan gaji atas ilmu yang diajar kepada Umar tetapi Umar makan minum dan mendapat gaji dari ilmu DD yang dia ajari.
Sekarang dia katanya sedang berada di Pakistan, menjaja nama kelantan yang telah menerima cadangan projek DD nya. Kenapa dia tidak balik laksanakan projek DD di Sepanyol yakni negeri asalnya? Kerajaan Kelantan pula janganlah bergantung kepada Umar yang telah merosakkan nama baik DD kelantan.
Perkara baik tentang DD yang dijelaskan oleh Umar kita boleh terima tetapi cuba mengurus DD di negara orang kita tidak dapat terima. Mengurus DD di negara orang bermakna mengurus harta orang. Umar hendak mengurus harta negara orang dengan menggunakan ilmu DD nya. Mengurus harta orang bermakna mahu mengurus negara orang!
Umar gagal sebagai seorang pengurus dan dia pula tidak tahu makna di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Molek benarlah dia disuruh pulang segera ke Andalusia. Kita doa agar dia balik segera untuk bangkitkan balik Andalusia yakni tanah airnya sendiri. Di situlah cabaran sebenar DD untuk Umar. Uruslah negara sendiri. Jadilah Sultan di Andalusia. . Amin
yasalam
WIM mendakwa KGT adalah sebuah syarikat yang dilesenkan oleh WIM untuk menempa Dinar dan Dirham. Dari manakah WIM mendapat hak mengeluarkan lesen itu? Di atas akta apakah WIM ditubuhkan? Sebagai penempa berlesen dari WIM, KGT perlu membayar royalti sebanyak 1% bagi setiap produksi yang dibuat dan harga Dinar Dirham pula perlu ditetapkan oleh WIM dan bukan pasaran.
Pengerusi WIM adalah Ibrahim Umar Vadillo, manakala pengerusi KGT adalah YB Dato’ Husam Musa.
Demo dua ni pakat kekah pitih. Kita ore sesak nih, kekah jari…
“Apabila kita beli sahaja, mereka akan beli balik pada harga 10% lebih rendah”.
Kalau 10% lebih rendah, berbaloi apanya beli dinar dirham kerajaan husam & vadillo! Wang kertas RM pun tidak turun nilai sehingga 10%.
“Setiap Dinar dan Dirham yang mempunyai premium antara 20% ke 120% ini walaupun telah dijual balik kepada Wakala KGT akan tetap dijual semula kepada pembeli baru pada harga semasa yang dicampur premium yang sama,”
Teman percaya sekiranya penyangak matawang seperti George Soros tahu tentang ini dia akan tabik spring pada Husam Musa & Umar Vadillo.
Rakyat Kelantan yang menyokong pemerintah (PAS ) sudah kena tipu disgenap sudut. Samaada mereka tahu atau pun tidak kenalah tanya mereka sendiri. Jikalau ditanya sekali pun mereka tetap akan berkata ” Tak “,kami tak kena tipu pun. tok ke orge pes nak tipu orge pes” tetapi yang menjadi soalan, adakah mereka tahu, atau jika sekiranya mereka tahu, mengapa mereka menyepi. Itulah hakikatnya orang Kelantan tetap unik sebagai orang Kelantan.
Kurang perancangan tapi nak laksanakan. Habis jadi caca-merba & mcm2 kelemahan!
SPR AKAN GUNA TAKTIK KOTOR UTK PASTIKAN NURUL IZZAH KALAH DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini..
http://apakecoh2.blogspot.com/
hang beli duit dinar tu kat mana ? acu jual balik tengok brapa peratus dia tolak.. Memang rugi punya la… Biak masuk wang kat FD.
salam..jgn terburu2 buat andaian..kalau x tahu jgn malu nak bertanya,nanti sesat jalan..ibu segala ilmu bertanya…kalau nak tahu pasal hukum syarak rujuk ahlinya nak tahu pasal saham rujuk ahlinya nak tahu pasal emas rujuk ahlinya juga.kalau salah rujuk blh sesat.apapun kita salah diri kita dulu jgn dok tunding org lain.sepatutnya kita buat sesuatu berpandukan ilmu insyalah selamt dunia akhirat..berbalik kita kpd emas tadi,emas ni ada kategorinya bukan semuanya sama.Ada yg utk perhiasan/jewellery sprt rantai leher/tangan dll..lagi harganya berbeza mengikut design dan mutu sera kos pengeluaranya so bila ini berlaku,emas perhiasan baru dan terpakai sudah pastilah berbeza harganya….mcm keta baru dg yg terpakai(usedcar) heheheheh..Goldbar pulak biasanya harga rendah sedikit sb org yg cerdik x buat perhiasan.dia buat simpanan dan pelaburan shj.manakala kategori dinar pulak,asalnya sbg matawang alat utk mengukur sesutau barang..mcm duit skrng ni la…Kat negeri mana di msia ni yg RM100 x sama nilainya duit baru dan lama(terpakai)?cth duit RM5 yg BNM baru keluar dgn yg dah 5thn pun nilai yg sama jerbegitu juga dinar.sebenarnya xdok istilah nilai harga baru dn terpakai…..
yg kedua bab spread..tahu tak apa itu spread?susut nilai….ada syrkt yg ofer spread rendah dan ada pulak yg tinggi…nak buat mcm dah merka punya syrtk…tp awas dgn syrkt yg offer spread rendah yg x munasabah..bimbang nanti mereka x mampu beli balik…ada juga sykt yg jual mahal tp dia bagi spread rendah,ada pulak dia jual murah dia bg spread besar…adapun kita pengguna pula pilihlah dgn ilmu..jgn kita sekalikali fikir yg murah itu baik dan sebaliknya yg mahal itu buruk..semua org x sama ada yg sesuai dgn yg mahal ada pulak yg sesuai dgn yg murah..so ikut keperluan masing2.Bagi saya spread KGT ni munasabah lagipun syrkt ni ma’ruf(terkenal) dan mudah utk jual balik @ gadai kat msia ni..bank rakyat pun terima lagi produknya..
kita ni jgn terlalu agung sgt produk luar/bkn islam.mrk ni tak doa pun utk kita.tp saudara seagama kita ni hari2 dia dok doa kat kita persan tak?slps solat kan orng islam selalu berdoa muslimin muslimat muikminin mukminat….sb tu kita beli produk dng niat ibadah nak tolong saudara kita.sekali..kalau kita x tolong muslim kita sapa lagi nak tolong?nak harap org kafir?fikirlah sendiri..saya x anti produk luar tp jgnlah sampai kita hentam produk kita…
satu lagi saya nak kongsi….dlm bisnes ni mcm2 strategi ada..ada tu pesaing kita dia sanggup rugi 2-3 tahun turunkan harga yg penting dia dapat pelanggan bi;la pesaingnya dah bungkus…hehehe masa tu lah dia naik harga tiba2 sb nak cover yg 2-3 thn yg rugi..masa pesaingnya dah lingkup..so kita pengguna ni x dok pilahan terpaksalah…sama2lah kita renungkan!!!