Kelmarin, 10 Julai 2012, kami ronda-ronda di Bazar Tok Guru berbekalkan beberapa keping Dinar dan Dirham untuk cuba-cuba membelinya. Daripada 4 peniaga yang kami temui, 2 menolak urusan menggunakan matawang syariah. Seorang peniaga pula menerima tetapi dengan syarat ianya dibawah harga sebenar, dengan kata lain kami mengalami kerugian daripada jual beli tersebut. Peniaga terakhir, seorang wanita pula mendakwa inilah kali pertama dia berjual beli dengan menggunakan Dinar Dirham dan mengaku tidak tahu menahu soal harganya tetapi menerima sahaja apa harga yang disebut oleh kami. Berbekalkan 3 Dirham, kami membeli 1 kain sampin dan 1 kain pelikat. Harga 3 Dirham itu sewaktu dibeli di Wakala KGT ialah RM75. Pada 9 Julai 2012, kami telah membeli 1 keping ½ Dinar pada harga RM389.50, 3 keping 1…