Menteri Besar Kelantan semalam mengakui bahawa tidak tahu berhubung masalah dalam Kelantan Golden Trade Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
‘Ambo tak tahu’ adalah jawapan skema Nik Aziz terhadap segala kemelut yang berlaku akibat kelemahan urus tadbir Kerajaannya.
Disebabkan saya cuba untuk percaya bahawa Nik Aziz memang tidak tahu maka disini saya kemukakan soalan yang patut Nik Aziz tanyakan kepada Pengurus Besar KGT,
1. Berapa banyakah wang KGT yang diberikan setiap bulan untuk biayai aktiviti Bekas CEO KGT yang juga penasihatnya?
2. Apakah ‘Skim Saudi Islamic Mint’ dan mengapa Individu yang sama menggunakan nama KGT untuk menipu seorang pelabur dari Jepun? Mengapa tiga wakil KGT bersama pelabur Jepun ke Kazakhstan?
3. Kemanakah wang bernilai USD 1 juta dollar yang dilaburkan oleh pelabur Jepun itu? Kalau sudah ditukar kepada emas dan perak dan kalau benar dimanakah emas dan perak itu. Atau wang itu telah hilang ke dunia gelap yang mungkin membabitkan pengganas antarabangsa dan boleh diguna untuk mengancam kesejateraan dunia?
4. Mengapakah pejabat KGT di Damansara Perdana dipenuhi kaum kerabat individu tersebut?
5. Mengapakah segala urusan penempaan dinar dirham di Dubai tidak dibuat terus dengan Emirates Gold Dubai tetapi kepada seorang bernama Habib dengan menggunakan syarikat yang didaftarkan di Eropah?
6. Mengapakah dinar dirham yang ditempa oleh KGT di hantar ke Malaysia oleh Emirates Gold Dubai kepada sebuah syarikat lain yang tiada kaitan dengan PMBK?
7. Mengapa dinar dirham yang dibawa masuk tidak diisytiharkan sebagai dinar dirham dan apakah perisytiharan sebenar yang dibuat kepada kastam?
8. Mengapakah rumusan audit dalaman PMBK mendapati urusan KGT terutama di dalam soal penempaan dan penerimaan Dinar Dirham tidak dilengkapkan dengan dokumentasi yang tepat?
9. Siapakah Gani Auyeskhanov, passport Kazakhstan N06165156? Mengapa dia dibayar gaji tetap oleh KGT sedangkan dia adalah kontraktor bebas. Apakah KGT memohon permit kerja untuk Gani?
10. Berapa kepingkah dinar dan dirham hologram yang berada di dalam pasaran? Benarkah hanya 20 keping dan siapakah mempunyai hak ke atasnya. Mengapa KGT berjanji akan mengeluarkan dinar dirham baru pada Februari 2012 tetapi sehingga hari ini belum ada didalam pasaran?
Sekiranya selepas bertanya soalan ini Nik Aziz masih dengan jawapan ‘ambo tak tahu’, saya cadangkan Nik Aziz membuat temujanji untuk bertemu saya dan saya boleh berikan taklimat kepadanya.
MACAM MANA NIK AZIZ BOLEH JADI MENTERI BESAR PUN ”AMBO TAK TAHU”….HA…..HA….
SENANGNYA JADI MB KELANTAN NI BILA DITANYA TENTANG PENTADBIRAN SEMUANYA AMBO TAK TAHU….AGAKNYA APA YANG DIA TAHU EK…..? DAH LAMA DAH……GOT TO GO
NICK HE…HE..
dia ni menteri besar atau kayu?
bro.. nik aziz boleh terima kebenaran ke bro?
Sdr Syed Azidi dan pembaca budiman,
1- Saya agak memang sukar Nik Aziz nak jawab. Jika tak tahu jawab akan memberi makna dia tidak bertanggungjawab. Kalau koin DD itu sudah dilabelkan dengan label KERAJAAN NEGERI KELANTAN, bermakna menteri besar Kelantanlah yang kena jawab. Kalau tak jawab maknanya juga menteri besar tambah tak bertanggungjawab. Kalau nak terus jadi menteri besar maka ambillah tanggungjawab.
2- Jika hendak mula bertanggungjawab, jawablah soalan Pak Syed Azidi tentang individu itu. Mana mungkin sebuah kerajaan tidak tahu menahu tentang orang yang diambil oleh kerajaan kelantan untuk makan gaji atas nama DD. Tetapi orang itu telah mencerca mufti kerajaan Kelantan sendiri kerana makan gaji. Tidak layak katanya mufti negeri kelantan beri nasihat tentang masalah DD kelantan kerana makan gaji (gaji yang diberi oleh kerajaan Nik Aziz sendiri).
3-Lebih dahsyat apabila individu ini yang digelar juga alim DD, membuat polisi DD, mengeluarkan lesen DD (bilakah DD ada copyright/lesen?), makan gaji dari kerajaan yang mengangkat DD sementara menentukan tempat di mana DD mesti diperolehi sambil memarahi mufti negeri DD. Ke manakah negeri hendak dibawa pergi oleh orang ini yang memakai pelbagai topi?
4- Di Indonesia individu tersebut telah memecahbelahkan aktivis dinar di sana. Dialah yang terlibat pada mulanya memulakan Islamic Mint Nusantara (IMN). Dialah juga yang kemudiannya memulakan Wakala Induk Nusantara (WIN) sambil mengenepikan IMN. Tetapi rakan2 DD di sana tidak berurusan dengan WIM (World Islamic Mint) tetapi dengan WITO (World Islamic Trade Organisation). Berapa banyak badan2 WORLD yang individu ini jaga?
5- Hebatnya orang ini menjaga banyak WORLD organisation. Beruntunglah menteri besar Kelantan kerana banyak badan dunia yang berkaitan dengannya.
6- Di Indonesia WIN hanya dapatkan akreditasi dari WITO (orang itu juga) dan tidak perlukan lesen. Taktahulah akreditasi kena bayar ataupun tidak. Apapun WIN dan IMN tidak tempa DD di luar negara tetapi di Jakarta. DD kelantan perlu lesen dari WIM dan mesti tempa di Dubai, sekarang akan ke Kazakhstan pula?
7-Semoga Allah tunjukkan jalan untuk Nik Aziz balik, faham dan betulkan segala urusan di Kelantan bukan ke Kazakhstan.
wassalam
yasalam
satu lagi jawapan skema nik aziz yang dia terlupa nak cakap, ….ITU DIA PUNYA PASAL!
kepada orang Kelantan kamu teruskan lah minum lah ayer tangan dan ayer kaki ayer mulut ayer lior Nik ajis yang di jampi supaya kamu masuk syurga tak payah belajar jadi pandai sakit tak payah jumpa doktor..dan juga kuat sex beb!!!
yasalam,
banyak yg kamu tahu psl DD, WIM & WIN ni ya? nik aziz tak tahu!!!!! srupala kawan dia mb kedah slalu kalu org tanya dia tau kata ‘tak tau’! ‘tak tau’!!
saya x tau…saya x tau….jange ambik tau hal tepi kain ore….celako…celako…
wow..perengan akhir tu mesti tulis serta degupan jantung yg kencang..teringat lagu Bro Ramli Sarip.”aku menulis BUKAN KERNA NAMA…KERNA SIFAT KASIH..PADA SESAMA INSAN..KITA SAMA.. SEMUANYA SAMA..kpd pegawai SPRM..belajar mcm mana nak siasat.tak kan blogger nk ajar pulak.cisss.mkn gaji butar…
datu shaykh umar vadiilo http://www.suludarulislam.org/2012/02/datu-shaykh-umar-vadillo-we-can.html
Salam Tuan Syed,
Gambaran lebih jelas tentang IMN, WIN dan Umar Vadillo boleh dilihat di dalam laman ini seperti mana yang dilaporkan oleh Ahmad Adjie dari Indonesia.:
http://jentayuemastrading.blogspot.com/2010/12/penjelasan-singkat-dan-klarifikasi.html
Antara kata Ahmad Adjie:
1. WIN or Wakala Induk Nusantara was erected by Abbas Firman who then handed it over to Zaim Saidi who then asked his personal aide (wazir) to ‘go help Zaim distribute the dinar’ – - who was at that time, still made by Logam Mulia mint which meant it was not made by a wholly satisfactory mint under an amir – - this is done by the then-amir of Jakarta Abbas Firman because he wanted to have more time and concentration to build his own mint. So, saying that WIN was started by Umar Vadillo is nothing short of untrue.
2. Neither Umar Vadillo nor WIN established the loosely interconnected wakalas of Indonesia, it was me, Abbas Firman, Malik Abdalhaqq that started the system working under my model. If there was an architect, it was me, Alhamdulillah wa Shukrulillah, and it was established under the then IMN or Islamic Mint Nusantara, which I was head of. I have pushed this model forward at the time Umar Vadillo was pushing the WIM-WITO wakalas model which had little success and e-Dinar which was a big financial black hole for many thickened pockets in and near to the Murabitun. Someone had to come forward with a workable non-blackhole model.
Harapnya Tok Nik Aziz nampak betapa sebuah KERAJAAN boleh terperangkap dalam mainan WIM dan WITO yakni badan-badan yang dikatakan BADAN DUNIA? tetapi sebenarnya hanyalah dunia orang itu sebenarnya.
Maka buatlah dinar kelantan sendiri sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat tanpa perlu bergantung kepada WIM, WITO atau orang itu.
Sekarang nampaknya orang itu sedang jual nama Kelantan. Katanya Kelantan menerima dan melaksanakan cadangannya tentang DD. Tentulah dia tak beritahu bahawa bahawa dia sedang disiasat oleh pihak berkuasa Kerajaan Malaysia sekarang.
Sila rujuk:
http://diniharidinar.com/
http://www.facebook.com/groups/diniharidinar/
Semoga Allah tunjukkan Nik Aziz dan kita semua jalan keluar dari masalah ini.
yasalam
HAHAHAHAHAHA KEPALA GAJAH JAUH DI PUTRAJAYA DIA NAMPAK TAPI KEPALA BANA DI KELANTAN BUAT-BUAT TAK TAHU…
salam sheih
dah macam perniagaan bawah tanah.
tudio ayat standed nik aziz ‘ambo tok tau’ ini lah bakal calon MP pru ke 13 yang bercadang nak masuk parlimen, ambo tok tau laaaaaa
..trademart Nik Aziz bila menjawap kepada sesuatu ialah ‘ambo tidak tahu’…jadi sebenarnya dia buat apa atas kerusi ‘MB’ tu…tak kan jadi patung bernyawa pula sebagai lambang pentadbiran Islam yg hanya sekadar untuk pancing undi …kalau banyak isu yg timbul dia jawab ‘ambo tidak tahu’ mana wibawa dia sebagai MB ?????
….jadi sudah tiba masanya kerajaan PAS Kelantan dan “MB Ambo Tidak Tahu” di T U K A R !!!
Jawapan daripada seorang Menteri Besar yang amat memalukan ……bagi saya beliau tidak bertanggungjawab kepada rakyat yang dipimpinnya dengan mengambil sikap lepas tangan. Dengan jawapan itu timbul keraguan akan keupayaannya hari ini dan akan datang untuk mentadbir negeri Kelantan. Keupayaanya sebelum ini telah banyak dipertikaikan tetapi sikap degil dan keras hatinya menyebabkan beliau kekal disitu.
jangan marah nik aziz …dah dia mmg dok tahu …dio duk sibuk duk mikir hal org lain sapa lupo hal negeri sendiri … oh ambo dok tahu..mung tahu?
Di Kedah dah lama dah ada MB ” saya tak tahu”. Nampaknya Kelantan dan Kedah dari spesis yand sama. Kat Penang pulak ada CM “saya tahu semua” tapi di Selangor paling hebat ada MB “saya kaut semua”.