Husam Cabar Mufti Kelantan Berdebat? Skandal Mata Wang Syariah Makin Panas.
Sheih
Posted on July 1, 2012
Bila ada pemimpin bercakap pasal skandal matawang syariah ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Husam Musa akan cabar berdebat. Bagaimana dengan Mufti Kelantan yang semalam berkata Dinar Emas Kelantan bukan matawang, ia sekadar perhiasan sahaja. Apakah Husam akan mencabar Mufti Kelantan, Dato’ Mohamad Shukri Mohamad berdebat kerana kata-kata Mufti seperti yang dilaporkan oleh beberapa media arus perdana semalam dan pagi ini.
Mufti Kelantan juga menolak gesaan Gabungan NGO Kelantan dan blog ini supaya Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan diletakkan dibawah KDYMM Tuanku Al Sultan Kelantan menerusi Baitul Mal.
“Dinar yang ada sekarang tidak termasuk dalam kategori mata wang. Ia hanya macam barang perhiasan lain’, kata beliau.
Asas yang digunakan itu diketengahkan beliau sebagai dalil kenapa ia tidak perlu diletakkan di bawah KDYMM Tuanku dan Baitul Mal. Sebelum ini Dinar dan Dirham Kelantan digembar-gembur sebagai mata wang syariah oleh pihak tertentu di dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Bahkan YAB Menteri Besar pernah mencadangkan pembayaran gaji kakitangan Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco Kerajaan Negeri dibuat menggunakan Dinar Dirham Kelantan.
Mufti Kelantan juga melahirkan kebimbangan terhadap eksploitasi oleh pihak tertentu lalu berkata, “Yang saya bimbang ialah takut ada eksplotasi sehingga mencetuskan unsur-unsur penipuan, itu bukan soal mata wang. Penjualan emas jangan sampai ada penipuan”.
Berhubung susut nilai yang ada pada dinar dirham itu dan susut nilai akibat kerosakan pada ‘packaging’ atau sampul plastiknya Mufti terus melahirkan kebimbangan dengan berkata,
“Masyarakat kena tanya kenapa jadi susut nilai pada pasaran, bukan (isu) buka atau tidak buka. Harga emas tidak tertakluk kepada buka atau tidak (sampul plastik), ia tertakluk kepada harga pasaran sekiranya ia tidak tertakluk kepada harga pasaran tetapi kerana buka (sampul plastik) itu maka ada unsur penipuan”.
Pada masa kini harga Dinar dan Dirham Kelantan tidak ditentukan oleh harga pasaran tetapi oleh World Islamic Mint yang dipelopori oleh Umar Ibrahim Vadillo. Umar juga adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) serta penasihat syarikat tersebut.
Umar pernah menemui Tun Dr Mahathir untuk menjual idea tersebut, tetapi atas sebab-sebab yang hanya Tun Dr. Mahathir boleh nyatakan, Bekas Perdana Menteri Malaysia itu tidak bersetuju dengan idea matawang syariah yang bawa oleh Umar.
Umar dibawa ke dalam Kelantan Golden Trade oleh YB Dato’ Haji Husam Bin Musa tetapi sehingga hari ini, Husam memilih untuk mendiamkan diri tentang hubungannya dengan Umar.
Kelantan Golden Trade yang pernah diterajui oleh Umar pula menempa (mint) Dinar dan Dirham Kelantan hanya setelah diberikan lesen oleh World Islamic Mint (WIM). Kewujudan dan kesahihan WIM dari sudut perundangan pula masih kabur. Atas dasar apa WIM mempunyai hak mengeluarkan lesen kepada mana-mana syarikat di Malaysia untuk mengeluarkan Dinar dan Dirham?
WIM pula amat berpengaruh di dalam KGT sehinga Wazirnya, Irwan Izhar mengakui menerusi nota di laman fecebooknya bahawa dia mempunyai hak tertentu untuk memastikan Pengarah Eksekutif KGT boleh disingkirkan dari syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan segera. Sedangkan ketika itu Pengarah Eksekutif KGT berusaha keras memastikan KGT tidak diekploit oleh WIM sehingga boleh menimbulkan pecah amanah dan sebagainya.
WIM juga mendapat habuan terus dari setiap Dinar Dirham yang ditempa oleh KGT menerusi royalti yang tentukan oleh KGT. Selain itu, Semua aktiviti penempaan Dinar Dirham KGT hendaklah dikendalikan oleh WIM yang sebelum ini menempanya di Dubai.
Dengan kata mudah, Husam membenarkan Umar Ibrahim Vadillo (sewaktu menjadi CEO KGT) dan selepas itu sebagai penasihat, membayar royalti kepada WIM yang juga berkait dengan Umar selaku pelopor dan menurut sesetngah pihak Umar juga Presidennya.
Dari mana pula datangnya wang untuk menempa Dinar dan Dirham itu? Ada desas desus mengatakan ianya datang dari PMBK Sawit di mana Husam adalah pengerusinya.
Atas sebab inilah kita sudah kerapkali meminta penjelasan Husam supaya tidak timbul fitnah dan supaya kami dapat mengesahkan maklumat yang berlegar sekarang ini.
Bagaimanapun ahli Dewan Undangan Negeri selama dua penggal ini lebih suka hendak berdebat dari menjawab persoalan rakyat dan pengundi.
Seterusnya kita juga perlu tahu mengapakah Dinar Dirham Kelantan tidak berlandaskan harga pasaran tetapi berlandaskan harga yang ditentukan oleh WIM. Memang benar bahawa setiap penempaan Dinar Dirham menyebabkan ada kos penempaan, design dan lain-lain tetapi mengikut kajian, Dinar dan Dirham Kelantan mempunyai harga yang terlalu tinggi berbanding Dinar Dirham lain di pasaran.
Berikut adalah maklumat terkini, sah seperti pada waktu posting ini dibuat,
(i) 1 Dinar Kelantan – Harga hari ini RM780.00 (Terbitan WIM dan KGT) – Berat 4.25gm – ketulenan emas 917/22k.
(ii) 1 Dinar Emas Mekah – Harga hari ini RM684.00 (Edaran Sri Ayu Fine Gold & Jewelleries) – Berat 4.25gm – ketulenan emas 917/22k.
(iii) 1 Dinar Muslim – Harga hari ini RM698.04 (Keluaran Emirates Gold DMCC, Dubai) – Berat 4.25gm – ketulenan emas 916/22k.
(iv) 1 Dinar Gold – Harga hari ini RM697.41 (Tiada maklumat pengeluar) – Berat 4.25gm – ketulenan emas 917/22k.
(v) 1 Dinar Gold Coin Public Gold – Harga hari ini RM720.00 (Keluaran Public Gold Marketing Sdn Bhd) – Berat 4.25gm – ketulenan emas 916/22k.
Harga emas 22k pada hari ini menurut laman web Public Gold ialah RM168.95 per gram. Oleh yang demikian harga 4.25 gm emas 22k pada masa artikel ini ditulis ialah RM718.03.
Menurut wakil syarikat penjual Dinar Emas Kelantan yang mahu dirinya dirahsiakan, sekiranya anda menjual/memulangkan 1 Dinar Kelantan pada hari ini kepada mereka, mereka akan menerimanya pada harga paling tinggi ialah RM702.00 sahaja. Harga tersebut bagaimanapun bergantung kepada beberapa faktor termasuk kualiti bungkusan plastiknya. Jika terdapat kerosakan pada bungkusan tersebut atau jika Dinar itu dianggap emas terpakai, mereka tidak berani mengambilnya pada harga tersebut.
Sekarang timbul pula persoalan kesahihan pembayaran zakat menggunakan Dinar Dirham Kelantan. Sekiranya Dinar Dirham ini mempunyai susut nilai yang tidak bergantung pada pasaran emas semasa, bagaimana kita mahu menentukan jumlah pembayaran zakat supaya penerimanya menerima jumlah yang sebenar? Begitu juga dengan Dinar dan Dirham Kelantan yang digunakan menggantikan ringgit sebagai hantaran. Mufti Kelantan sudah mengesahkan bahawa Dinar dan Dirham Kelantan bukan matawang syariah.
Mungkin Husam juga dapat menjawabnya daripada mencabar Dato’ Awang Adek untuk berdebat. Rakyat membayar gaji kepada beliau bukan untuk berdebat. Kalau dia enggan menjawabnya, ada baik Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan usul memotong gaji Husam.
Nyo tipu ko tok menego emas la puak-puak ni. Upah ratai emas bini kawe pong dalam RM 70 rial jah sebab bentukkan mas loni bayak pakai mesih bukannya tepo macam dulu.Gong benarlah kalu upah nya baham sapai RM 120-250. Dahlah harga emas tak ikut harga pasaran semasa.Harga ikut pasaran WMM.Cayo ambolah kalu keh macam ni, harga mas melambung pong puak-puk tok neja ni takkan naiikkkan harga jualan seperti harga emas semasa. setakt tipu daya tok neja mas ni dalam poket ambo jah.
Husam tuh bukankah banyak keh dah sebelum ni,keh kambing,keh pasar KB???, yang puak2 mu dok percayo lagi tu buat gapodia. Taksoh kecek banyak la,royak ko husam, amik balik mah mu ni, wak mari duit aku balik. tak utung 10 sen tak po. rakyat beli mah kerajaan kelantan kerana cayo ko kerajaan, nya tipu atah darat ko puak-puak nih neja mah. bedera bulu roma nak marah wehhhhhh
Ni baru KGT.Anak syarikat PMBK yang lain lagu mano cerito?
Memang betul Dinar 22K (916) WIM yang sekarang beredar di Kelantan adalah termasuk kedalam kategori perhiasan, tidak layak dimasukan ke dalam baitulmal manapun, karena itu IMN telah mekakukan koreksi terhadap ‘standar’ koin WIM dan WIN ini tahun 2010, silahkan baca http://islamhariini.com/2011/01/02/standarisasi-ukuran-dinar-dan-dirham-dalam-perspektif-sejarah-dan-fiqih-islam/ dan FATWA IMN lihat http://islamhariini.com/2011/01/16/fatwa-berat-dan-kadar-dinar-dirham-islam/ .
Untuk apa membeli Dinar 22K (916) WIM yang harganya mahal (premium) coba bandingkan dengan http://www.dinarfirst.org, Dinar standar WIM (Vadillo) itu kadar dan beratnya masih kurang sehingga belum layak digunkan untuk pembayaran Zakat dan Dinar arahan WIM tersebut tidak sesuai mithqal, sebaiknya masyarakat Kelantan dan Sultan Kelantan meminta WIM (Vadillo) untuk menarik Dinar 22K tanpa pemotongan buyback yang besar, jangan maulah kita diperdaya oleh orang spanyol itu yang hanya menjual lisensi, klaim ‘otoritas’ sepihak dan menggunakan KGT sebagai kendaraan dan juga mempergunakan nama Sultan-sultan melayu di Nusantara untuk dijadikan kendaraan oleh Vadillo dan grupnya untuk mencari uang atas nama Allah dan rasul, astagfirullah.
Untuk sekedar informasi di Jakarta ada kaki tangan vadillo dengan perilaku yang kurang lebih sama, kaki tangan Vadillo tersebut adalah organisasi yang disebut WIN atau Wakala Nusantara yang juga mengikut gaya dan standar WIM. Bagi masyarakat di Indonesia dan Malaysia yang mempunyai dinar 22K (916) dari WIM/KGT dan WIN mintalah mereka untuk bertanggung jawab terhadap koin Dinar 22K (916) untuk mereka segera menarik Dinar 22K (916) tersebut dan tuntulah WIM/WIN untuk tidak melakukan pemotongan harga buyback tidak lebih dari 3 persen, jika di atas itu maka akan sangat merugikan anda, mereka sudah menjual Dinar 22K (916) dengan harga yang tinggi. WIM (Vadillo) memang berbisnis koin dibungkus dengan kesalehan palsu, lalu kalau sudah begini apa beda WIM (Vadillo)/KGT dengan Canadian mint, US mint atau Royal mint jika WIM (Vadillo) melakukan harga premium dan meminta lisensi, ini kapitalisme baru yang terselubung, SCAM!
Sdr Sheih dan pembaca budiman,
1- Pada syiling 50 sen, 20 sen, dan semua duit sen ada tertera perkataan BANK NEGARA MALAYSIA (BNM). Maknanya pihak BNM akan ambil tanggung jawab dari segi ketersediaan duit pecah atau (fulus) dan segala masalah tukar balik mahupun penerimaannya. Jika ada masalah pihak BNM akan menjawab berdasarkan tugas bidangnya.
2- Pada syiling DD KGT terdapat tulisan KERAJAAN NEGERI KELANTAN. Pihak manakah dalam masalah DD KGT ini yang akan menjawab tentang masalah yang dihebahkan oleh media Malaysia sekarang? KGT kah atau KERAJAAN NEGERI KELANTAN?
3- Hingga kini kita tidak nampak samada KGT mahupun KERAJAAN NEGERI KELANTAN menjawab persoalan ini secara bertanggungjawab dan profesional.
4- Jika benar DD KGT ialah matawang KERAJAAN NEGERI KELANTAN, kenapakah pihak Datuk Mufti melihat DD KGT sebagai bukan matawang KERAJAAN NEGERI KELANTAN?
5- Hujah Datuk Mufti boleh kita terima kerana beliau secara tidak langsung mempersoalkan jika DD KGT dianggap sebagai matawang KERAJAAN NEGERI KELANTAN maka kenapa terdapat ‘spread’ pada koin tersebut. Dalam bahasa mudah jika DD berada di dalam plastik nilainya sebegini tetapi jika dibuka plastik atau casing (maknanya jika sudah dipegang apatah lagi kalau terkena kekotoran) nilainya lain. Perkara begini tidak terjadi kepada koin 50 sen BNM. Kotor sebagaimanapun BNM tetap terima untuk tukar balik dengan koin 50 sen yang baru. Adakah KERAJAAN NEGERI KELANTAN mahu tukar koin dinar atau dirham yang lama dan kotor dengan yang baru secara percuma? Jika tidak maknanya KERAJAAN NEGERI KELANTAN tidak bertanggungjawab ke atas DD yang telah ditempa atas nama kerajaannya sendiri. Inilah agaknya maksud Datuk Mufti.
6- Jika Datuk Mufti nampaknya menafikan DD KGT adalah matawang sah atas nama KERAJAAN NEGERI KELANTAN maka bagaimanakah perkataan KERAJAAN NEGERI KELANTAN boleh ditulis di atas koin DD KGT? Ada sesiapakah yang telah memandai-mandai menulis perkataan KERAJAAN NEGERI KELANTAN pada koin DD KGT?
6- Mungkin sukar untuk KGT menjawab kerana KGT hanyalah syarikat yang diamanahkan untuk menyediakan DD menurut arahan kerajaan negeri kelantan? Itupun jika betul2 ada arahan sedemikian.
7-Tetapi agak menghairankan apabila sebilangan keci dari kumpulan DD Umar Vadillo pula yang sekarang beria-ia melancarkan serangan ke atas Datuk Mufti dengan pelbagai tuduhan liar. Barang diingat Umar adalah orang yang dikaitkan sebagai pengasas WIM dan juga bekas pekerja KGT dan sekarang penasihat KGT (rujuk untuk reaction kumpulan DD Umar Vadillo dalam facebook dalam laman web http://diniharidinar.com/).
8- Padahal pihak Kerajaan Negeri Kelantan mahupun pihak KGT agak diam sahaja dalam hal DD ini. Kumpulan DD dari kumpulan pengeluar yang lain pun nampaknya tidakpun nampak dalam kerisauan. Mereka terus sahaja memperjuangkan kepentingan DD tanpa peduli kepada masalah DD KGT. Mungkin juga kerana selama ini pihak DD Umar Vadillo menafikan kebolehwujudan DD kumpulan lain jika tidak ada branding WIM maka mereka lihat ini bukan masalah DD secara am tetapi masalah DD Umar Vadillo yang berkeras tentang WIM?
9- Berkaitan dengan WIM yakni pada pelekat WIM yang bertulis “Dinar dan Dirham diterima di sini” yang sering dipelekat di sesetengah kedai di Malaysia seperti mana pelekat VISA accepted here kita perlu soal, siapa yang ambil tanggungjawab. Ada pegawai WIM yang datang melihat kepenggunaan baik pelekat tersebut? Apapun soalan yang lebih besar ialah apa itu WIM, siapa WIM dan bagaimana orang WIM boleh bekerja dalam KGT malah boleh mempengaruhi KERAJAAN NEGERI KELANTAN?
10- Akhir kata Dinar dan Dirham bukanlah suatu masalah, malahan suatu rahmat tetapi DD berWIM mungkin bermasalah kerana kita lihat WIM bagaikan menjadikan DD ada copyright atau berpaten yang umat Islam sejagat perlu bayar dan kita bagai diwajibkan pula meletakkan logo WIM pada semua koin DD di dunia. Sekarang WIM/Umar bercakap pula tentang koin DD berhologram dan koin itu mestilah ditempa hanya di negara tertentu sahaja. Berhologram bermakna meletakkan elemen ‘unreal ke dalam real gold’.
Hairan kita negeri Kelantan yang terkenal dengan usaha dan kebijakan serta kemahiran tentang emas menempa DD di negara orang!
wassalam
yasalam
salam sheih
“tipah tertipu lagi wang tipah menjadi barang hiasan.”
Bini Huse upah pasang dinar pada gelang dia tu emas camna?
beli emas matawang atau beli emas perhiasan?
sedap cetak matawang la kalu pakat tebuk letak di gelang
Juno Huse koto katok. Kawe pun tertipu gok…… Loni kawe dok wui mull doh ko set kito hok peranga lebih dari IBLIS
Susut nilai emas adalah mitos…
http://hasbullah.pit.my/2011/04/mitos-susut-nilai-emas.html
Here is a reply to the Mufti statement from Vadillo sister:
hehe, ambo ghoyak dohh!!
assalam, idea bukak plastik emas susut nilai tu asalnya dari Lois Ng public Gold. takpelah dia cina taktau apa2. pas tu dipakai oleh umar vadillo dan dicadang pada DD kelantan. hairan .. digunapakai pulak tu. agak2la kalau tak bukak plastik mcmana pembeli nak nilai emas tu betul ke 916 ke 917 ke 875 ke 750 ke? kan mudah berlaku penipuan disitu. ntah hape2 la diaorang ni. orang jual emas, diaorang pun nak jual emas. supplier emas gelak besar, orang melayu kena tipu/
mujurla ambo tak dok pitih balahmano, sabit tu ambo tak bbeli dinar mah peghok nih!! tp kalu ado pitih banyokpung ambo tak terbelit gak sbb ambo dah lamo dok peghati huse janapari nih! tahik kamben jo….hok mano doh tbelit tu, nasiblaaaa….
I jual dinar kgt balik to agent di DP hannya dapat balik RM690 hairan betul kenapa rugi RM90 bila jual balik??? Kgt, umar, husam, irwan sila jawap…..
Nampak gayanya sudah umat Islam sudah berlebihan dalam mencari kemewahan dunia sambil bermain politik dengan menyelimut & mengaul agama dalam mangkok yang sama.
Inilah yang dikatakan, ‘Image Islam dicemarkan oleh orang Islam sendiri’.
Kerajaan melalui KPNDHEP kenalah pantau harga mas ni,jangan dok malas dan beri alasan tak dok kuaso. Kalau peraturan sediada perlu amment-lakukan.Adalah terlalu GILO memberikan kuasa kepada Pesatuan pedagang Emas menentukan harga emas semasa Msia. Harga mas ari ni RM 149.9 kat pasaran dunia, tapi kat kedai2 mas Msia tu dia RM 189. Mas turun harga mas kedai mas tak turun, mas naik harga mas kedai mas naik selalu.Tu tak kira lagi hrga mas terpakai,harga ratai mas yang dikerat, upah dsb yang semuanya menguntungkan peniaga mas dan mengekoh pengguna. Kalau masa harga mas naik,demo nak gi jual kat kedai mas, demo tu tak se amik pulak. Memanjang kena tipu. Kerajaan pusat BODO, kerajaan Negeri TIPU. TU AMBO KATO ORG POLITIK NI PENIPU DAN KURANG BOLEH DIPERCAYAI.KEPENTINGAN SENDIRI DIUTAMAKAN KAN KAN KAN………………….
Terang2 tertera pada coin ‘KERAJAAN NEGERI KELANTAN’ jangan lah memandai kata ada pihak lain yang mempergunakan perkataan tersebut tanpa kebenaran KERAJAAN NEGERI KELANTAN, jika tidak di izinkan oleh pihak tertinggi Kerajaan Negeri Kelantan sudah lama dah syarikat pengeluar tu kena saman, kalau bukan salah Kerajaan Negeri Kelantan nak kata salah siapa lagi. selama ini selalu sangat menuding jari cari kesalahan pihak lain tak pernah sekalipun nak mengaku akan salah sendiri, bertaubat lah wahai pemimpin pas.
berurus niaga secara syariah adalah salah satu cara hdup islam yang dituntut. menggunakan dinar emas adalah mungkin caranya. di mekah masih pakai rial saudi. di kota bharu orang kelantan tanya harga barang dgn rial tapi guna wang kertas bnm. memang penggunaan wang kertas yg ditambat nilai adalah sistem kapitalis. ianya terdedah kepada manipulasi penyangak matawang seperti soros. melihat apa yang diperdebatkan dalam isu ini nampak gaya ianya juga tidak terlepas daripada manipulasi sebagaimana yg dibimbangi oleh dato mufti kelantan. bagi saya menukar sistem mata wang buat masa ini bukanlah satu prioriti dalam cara hidup islam. masaalah dgn umat islam ialah rata-rata miskin, berpecahbelah, berteknologi rendah menyebabkan kita bukanlah pengeluar produk barangan yang mengurus wang yang besar nilainya. kita hanyalah pengguna kepada pasaran produk orang lain. infrastruktur pendidikan dan penyelidikan adalah jauh lebih utama. yang penting kita patut galakkan anak2 kita belajar sungguh2 agar mereka boleh cipta barang yang belum dikeluarkan oleh amerika, eropah dan mahu pun china. bayangkan amerika impot barang berteknologi tinggi dari kita yang amat mereka perlukan. sudah tentu mereka akan patuhi apa syarat kita termasuk gunakan wang dirham yang dicipta oleh anak2 kita menggunakan bahan komposit bermutu. jangan ajar anak kita di universiti demonstrasi, jangan politikkan unisel, kuin atau mana2 ipt cukup cukup lah. menyemarakkan islam memerlukan mereka yang pintar dan ikhlas bukan dgn tujuan politik sempit cara parti pas dan pkr.
Husea kalo betul saloh demo, letak jawatan. Kalo beto lek demo, bo layang puak2 ni..
Suroh letok jawatan jor kor ? pah hok keno tipu samolah hok menipu duit nok kiro lagumano pulok, hok ni jugok lah lorni wat kiro dermo lebuhrayo pah sapar bilo nok keno tipu ning
Assalamualaikum semua.
Tidak dinafikan bahawa penggunaan wang dinar dan dirham sangat dituntut oleh Islam. Ini adalah kerana nilai emas dan perak yang kukuh serta tidak terkesan inflasi. Menyokong pihak yang cuba menghidupkan wang sunnah ini adalah jihad dan kewajiban setiap muslim. Menentang penggunaan serta implementasi sistem wang sunnah ini bererti menentang sunnah itu sendiri. Nauzubillah.
Selama negara kita merdeka, kita telah menggunakan wang ringgit yang nilainya tidak kukuh dan sentiasa terkesan oleh inflasi. Contohnya, apabila harga dolar amerika syarikat menjunam, rakyat di malaysia juga turut menerima padahnya. Tetapi harga emas bergerak seiring dengan inflasi. Contoh paling mudah, harga seekor kambing pd zaman Rasulullah adalah 1 dinar. Hari ini, nilainya masih lg 1 dinar (1 dinar = 700) lebih kurang.
Maaflah saya tak begitu pandai nak explain detail. Untuk info yang lebih detail, bolehlah rujuk kepada pakar kewangan Islam contohnya ustaz Zaharuddin.www.zaharudin.net
Buat dato Husam Musa, saya doakan agar beliau ikhlas dalam perjuangan untuk memartabatkan Islam. Saya doakan semoga Allah membersihkan hati beliau daripada kecintaan kepada dunia. Hanya Allah yang lebih tahu apa yang ada dalam fikiran Dato, dan seikhlasnya dari saya, saya mengharapkan Dato Husam adalah penimpin Islam yang Benar, Amanah, Adil dan mampu memimpin jemaah islam. Saya tidak akan menyokong anda dalam PRU, kerana tidak mahu terlibat dalam sistem demokrasi ciptaan musuh Allah swt. Tapi saya berjanji untuk berbaiah kepada pemimpin Islam yang sejati.
Kepada pemilik blog ini, tidak kira siapa anda sekalipun, saya yakin anda adalah seorang muslim….saya juga doakan agar saudara akan menjadi mukmin sejati. Saya syorkan agar anda mendengar kuliah mengenai Islamic Eschatology yg byk disampaikan oleh Saudara Syeikh Imran Hosein (Semoga Allah merahmati beliau).
Sebagai penulis berpengalaman, anda mampu memberi sumbangan kepada tertubuhnya daulah Islamiyyah…dan minta dijauhkan Allah kiranya tulisan anda menyumbang kepada kehancuran ummah.
Senoga Allah mengampunkan dosa kita atas kekhilafan kita dan memberikan rahmatnya. Ameen.
ALLAHU AKBAR!!!
Si fakir di sisi Allah,
Abu Al A’zham al khurasani
Memang ada unsur penipuan pun. Kalau betul ikhlas kerajaan kelantan & husam nak hidupkan matawang syariah maka senang je, idea nk guna dinar ni dah bagus cuma kena ubah ialah
1) harga dinar ikut harga emas semasa
2) harga jual & beli sama
Amacam ada bran ke husam? Mesti x berani sbb x untung..