
Gambar terbaharu Husam dan Umar Ibrahim Vadillo, menurut Wazir WIM, foto ini diambil di Kota Bharu pada minggu lepas. Husam masih mahu senyap?
Alhamdulillah semalam Gabungan NGO Kelantan telah membuat lagi satu pendedahan skandal matawang syariah Kelantan.
Di dalam pendedahan tersebut Gabungan NGO Kelantan telah menampilkan seorang individu penting untuk ditemubual secara eksklusif oleh Wartawan TV3 dan Utusan Malaysia. Rakaman tersebut dijangkakan akan disiarkan di dalam Buletin Utama malam ini dan Utusan Malaysia esok.
Sementara itu Gabungan NGO Kelantan juga akan menampilkan lebih banyak individu supaya masyarakat sedar asas tuntutan Gabungan NGO tersebut. Ini termasuklah pendedahan mengenai World Islamic Mint dan hubungannya dengan Kelantan Gold Trade dan Umar Ibrahim Vadillo. Gabungan NGO Kelantan juga akan mendedahkan aktiviti penempaan Dinar Dirham oleh WIM dengan Emirates Gold.
Di dalam pada itu, Gabungan NGO Kelantan yang terdiri daripada lebih 20 NGO dan blog Kickdefella terus mendesak YB Dato’ Haji Husam menjawab persoalan berhubung beliau dan Umar Ibrahim Vadillo. Agak menghairankan kerana Husam sehingga hari ini seolah-olah mengelak dari menjawab persoalan berkisar terhadap Umar Ibrahim Vadillo.
Gabungan NGO Kelantan disertai oleh antaranya AGENDA, OMBAK, TUKAR, PERKASA, MTRK dan Blog Kickdefella.
Teruskan pembongkaran,
rakyat berhak tahu.
Rakyat kelantan sudah berubah,
sapa bila nk susuk dosa di sebalik kopiah serban?
Kami nak tau rahsia anatara hussam dan vadilo!!
Baru masyarakat sedar bahawa politik di gunakan untuk mengumpul kekayaan dan bukanya untuk agama, bangsa & negara.
Baru masyarakat sedar bahawa politik hanya digunakan untuk mencari kekayaan, bukannya demi bangsa, agama & negara.
BONGKAR HABIS HIBISAN. RAKYAT KELANTAN TELAH DITIPU.
APA ERTI JUBAH, SERBAN DAN TASBIH KALAU HIDUP DGN PENUH PENIPUAN DAN PEMBOHONGAN.
AJARAN ISLAM KAH. ?
Salam,
Saya kenal Syeikh Umar Vadillo secara peribadi, dah berkali-kali kunjung rumah kondominium beliau di TTDI. Buat pengetahuan semua Syeikh Umar Vadillo adalah seorang muslim muallaf yang sanggup berhijrah dari Spain datang ke Malaysia hanya kerana untuk menegakkan syiar islam untuk kembali menggunakan dinar dan dirham sebagai medium transaksi menggantikan duit kertas yg terikat dengan riba dan juga spekulasi pasaran yang dikuasai orang2 kafir. Syeikh Umar Vadillo dtg ke Malaysia hanya untuk tujuan ini dan juga untuk membuka mata orang2 Islam malaysia supaya memahami bahawa pihak kafir tidak menggunakan ketenteraan untuk mengawal umat islam tetapi menggunakan sistem ekonomi dunia yg berpaksikan hutang riba.
Pembaca blog di sini boleh datang ke rumah Syeikh Umar pada hari minggu, kebiasaanya kerap diadakan majlis berzikir dan tazkirah kemudian jamuan makan ringan, Tiada apa yang bersangkut paut dengan fanatisme atau yg sewaktu denganya yg dikaitkan dengan ajaran sesat. Betul, perlaksanaan KGT adalah hasil dari ilham, usaha berterusan dari Syeikh Umar, tetapi dia tidak punyai gaji tetap ataupun kekayaan selain hasil terbitan buku karyanya setahu saya.
Percayalah,Syeikh Umar bukan seorang scammer atau orang yg mencari keuntungan cepat dari KGT ini seperi diajukan secara samar dalam blog ini, kalau tidak hidupnya sudah senang lenang sekarang hasil beberapa tahun lamanya dia tinggal di Malaysia dan berdakwah tentang D&D. Malah tidak keterlaluan jika saya kata di sini Syeikh Umar hidup dlm keadaan yg kadangkala agak kesempitan, namun tetap terbuka untuk sesiapa sahaja.
Tambahan pula Syeikh Umar bukan penyokong pembangkang, ketika pernah ditanya tentang pendirianya tentang PAS, dia merasakan bahawa sebuah parti politik tidak boleh menggunakan nama Islam, kerana bimbang, mereka yg tidak menyertai PAS akan dilabel kafir, dan perkara ini terbukti berlau dalam sejarah, PKR pula terus sahaja dihentam Syeikh Umar kerana dianggap parti yang sekular sepenuhnya.
Bagi hubunganya dengan Husam, perlu dijelaskan disini Husam bukan ahli politik pertama yang dikunjungi, Syeikh Umar pernah bertemu dengan mantan perdana menteri Tun Mahathir untuk mengemukakan D&D, dan kini kita tahu bahawa Tun Mahathir menyokong penggunaanya dalam perdagangan antarabangsa untuk mengimbangi perbelanjaan jika berlaku defisit. Dukacita kunjungan itu hanya pada detik-detik terakhir sebelum Tun M meletak jawatan, tidak sempat dijadikan realiti. Syeikh Umar juga pernah menemui Tun Abdullah Badawi dgn sebab yang sama, sedihnya mantan PM berpendapat setuju dgn perlaksanaan D&D sebagai orang Islam tetapi tidak setuju sebagai PM. Mungkin mengambil masa untuk memujuk kerajaan sekarang supaya berhenti menggunakan sistem riba, tetapi yang penting tidak boleh mengalah kalau untuk kepentingan orang Islam sejagat, tidak perlu demonstrasi atau rusuhan, InsyaAllah sedikit demi sedikit kerajaana akan tahu hikmah dalam menggunakan D&D, hasil kerosakan yg berlaku akibat krisis kewangan 1998 dan krisis kewangan global 2008 hasil manipulasi kafir dalam pemerdagangan wang kertas dibelakangkan riba.
Seterusnya Syeikh Umar meneruskan perjuangan dan bertemu pula dgn NIk Aziz dan Juga Husam, selepas menerangkan tentang D&D, Alhamdulillah mereka menerima cadangan itu dan terus melaksanakanya, hasilnya KGT. Tidak kisahlah PAS atau UMNO asal Islam, yang penting bagi Syeikh Umar, D&D perlu dilaksanakan untuk mengeluarkan umat islam dari kemelut riba.
Apa yang berlaku dalam KGT sekarang hanyalah perkara biasa, berlaku persilisihan faham antara pengurusan tertingginya, berlaku dimana2 syarikat. Perlu diingat KGT mencari pelaburan luar untuk membeli, menempa dan mengedar D&D, walaupun kita hendak menyebarkan penggunaan D&D, pelabur luar berhak mendapat pulangan mereka juga. Ianya satu aspek mengimbang antara perlaksanaan D&D dan tanggungjawab membayar semula pelabur dalam bentuk keuntungan hasil jualan D&D. Sesetengah pelabur yang mula kecut perut mengambil kesempatan selepas melabur dan menandatangani kotrak, berpatah balik, dan apabila tidak berpuas hati akan mengemukakan saman, itu adalah lumrah perniagaan.
Jika kita melihat dari sudut positif D&D amat popular dikalangan rakyat kelantan kini, pelaburan dalam Dinar dan Dirham hasil pembelian mereka boleh menjamin kuasa membeli mereka tidak dirampas spekulator bila berlaku krisis kewangan, sekaligus mempertahankan hak mereka dan kekayaan mereka. Amat baik jika D&D diedarkan ke seluruh malaysia secara rasmi, melawan sistem riba.Saya percaya ini adalah matlamat utama Syeikh Umar, tidak kira sesiapun, asalkan boleh menolong matlamatnya memperkayakan ekonomi umat islam sejagat, memadai baginya bermula dgn KGT.
Untuk pengetahuan pembaca blog ini saya adalah penyokong UMNO tegar, tetapi saya agak kesal dengan cara berita Utusan memaparkan KGT, dek kerana hendak menyerang Husam dan PAS, pihak yang tidak bersalah juga telah jadi mangsa kecaman. KGT memperjuangkan pengayaan orang Islam melalui D&D tidak wajar dikaitkan dengan permainan politik UMNO dan PAS kerana boleh menjejaskan ummah itu sendiri.
Sekian,
Tuan blogger boleh menghubungi saya jika mahu penjelasan lanjut.
Wassalam.
Khair, all u say is right for you, until umar cheat u and then u can try to write the same message again!