Bilakah kali terakhir Husam bertemu Umar Ibrahim Vadillo? Adakah pada 18 Jun 2012 atau selepas Umar Ibrahim Vadillo menaiki pesawat Firefly meninggalkan Kota Bharu pada petang 20 Jun 2012? Sehingga hari ini Husam masih mendiamkan diri dan enggan menjawab 10 persoalan yang dikemukakan kepadanya termasuk antara lain mengenai hubungan beliau dan Umar Ibrahim Vadillo dan siapakah yang membawa Umar Ibrahim Vadillo ke Kelantan dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade. Umar kemudiannya menjadi penasihat Kelantan Gold Trade. Foto berikut dimasukkan ke dalam laman facebook Wazir World Islamic Mint, yang sebelum ini mencatat beberapa patah perkataan setelah skandal matawang syariah mula dibongkar kepada masyarakat. Irwan Izhar, Wazir kepada World Islamic Mint menulis di laman facebooknya, beberapa baris berikut, “I’m back! (Be careful… Yes…