Semalam rakan-rakan gabungan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Kelantan dan saya telah mengadakan satu sidang media di Kota Bharu. Tujuannya ialah menjawab dakwaan YB Dato’ Haji Husam Musa berhubung berita yang tersiar di muka hadapan Utusan Malaysia, Isnin 18 Jun 2012. Pada hari Isnin 18 Jun 2012, Haji Husam sebagai respons kepada berita muka hadapan Utusan memberitahu media, Tidak ada laporan polis seperti yang didakwa. Beliau tidak kata tidak tahu, tetapi tidak ada. Ini semua perancangan UMNO. Tiga hari lepas saya telah ke Kelantan dan bertemu pemimpin UMNO. Saya adalah Kucing Kurap. Segala dakwaan berkenaan skandal matawang syariah ini adalah karut. Akan mengambil tindakan saman ke atas Utusan dan saya. Isu skandal matawang syariah ini  bukan isu peribadi antara saya dan YB Husam. Ini adalah…